Minggu ni sebenarnya minggu EHS di peringkat stesen.
Minggu keselamatan dan kesihatan pekerjaan..Hari ni ada ceramah kesihatan di kelab kilat..so tak perlu masuk stesen..bagus jugak.aku memang penat dan letih lagi dari aktiviti pendakian Gunung Kinabalu dua hari yang lalu..so boleh lah ke ceramah lewat sikit.Time petang tadi boss aku suh pi opis setelkan a few things tapi boleh pulak aku bantai tidor tak sedarkan diri sampai lewat petang..hish..memang body bagi signal suh berehat kot..Di kesempatan yang ada aku nak share ngan korang story part finale pasal Trip mendaki Gunung Kinabalu pada 21-24 April yang lalu..Jom kita baca!!
***************************************************
24 APRIL 2012
Jam 12am.
Aku dah terjaga awal.Then tak boleh nak tidor dah..at least dapat lah tidor 4 jam.Hadi lagi teruk.tidur dua jam jer.aku terjaga ni dia dah bangun pun..perut kelaparan pulak.so duk bukak biskut makan ngan dia dalam bilik yang serba gelap.pakai headlamp jer lah.tengah makan biskut kak tie duk tegur sebab bising bunyi plastik biskut.heheee.nak buat camana.lapar..ampunkan kami..dalam pukul 1.30am semua dah bangun dan bersiap siap untuk supper di restaurant bawah guest house.
Beratur untuk ambik supper.berat jugak supper pun.nasik goreng ngan megi goreng
Orang lain bantai makan ringan ringan.tapi aku bantai makan jugak lah berat pun.memang lapar.sejuk sejuk macam ni memang cepat lapar.tengok suhu kat luar sampai cecah 3 darjah selsius..jadi korang leh bayangkan lah sejuk macam mana kan..waktu menunjukkan jam 2.30 am..orang dah mula ramai di kawasan restoran.
Tengah tengah makan depan pintu Restoran ada sorang mat salleh jatuh pengsan tak sedarkan diri..agak saspen dan kaget jugak lah kami..maybe mat salleh tu tak cukup rehat ataupun dia ada masalah lain.wallahualam.kami berharap agar takde sapa antara kami yang akan jadi macam tu..minta dijauhkan..semoga semuanya selamat sejahtera sahaja.
Dah macam rupa penyamun dah masing masing...jom kita pi rompak orang!!
Sebelum memulakan perjalanan macam biasa lah.baca doa selamat dulu..Ustaz ajim kesejukan masa ni so baca doa pendek jer lah..hehe..Encik Nordi Gapisi selaku our guide memberikan sepatah dua kata sebelum kami memulakan pendakian.Pendakian ni berbaki 2.7 KM sahaja lagi.tapi lagi sukar as we go hinger..sebab sepnjang 700 meter ke atas ada trak yang senang bertangga, lagi 2 KM kena lalu laluan bertali.means to say kena bergantung harap pada tali..laulan berbatu..Cuaca ada lah sangat baik ketika ini.tak hujan dan langit penuh ditaburi bintang bergemerlapan.pehh ayat aku.mantap kan.
Jam 3 pagi pendakian Group kami di mulakan..jalannya cuma satu so semua kena que..dalam gelap aku teraba raba jugak lah..lupa nak habaq masa ni headlamp aku tak ada bateri..aku syak mesti masa dalam beg headlamp tu ternyala sendiri sampai bateri abis..lupa nak cek semalam sebelum tidur.bateri spare pulak memang aku tak beli..sudahnya pinjam torch light ngan Kak Tie je lah.tapi torch light bila lalu laluan bertali memang tak boleh nak pakai..harap pada headlamp Hadi jer.aku ngan Hadi di hadapan masa ni berbanding orang lain.Pesanan aku: sila cek betul betul bateri headlamp.sangat lah penting masa time nak mendaki di pagi hari yang gelap macam ni.Nak beli pun boleh.tapi RM35 bateri tripple A di kaunter Laban Rata Guest House.so better tak payah.
So here we are at Sayat sayat Check Point..di Sayat sayat ni kena daftar dulu..bukan sewenang wenangnya ya orang boleh naik ke Puncak Kinabalu.bergantung pada tag nama dan juga cuaca..kalau cuaca buruk sangat guide kat sini tak akan lepaskan kita naik..kalau nak naik juga atas tanggungan risiko sendiri..Alhamdulillah cuaca masih sangat baik di kala waktu dan ketika ini..
Sampai sudah di KM8..lagi 700 meter jer lagi..as for now memang laluan batu jer lah..jarang nak nampak tumbuhan yang ada..waktu dah menunjukkan jam 5 am..kejap lagi akan masuk subuh..so aku ngan Hadi cari area rata tepi KM8 ni untuk solat subuh dulu..aku dah ambik wudhuk siap siap masa sebelum bertolak tadi.tetiba tengah jalan boleh pulak terbatal.perut tak berapa selesa asyik keluar angin jer..terpaksa lah ambik wudhuk kata tempat sejuk ni..memang aku tak rasa dah tangan dan kaki aku masa ni.sejuk sangat sampai kebas..
Memanjat Gunung pun kewajipan kita sebagai Muslim jangan dilupakan..solat subuh dulu..
Selesai Solat Subuh pendakian diteruskan..masa ni dah nampak merah merah Jingga tanda matahari nak terbit..hari pun makin nak beransur cerah..waktu ialah 5.30am..Pukul 6 am biasa dah cerah di sini..Lauan dah tak susah..dah agak mendatar.
Matahari dah nak muncul!!
Berhenti Rehat seketika..
Angin pun tak lah berapa kuat bertiup masa ni..Tapi cuaca sangat sejuk.aku rasa sampai 2 darjah celcius kot.aku rasa lah.tak bawak pulak thermometer nak ukur..
Dah melepasi Kinabalu Souh Peak
Sebenarnya, kat atas puncak Gunung Kinabalu ni banyak Peak yang ada..cuma yang paling kitorang nak naik ialah Low's peak since itu merupakan puncak yang paling tertinggi di Gunung Kinabalu ,4095.2 M dari aras laut..
warna jingga di kaki langit..Pagi mula nak cerah..matahari mula nak muncul..
Dan akhirnya setelah berhempas pulas dari jam 3am untuk mendaki puncak, tepat jam 6am aku dan hadi berjaya sampai ke puncak Tertinggi Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak!aku ngan Hadi sampai sama sama dengan seorang warga Brunei (guy yang sebeah kiri aku dalam gambar kat atas)..Group dia semua dah turun dah..dia yang paling last..Our group pulak we are da first to arrive..:)
Masa nak ambik gambar kena bersesak sesak dengan keramaian yang ada..semua pakat pakat nak ambik gambar kat signboard nan sekeping tuh..Low's Peak ni sangat lah sempit ya..so kalau ramai raai memang tak dapat lah nak tampung.Mencelah je lah mana yang sempat untuk turut serta ambik gambar.
subhanallah..Indahnya!!
Dapat bergambar kat signboard ni kira pencapaian membanggakan lah.hehe
Kitorang memang sengaja tunggu lama kat sini supaya boleh bergamba sorang sorang.ramai yang sampai sini then turun balik..sebab tak tahan sejuk..lagipun sebenarnya aku berharap ada jugak orang lain dari group kami yang sampai sini so boleh la bergambar sekali..
Tunggu dalam 30 minit..then tak tahan sejuk..so kami turun lah..
Masa nak turun kak Haida sampai..nak support dia aku ngan Hadi panjat semula ke Low's Peak..
Tetiba aku jadi orang kedah!haha
ni sebab nak masuk Metro Kedah kannn..Good Job kak!
Seronok.tapi sejuk.tangan ngan kaki kebas weiiii
Low's Peak can be climbed quite easily by a person in good physical condition and there is no need for mountaineering equipment at any point on the main route. Other peaks along the massif, however, require rock climbing skills.
(Mengapa kamu ragu ragukan kekuasan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?)Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung -ganang sebagai pancang pasaknya?(al-Naba’[78:6-7]).
Allah berfirman :
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. (al-Nahl[16:15]).
Juga Firman Allah:
Dan Kai telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka, dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.(al-Anbiya’[21:31]).
Baru ternampak sinboard KM8.5 masa on the way nak turun
Orang ramai dah start turun..
Di area atas Gunung ni tak nampak sangat tumbuhan yang ada..semuanya batuan sahaja.dan jujur aku katakan pemandangan adalah amat indah sekali bila ada di atas Puncak..hilang segala penat mendaki..Sejuk tu memang sejuk lah..tapi tenang,aman dan damai jer aku rasa..
On the way turun terserempak ngan Kak Ain dari kumpulan kami
Lukisan Alam
Baring dulu!!
Kak Haiza.sikit lagi tu nak sampai ke Puncak..teruskan pendakian ya!!
