Dapat surat kursus di ILSAS, Bangi sehari pada 31 Julai 2012.
Kursus pasal Supply Chain Management System..shopping Chart course.Alang-alang berada di Kuala Lumpur teringin nak berbuka puasa bersama kawan-kawan. Set dengan Nita dan sepul, ajak Kak Leez sekali untuk berbuka puasa di IKANO Damansara. Kursus pulak habis awal dalam pukul 4 pm. Habis jer kursus terus aku ke Damansara sebab takut kang time orang balik kerja jammed pulak..by 5 pm aku dah sampai area The Curve , IKEA, IKANO dan yang sama waktu dengannya.
What to do aku jenjalan kat dalam The Curve ni.. tak ada apa sangat pun nak cari..more kepada window shopping sahaja. Tengok kat tengah tengah The Curve ada orang main angklung ke apa benda ntah nama alat muzik ni..main lagu raya ngan lagu hindustan. layan gak lah dengar..Then aku terus ke IKEA.
Plan lama dah nak datang IKEA. sebab ada barang nak cari..nak pergi masa time sale aritu sering tak berkesempatan. so kesempatan yang ada ni lah aku ambik nak pusing pusing cari apa yang perlu.
Ada lah beli sikit barang. orang tak ramai sangat. best berjalan time tak busy ni..weekdays kan. mana lah orang nak beli barang sangat. kalau pi weekend mesti sesak lain macam. Bahaya betul shopping tolak troli. ada jer benda aku capai.
Habis beli barang tengok jam dah dekat waktu nak berbuka. masya Allah cepatnya masa berlalu..so dekat area depan cashier di IKEA tu ada tempat jual Karipap pemes dan ada Hotdog..aku plan nak makan ringan ringan dulu sebab janji dengan my friends pada jam 8.30pm nanti baru nak makan sama sama..so i need something light and easy for iftar.
Ada kurma percuma disediakan. aku beli Kombo A, dapat Hot dog + Soft Drink unlimited Refill. tapi banyak mana sangat lah boleh minum. RM3 kombo ni. tapi aku beli jugak half dozen karipap IKEA yang sedap tu. masa berbuka puasa siap ada pengumuman bagitahu dah masuk waktu berbuka puasa bagi yang beragama islam..Bagus lah..
Dalam pukul 8.30pm terus lah aku datang ke sini..ke IKANO..tempat perjumpaan di The Steamboat Ketam Village. Dah lama aku teringin nak try this Restaurant kali ni baru Allah beri kesempatan. Alamatnya :
Lower Ground Floor (opposite Q Jelly)
Ikano Power Centre
Mutiara Damansara
Petaling Jaya
Ikano Power Centre
Mutiara Damansara
Petaling Jaya
Kak Leez & Nita Hamdan
Azim Ashaary & Saiful Adli
Nita dah buat reservation untuk kami berenam..mana lagi dua orang??sat lagi depa sampai lah tu..kami order dulu nak makan apa dan nak minum apa..Semua order Kuah Tomyam..aku tengok menunya ada set dan ada jugak ala carte..tapi malas nak pikir ala carte ambik set jer lah senang.
Cahaya mata kesayangan Sepul dan Nita
Kuah Tomyam. Nak panaskan kena control sendirik
Beef Slice Set Nita punya
Chicken Noodle Set. Aku ngan Sepul punya
Set Seafood. Kok Lih punya
Elok jer menu kitorang sampai, Sam dan Angah pun sampai. Actually Sam ngan Angah ajak berbuka kat rumah diorang..tapi since aku dah janji ngan diorang nak berbuka kat sini, aku ajak diorang join sekali..bukan ajak. tapi aku paksa. hehehe..Thanks Sam for joining us!
Khusyuk betul sepul nak masak stimbot
Kak Leez membuat demo cara cara memasak stimbot dengan betul
Tunggu sampai barang-barang dalam tu masak
Sam ngan Angah ambik kuah sup biasa. Chicken Set
Irsyad duk sibuk membaca buku
Sambil makan as usual lah kan sambil bersembang.. Nak berjumpa bukan senang..ikut kesempatan macam ni je. dapat lah update beberapa gosip terbaru dan hangat. hehe. tak perlu aku siarkan kat sini. tu untuk simpanan kami sahaja.:p
My impression towards this stimbot : Rasa kuahnya biasa jer. Ok lah..sedap..tapi yang mantap sangat dia punya bawang goreng dan sos nya..memang paduan yang hebat!!kalau makan kuah sahaja takder benda ni tak best..next time nak try rasa kuah supnya lah..baru lagi masuk dengan sos pedas tu.
Shawn The Sheep Umar jatuh dalam Kuah Tomyam..hahaha
Para Gentlemen
Dekat jam 10 pm jugak lah baru kitorang bersurai..Kedai memang dah nak tutup dan tengah kemas kemas..Nice to meet all of you guys again!! Silap silap dah tak jumpa dah sampai Raya nanti..Ada umur insya Allah pasti berjumpa lagi. Nanti kita pi makan kat Restoran Pak Ya di Ampang Galaxy pula. Ada orang teringin nak makan ketam telur masin kkat situ kan.
Sempat lah aku pass kan Body Shoip Cik Alzan pada Nita sebelum balik..dah lama Cik Alzan kirim kat aku since Bulan Mac aritu..beli masa Sale. depa maybe nak jumpa This coming Friday so hopefully Nita boleh pass kan pada dia at that moment. Thanks ya!!Then dari Damansara aku singgah solat dulu di Masjid At-Taqwa TTDI then aku ke William Corner pulak untuk sahur bersama another friends. Dalam entri seterusnya lah aku cerita ya.
Ok salam bertemu lagi..
*Allah. Tuhan yang Maha Baik. Walau kita sebagai Hamba-Nya banyak
melakukan kelalaian dan kealpaan, banyak melakukan dosa-dosa sama ada
sengaja ataupun tidak sengaja, namun Allah tetap sudi untuk mengurniakan
berbagai nikmat kepada kita..dan nikmat yang paling besar dan tiada
tolok bandingnya Allah kurniakan pada kita - Nikmat iman dan islam..
Bersyukurlah..dan selalu lah pohon pada Allah agar Dia tidak pesongkan
hati setelah Dia berikan kita petunjuk, taufik dan hidayah-Nya..
Oh... saya tak pernah pegi lagi ke situ (infact mana2 kedai steam boat pun), oh... macam gitu kah makan steam boat...
ReplyDeletetomyam shawn the sheep sedap tak? hahahah...