Esok aku akan berkursus sehari di Bangi.
Hari ni kira traveling day..Tengahari tadi sempat masuk opis sekejap..Dalam pukul 3pm aku bertolak dari Penang menuju ke Kuala Lumpur. Sampai KL dalam jam 6pm. Tapi aku terus ke Putrajaya. ada berjanji ngan member nak berbuka puasa, bertaraweh dan berlari malam ni di sini. Seronok juga training berlari malam malam.
Sampai Putrajaya dalam 7pm lebih..dekat waktu nak berbuka puasa dah..singgah di Bazaar Ramadhan Presint 2..Aku duk cari Nasik Kerabu..banyak pulak Gerai jual nasik kerabu tak tahu nak pilih gerai mana satu. so last last aku beli jer lah. Nasi kerabu dan sebungkus air. Cukup lah. Tak nak membazir. sebab tahu nafsu makan ni macam mana. sat lagi time berbuka makan sikit pun dah kenyang. sebelum berbuka puasa ni memang lah rasa nak macam macam.
Berbuka puasa tepi Masjid Besi, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ada Izman, Faiz, Razinah, Idot, Abang Shah, Aizat, Kimi dan dua orang lagi aku tak kenal..diorang baru sudah berlari petang tadi..Untuk malam ni yang akan berlari after taraweh cuma aku , Faiz, Izman dan Idot. ajak Izwah tapi dia kata jauh sangat Putrajaya ni nak datang. ok takpe lain kali lah jumpa dia.Selesai berbuka ramai ramai terus siap siap solat maghrib dan tunggu isyak. Then Taraweh berjemaah.
Selesai Taraweh ada Moreh disediakan..Aku buat 8 jer..tambah 3 Witir sendiri..Imam sambung lagi buat sampai 20. Moreh ada bubur lambuk dan air kopi. Minum air kopi sikit. nak makan bubur lambuk tapi kenyang lagi..seronok lah tengok suasana yang mendamaikan di luar masjid besi ni..Orang pun ramai..Hidup masjid ni.
me at Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi
This is Izman, Idot, Faiz dan Azim ashaary. Hari isnin. mana lah ada orang nak training. Kalau hari jumaat mesti ramai sebab sabtu cuti.. kat area Palae Of Justice Presint 3 ni pun tak ramai orang..biasa malam minggu mesti ramai..dengan orang berlari, orang main skate board, orang cycling, tambah lagi orang ber dating..Malam ni kira lengang lah. 4 orang pun 4 orang lah janji leh berlari kan.
Just buat pace slow average 6.43 minutes per km..sebab esok nak kerja jadi buat 10KM sudah..sekarang setakat berlari 10KM macam dah ok..takder rasa kesusahan apa pun..sebab selalu training..Bukan aku berlagak tapi aku just nak share perbezaan bila selalu training..kalau dulu 5KM pun aku rasa impossible dan berhenti henti nak berlari..sekarang kalau 10KM pace macam ni non stop insya Allah takder hal..Practice makes perfect. kalau aku boleh berlari korang pun boleh berlari jugak. Tinggal nak tak nak jer..
''Its not that some people have willpower and some don't.. It's that some people are ready to change and others are not - James Gordon''
*Ok need a sleep dulu..esok pagi nak bangun sahur lagik..selamat menjalani ibadah puasa ya semua!!
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..