16 Ogos 2012
Malam tadi lepas shopping di jalan Tar, terus balik ke rumah Kak Tie..nak tido tapi better pergi join qiyammulail di Masjid Pandan Indah..dalam pukul 4.30am diorang start qiyammulail..ramainya orang duk tidor dalam masjid..Alhamdulillah ramai yang memanfaatkan malam terakhir Ramadhan daam misi mencari lailatul Qada
Kuliyyah lepas subuh
Bersahur di Kedai mamak
Dari masjid Al-Azim pandan Indah aku drop by ke Rumah Kak Leez untuk ambik kek Moist Chocolate nya..dah dua tahun aku tempah setiap kali raya..regular customer ya.tapi harga tetap lah naik sebab barang makin mahal sekarang..takper janji kek kak leez tetap sedap sepanjang zaman..sembang lama jugak ngan kak leez tentang macam macam hal..dunia blogger dan juga hal hal personal..jujur aku katakan aku senang ngan Kak Leez. sebab aku tahu dia bukan orang yang fake.She just jujur dengan dirinya sendiri and that's what make aku senang berkawan ngan dia. Thanks kak Leez for the cake!!tahun depan aku order lagi ya.
Dari Rumah Kak Leez aku ke Rumah Mok elly untuk ambik hamper raya..setiap tahun Pok Shabery pasti akan beri hamper pada ahli keluarga yang dah berkahwin..sampai sekarang aku masih tak entitle untuk dapat hamper ni..Tahun depan kalau ada rezeki Insya Allah dapat lah hamper ni satu.hehe
Nak balik beraya seminggu macam nak balik kampung sebulan..dalam perjalanan pulang abang shuk telefon mintak tolong beli durian kalau ada terjumpa..dia kata mak nak makan..so sebagai anak yang baik aku beli lah durian dan sepanjang jalan sampai ke kampung memang kereta aku bau durian lah..takper,,demi menggembirakan hati ahli keluarga..sampai kemaman ngan ngam time solat isyak dan solat tarawikh so aku berhenti solat tarawikh di masjid Sultan Ahamd Chukai Kemaman dulu sebelum meneruskan perjalan sampai ke rumah di kemasek.
Alangkah indah dan bahagia dapat sampai di rumah..anak saudara duk main buai di laman depan..abang shuk, abang jalee, ami dan faiz sedang sibuk membaiki lampu lip lap untuk hari rayua yang bakal menjelang lagi 3 hari..suasana yang aku rindui..i miss my family!
Sampai rumah salin baju then bersalam ngan mak, terus mak siap siap kan makanan apa yang ada..makanan berbuka puasa tadi..aku tak berbuka puasa secara betul lagi so memang lapar..
Mak ada masak Sayur kacang panjang masak lemak..makan pulak ngan sambal belacan dan ikan Goreng..tak ada tandingan lah ngan lauk yang aku biasa makan di Penang.hehehe.masakan ibu jugak yang paling terbaik dalam dunia..
Kek yang aku beli ngan Kak Leez ada dua bijk..sebijik bagi pada Tok wan dan sebijik lagi buat sambut besday kak Ina yang telah berlalu pada 13 Ogos..selamat ulangtahun kelahiran kak Ina..semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezek..ameen!
Bukak durian beberapa bijik..mahal durian aku beli ni..20 kg dalam rm180..tak apa lah sekali sekala beli untuk ahli keluarga sebab durian tak ada dah belah sini..aku beli kat Highway so sebab tu lah mahal..D27 rasanya jenis ni.
Adam Syahmi yang gila durian
Kerepek yang dibeli di JALAN TAR semalam.
Kuih raya ni ramai yang beri kat aku sebelum balik kampung..kepada yang beri tu terima kasih dan semoga kalian semua di murahkan rezeki ya!!terima kasih banyak banyak.selamat hari raya maaf zahir dan batin..
Ketam Nipah 30 ekor aku beli di Penang khas untuk keluarga di kampung
bermain dengan Adam
Adam dan Nurul Nadeah Salwani
Seronok main ngan budak kecil..bila agaknya aku nak ada anak sendiri ni..insya Allah kalau di izinkan Nya..Terima kasih ya Allah sebab beri kesempatan lagi untuk aku bersama sama ahli keluarga sebelum menyambut hari raya aidilfitri tahun ini..Walaupun arwah ayah telah tiada, semoga Engkau memberi ketabahan dan kesabaran pada kami untuk melalui Aidilfitri kali ini dengan tenang..Ameen.
ReplyDeleteselamat hari raya haji!!
terima kasih masukkan pic kek saya dalam entry ni. heheheh.
Wah..penuhnya kereta dia...sekali sekala kan mesti semua nak bawa balik untuk family..Insya Allah..ada jodoh mestilah berdua tahun depan ^_^
ReplyDelete