My sister and I
Seronok rasa hati masa turun terserempak ngan Kak Tie yang akan naik ke Puncak sana..at least dia selamat dan tak ada apa apa berlaku..Penat tu biasa lah kan..sebab as we go higher Udara makin nipis dan oksigen makin kurang..Alhamdulillah aku takde effect sangat ngan altitude..semuanya ok ok saja.
Kak Habibah , our ketua pasukan..sampai kat sini dia nak Give up tak nak naik dah.Kak Tie lah yang beri support supay adia tak Give Up dan teruskan pendakian.make sense jugak kan.kalau dah sampai sini buat apa give up.rugi jer.kalau nak give up baik give up di sayat sayat Checfk Point..
With the rest of our group members..
The South Peak, also known as False Peak, of Mount Kinabalu is more
impressive that the highest Low’s Peak. Well, Bank Negara, the
government dept that mints Malaysian currency, seems to agree too. If
one look carefully at the reverse side of RM1 note, South Peak has
indeed stole the thunder from Low’s Peak.
dan misi untuk turun diteruskan..
nampak satu Kota Kinabalu dari atas ni
Hadi Turun laju gila.aku malas nak laju laju..better aku snap gambar dan menikmati pemandangan Indah dari atas ni..lagi pun entah bila nak sampai lagi kan..so peluang yang ada ni aku tak sia siakan..
aku follow dua orang korea ni turun
dah nampak laban rata Guest House
Alhamdulillah akhirnya sampai di Laban Rata Guest House jam 9am..
Sarapan pagi dulu lah apa cerita pun..
Check out time ialah pukul 10.30am..kalau lebih satu jam dari masa check out akan di caj rm100..aku ngan Hadi dah buntu dah masa ni sebab diorang semua tak sampai lagi..so what to do kitorang keluarkan je lah barang dari bilik diorang letak depan pintu then Check Out kan dulu..sorry ya kawan kawan..sebab tak nak korang bayar extra..
Lepak lepak santai santai sementara menunggu yang lain tiba
Helikopter angkat orang sakit
Akhirnya pada jam 12.30pm baru semua orang sampai..actually kalau nak turun dulu pun boleh.tapi dah datang sama sama so tunggu je lah turun sama sama..
Our group 12 orang..Puncak Kinabalu telah kami Tawan!Alhamdulillah!!
Pukul 1pm kami semua memulakan perjalanan turun dari Laban Rata ke Kinabalu Park..masa turun aku memang sengaja nak turun laju..nak tengok masa berapa jam boleh sampai kalau turun laju..Alhamdulillah cuaca baru lepas Hujan so tak lah kacau sangat perjalanan kami..
Lawa jalan ni.takde photoshop ya.memang macam ni..
Aku ngan Hadi bersaing rapat turun..
Turun pukul 1pm, aku ngan hadi sampai pada jam 2.35pm..maknanya kalau turun laju dan non sto within 1 Jam Setengah jer boleh sampai bawah..tapi sampai sampai bawah kaki aku menggeletar..haha..kesian kat lutut..memang nak kena massage lah.hehe..Kak Tie orang ketiga sampai pada pukul 4pm..Aku dah gelabah sebenarnya sebab Flight malam ialah pada jam 10.10pm..takut tak sempat nak sampai ke KK before that time..
Balsam Buffet restaurant ada sediakan Lunch sampai pukul 4.30pm..so yang lain dapat makanan tapau je lah sebab tak sempat makan..Orang last sampai ke bawah pada pukul 7.30pm..so drebar kami memang pecut gila gila dari Kinabalu Park untuk ke Airport..sebab ramai yang nak Check In bag..Alhamdulillah sempat semuanya..dan tak ada yang tertinggal flight..Overall aku rasa pendakian Gunung Kinabalu ni sangat best!!dan Insya Allah aku akan repeat lagi next time guna laluan Mersilau pulak.
Ok dah habis cerita pasal Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu April 2012
Selamat membaca dan semoga terhibur dengan gambar gambar ya!!!
Adios Amigos!
cantik pic2 awk kat peaks..good job bro..!!nie yg rasa nk naik lagi nie..(^_^)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletea few soalan bro,
1. brapa budget/costing?
2. brapa lama booking period?
3. kasut apa ko pakai?
tq
Salam.
ReplyDeleteCantik Gambar2 yang diambil..
tahniah dari saya Hamydy (hamydy.wordpress.com )
Waaaa bestnye dpt naik smp ke puncak !!
ReplyDeleteWaaaa bestnye dpt naik smp ke puncak !!
ReplyDelete