About AXIMUD

Sunday, July 22, 2012

1 RAMADHAN 1433H DI KAMPUNG HALAMAN TERCINTA

Malam tadi naik bas dari penang jam 12.30am..sengaja aku ambik tiket bas lewat sebab tak nak kacau solat taraweh..Rugi sangat kalau tinggal taraweh sebab Solat ni cuma di sunatkan pada bulan Ramadhan sahaja..Sampai KL jam 4.30am..Drebar bas dah warning awal awal lagi kata takkan singgah mana mana sebab dia nak bersahur di KL..bagus jugak macam tu..so tadi pagi aku sempat Bersahur di Kampung Bharu KL. Just makan Kueytiow tomyam..Then cari tiket di Hentian Putra, tapi tiket pukul 8 pagi tak ada. paling awal hanya ada pada jam 10am..Lama dah tak balik kampung naik bas di hentian putra.Mengenangkan balik sekejap sahaja so malas nak drive. just naik bas boleh rileks rileks sahaja.


Sampai area rumah jam 2.30pm tadi..cuaca memang panas terik..dari tepi jalan besar tempat laluan utama ke area rumah aku dah tak jauh..so jalan kaki je lah..dapat tengok pantai dari kejauhan..pokok kelapa melambai lambai. ya. aku kembali lagi. ke kampung halaman tempat asalku..


Rumahku Syurga ku..


Sampai dalam rumah tengok mak tengah sembahyang..selesai mak sembahyang Kak Feeza pulak telefon dari Temerloh tanya khabar mak dan ucapkan selamat berpuasa di hari pertama ni..aku just baring baring kat tepi mak dan sembang sembang..Then mak minta tolong ke Kerteh untuk ambik Ikan dan Sotong yang dipesan dengan Kak Ros. Kak Ros tu baik ngan abang Shuk..aku tak kenal sangat..Ynag ada di rumah masa ni Kak Ija, Ami, Faiz, Along Ika dan Adik..


Tengah duk bersembang sekali Kak Tie pulak sampai..Suprise!!!Tersenyum lebar lah mak tengok anak sulungnya balik rupanya. Kak Tie saja tak nak bagitau mak dia balik..aritu mak tanya dia boleh balik ker tak dia kata dia sibuk so tak dapat balik..mak banyak kali cakap kat aku suh pujuk kak Tie balik di Hari pertama Puasa. Sebenarnya tadi masa di KL kat Hentian Putra aku dah jumpa Kak Tie..dia memang nak buat suprise tapi tak suprise dah la bila aku pun berada di Hentian Putra jugak..siap dia yang belikan Tiket untuk aku balik ke Kemasek. hhahaha..macam macam lah..melompat lompat Along, Mimi dan Ika tengok Uminya balik..yang penting Ramai yang ada ni untuk berbuka puasa sama sama nanti..bestnya!!


Alang-alang kak tie dah sampai, terus kitorang keluar ke Kerteh untuk beli Sotong, Ikan dan sayur sayuran..tengok Ikan kembong segar giler di Gerai Kak Ros..beli Ikan Kembong 2 kilo..sotong 4 kilo, ikan selar Pucat sekilo..tengah duk plan nak makan apa waktu berbuka puasa nanti..sekarang kereta mercedes arwah Ayah- Faiz lah yang duk pakai ke sana ke mari..bagus juga aa orang pakai..Siap beli barang-barang basah terus balik ke rumah..


Lepas solat asar aku dah niat nak lawat ayah di kawasan perkuburan Kemasek..WAJIB datang dan lawat ayah setiap kali balik ke kampung halaman..lagi lah 1 Ramadhan macam ni..Rasa sedih dan sayu sangat bila sampai di kawasan kubur arwah ayah bila teringat kisah 1 Ramadhan Tahun lepas di makkah..takpe lah..Allah lebih menyayangi Ayah..Aku, Ami dan Faiz datang bersihkan kubur dan sedekahkan bacaan Yassin..semoga roh arwah ayah sentiasa tenang di sana..Kami takkan pernah lupa pada ayah. Takkan sesekali. itu janji kami..Kerinduan itu sentiasa ada dalam hati..Salam 1 Ramadhan, Ayah..


Balik dari kawasan kubur dah pukul 6.30pm..sempat singgah di area tempat orang jual kuih aku beli air tebu dan air soya..Mok elly pun ada balik kali ni..diorang datang beri murtabak tadi..sekali lah ngan tok wan dan pok edi..terima kasih atas murtabak itu!


Adik da dan Zul sekeluarga pun baru tiba jam 7pm..dekat dekat dah waktu nak berbuka diorang sampai..Alhamdulillah..Rindu sama kamu adik ku!!mak mesti seronok sangat tengok anak anak ada ramai kali ni..Hari pertama berbuka puasa bagus lah meriah.


Solehah tak berapa sihat..tu yang meragam menangis..comel!


Syifa' pulak dah masuk umur dua tahun..dah makin petah berkata-kata


Durian dari Terengganu


eh kecik comel jer durian ni..


syifa' tak puasa!!makan durian di siang hari!!


Mak buat Pengat Durian..nyammm..sedapnya!!mak guna durian yang aku bawak balik dari Penang..Durian D12..rasa durian aku tak reti nak bezakan sebab aku bukan peminat durian..sekarang ni jer aku belajar makan durian..dulu aku tak suka dan tak makan pun..


As usual lah bila sotong ada banyak, mak akan buat ketupat sotong..tiap kali balik kampung bila musim sotong melimpah limpah mesti mak akan buat ketupat sotong ni..nak tahu camana cara nak buat ketupat sotong??meh rujuk entri aku yang lepas.klik sini.


Macam macam kuih yang ada..Adik dah bawak balik Karipap, Pulut Udang, Ikan Pari Bakar..Murtabak tu Mok Elly beri tadi


Ketupat Sotong, Puding Gula Hnagus Along buat, Nasi Goreng ayam Mak goreng untuk Mimi, Lauk pauk lain pun ada : Sotong masak merah, Kailan Ikan masin, Ikan Singgang lauk kegemaran Mak. Dan Along pun ada buat Bihun Sup..dah besar panjang dah anak sulung Kak Tie tu..dah boleh menikah dah.hehee


Dan akhirnya tibalah waktu berbuka puasa. 7.26 pm waktu berbuka di Kemasek, Kemaman..Alhamdulillah syukur pada Mu ya Allah atas Nikmat rezeki yang melimpah ruah dan nikmat kekeluargaan pada kami semua..Jika kami nak hitung nikmat yang Engkau berikan pada kami, nescaya kami tidak akan mampu untuk menghitungnya..

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ(  إبراهيم

Dan Dia telah memberimu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat lalim dan banyak mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim: 34).

Selesai Berbuka puasa, kami solat maghrib berjemaah..kemudian solat isyak dan solat taraweh berjemaah di rumah sahaja..alang-alang ada ramai ni baik sembahyang sama sama..selepas solat taraweh mak dah tidur dulu..kepenatan..Aku, Kak Tie, Kak Ija dan Adik da makan apa yang ada sambil bersembang..

*Dan aku pun sudah mengantuk..perlu tidur dulu lah. Nanti nak bangun sahur lagi..Assalamualaikum.

2 comments:

  1. salam ramadhan bro.. sodapp durian tuuu.. uhhuuu

    ReplyDelete
  2. uishh..sedapnya ketupat sotong to aximm...
    terliur dah ni!

    * Selamat berpuasa ye axim...!

    ReplyDelete

What do you think about this entry?tell me..