About AXIMUD

Wednesday, August 1, 2012

KISAH MALAM TADI : SINGGAH SAHUR @ WILLIAM'S CORNER

1 Ogos 2012 menjelma.

Cepat sangat masa berlalu..sedar tak sedar dah bulan 8..lagi 4 bulan 2012 akan meninggalkan kita..Pagi tadi gerak dari Rumah Kak Tie di Ampang menuju ke Penang lepas solat sbuh..sempat hantar Kak Tie ke stesen LRT Ampang dulu..dia ada Interview hari ni..untuk kenaikan Pangkat..Good Luck kakak ku!!semoga berjaya dengan temuduga tu..ada rezeki tak ke mana tu kalau Allah dah janji kan..Insya Allah.

Tujuan aku bergerak awal dari KL ke Penang sebab ada appointment with my dentist, Dr. Bhar di Seberang Jaya..appointment pukul 10 am..Follow up from last week punya Root Canal Treatment..Then balik rumah just rehat tertidor sampai lepas asar..Penat sangat kot. padahal sebab tidur lewat malam tadi. Meh nak sambung kisah malam tadi.Lepas makan  Steamboat Ketam Village Ikano aku sambung pi sahur pulak ke William's Corner di area Kelana Jaya bersama Bard dan isterinya. Dah lama plan nak jumpa kali ni baru jadi kenyataan.


Last time aku makan di William aku pun dah tak ingat bila..lama sangat dah tak menyinggah..kali ni William dah tukar tempat..kedai baru dan lebih nice dari tempat lama..masih mengekalkan konsep open air..orang tetap lah ramai jugak.


Dalam kepala dah plan nak minum jus kedondong asamboi. sekali bila order boleh pulak Kedondong tak available malam ni..terpaksa tukar minuman lain lah..Jus mangga pun sodap. siap ada laici skali.Bard dan wife nya Wani ambik air teh tarik..ye lah..dah jam 1am lebeh.memang time sahur pun ni. sahur awal.


so this is Bard and his wife, Wani. Dah setahun lebih tak jumpa. First time jumpa dulu masa lari standard Chartered June 2011..and he's the one yang jadi pencetus kepada aku untuk join acara larian sampai lah sekarang. cumanya aku masih teruskan dengan aktiviti ni, diorang dah stop sebab quite busy dengan kerja dan bisnes sendiri..First time jumpa last year. ni baru kali kedua lah jumpa. biasa bertegur sapa di Facebook dan BBM sahaja. sorry guys tak attend wedding korang November last year!


alang-alang dah awal pagi jom kita sahur!!


Perkara menarik pasal William's Corner ni ialah menunya yang pelbagai dan kombinasi nya quite menarik dan semestinya sedap! Portionnya pulak mesti besar..boleh makan sampai 4 orang..Malam ni uncle William takder untuk suggestkan apa yang menarik. Bard dan wani yang suggestkan untuk makan this menu : MORROCOAN RICE & HARISSA SPICE CHICKEN. Ala-ala nasik arab tapi ayam nya tu more macam ayam sambal..Kuah kari yang disediakan tu sedap! Kombinasi nya sedap lah. Aku suka..bertambah tambah nasik kitorang makan..haha..ada jugak daging yang dibuat satay..Beef rasanya. Korang boleh try kalau rasa macam menarik.


Dekat pukul 2am jugak lah kitorang bersembang sambil makan..kena minta diri dulu sebab diorang pun kerja esok dan aku pulak nak balik ke Penang lagik..Nice to meet you guys! Both of you memang sweet together.. Semoga Jodoh panjang dan semoga Bisnes Dobi di area Kelana Jaya tu makin Maju..ada umur kita berjumpa lagi ya!

Insya Allah.

*Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..