Followers

Monday, May 3, 2010

MARI BELAJAR MEMASAK : KETUPAT SOTONG

Untuk kesekian kalinya,aku balik lagi ke kampung halaman tercinta..

Berjumpa mak dan ayah,adik beradik yang lain,anak saudara yang semakin petah..membuat jiwa aku tenang seketika..Kepada keluarga juga kita akan kembali kan jika di rundung masalah sebesar mana pun..Berita Gembira-adik dah dan Kak Fiza(isteri Shuk) masing masing dah pregnant..menunggu masa untuk anak saudara aku bertambah..Alhamdulillah syukur pada tuhan yang tak putus putus mengurniakan rezeki pada kami..

Sekarang musim Sotong kembali..so boleh lah nak dapatkan sotong yang bersaiz besar dengan harga RM10 Sekilogram..Mak duk ajar aku cara cara nak buat Ketupat sotong..makanan Orang terengganu/Pantai Timur rasanya..sebab kat tempat lain aku tak jumpa..mari-mari semua kita belajar cara-cara membuat KETUPAT SOTONG..:

1

Kelapa diperah diambil santannya pekat dan cair.

2

Sotong dibuang kepala dan dibersihkan

3

Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak

4

Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong

5

setelah itu sematkan sotong dengan lidi

6

Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba.

7

Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. Sementara itu kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Senang bukan cara-caranya??bila balik kampung aku memang tak hirau pasal diet..bukan tak concern,tapi sekali sekala balik rugi kalau aku lepaskan peluang untuk menjamah makanan tempatan..nyata Ketupat sotong ni sungguh enak dan lazat!jumlah terkumpul aku makan ada la dekat 10 ekor!hebat tak??haha..Sebelah malamnya kami mengadakan BBQ,iaitu acara wajib kalau kami jumpa ramai ramai..

Entri seterusnya la aku ceritakan pasal BBQ nite tu ok..

*aku akan menghadiri kursus di RESIDENCE HOTEL,BANGI dari 3-5 Mei 2010.

22 comments:

kucingorengemok said...

10 ekor? waaa... syabas!! hihi

KAKTINY said...

hah memang.. balik kampung kaluu... mmg TERBABAS la bab diet semua nih... hihihi...

eLLy said...

tak pernah lagi dapat merasa ketupat sotong.. nati nak bercuti cuti Msia kat Tergannu la

Kniedaz said...

xpenah rasa lagi..mesti lemak berkrim..hehe

CAHAYA said...

ah, nampak sedap. tapi tak pernah rasa.

catz said...

ketupat sotong besttt.
pernah buat..and sedappp..
:).
lemak2 gitu.

sepul said...

ketupat sotong ni kita makan lagu tu saja ka? atau makan dengan kuah ka, cicah kari ka. sirius tak penah tau pasal ketupat sotong ni

xplorer said...

tak penah aku tgk ketupat sotong

Faisal Admar said...

10 ekor? *pengsan*

mummysyafie said...

tak pernah lagi tengok ketupat sotong ni..first time :)

fendifid said...

Tak pernah tahu...tapi confirm nampak menarik. Ada ke jual kat mana mana restoran kat Trengganu?

@xiM said...

KOG,

yeayyyyy syabas bettee!!

@xiM said...

KAK TINY,

tau takper..huhu..dah kat Penang ni kena jaga balik lah..

@xiM said...

KAK ELLY,

CUTI JANGAN TAK CUTI OK..TERENGGANU PUN BEST AKAK!

@xiM said...

KNIEDAZ,

memang lemak berkrim akak..sedap sangat..u shud try ok..

@xiM said...

CAHAYA,

KENA RASa la kalau macam tu..life is short..:)

@xiM said...

CATZ,

haaa ni baru kawan ku sejati..sedap kan catz!:)

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

ketupat sotong ni makan ngan kuah santan tu..atau tanak makan ngan kuah makan macam tu saja pun boleh..tak perlu dah sos sos lain..:)

@xiM said...

XPLORER,

kalau aku balik kampung diorang selalu buat..memang sedap..u shud try la..

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

10 ekor tu aku campur laa untuk dua hari sepanjang di kampung..bukan sekali hadap 10 ekor..*ayat cover ni..hehehee

@xiM said...

KAK NOR,

Ramai nya tak pernah dengar..kalau buat berniaga kat KL mesti laku ni..:)

@xiM said...

FENDI FID,

susah nak kata sebab sotong ni ikut musim..sekarang musim sotong..mesti ada kot jual kat restoran..tapi buat sendiri jer lah..kan dah bagi resepi kat entri ni..

selamat mencuba!:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails