Kisah 15 Ogos yang lalu.
Bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur sebab esok aku dah mula bercuti untuk menyambut hari raya aidilfitri..Plan berbuka puasa bersama sama dengan Cik Burn dan Che Qis untuk berbuka puasa di Hotel..macam macam hotel try cari di sekitar Kuala Lumpur tapi kebanyakkanya dah penuh..agaknya semua orang nak ambil peluang makan buffet di Hotel sebelum bulan Ramadhan berakhir..
Last-last kak Tie try telefon Hotel Ancasa di tepi Pudu Sentral masih available.so minta kak Tie reservekan tempat untuk empat orang..dari Penang aku straight ambik kak Tie di Jalan Duta, then terus menuju ke Puduraya..Jalan agak jammed tapi Alhamdulillah sampai selepas orang azan..kiranya dah berbuka tapi tak la lama sangat cik burn dan che qis menunggu. diorang tunggu di tepi tempat berbuka sebab tak tahu meja reserve yang mana satu.
Tu diaaa Reserve nama Nur Asmahwati..salah eja nama tu tapi boleh lah..
Thanks Cik Burn dan Che Qis sebab sudi berbuka puasa bersama sama kami..plan last minit sebenarnya..kebetulan diorang available so on jer lah..Cik Burn dalam Office attire lagik sama lah macam Kak Tie pun..Jom kita tengok apa yang ada di Buffet Ancasa Hotel Ni.
jom tengok makanan apa yang ada
Eye of ANCASA kata mereka..dalam bakul bulatan tu ada kuih rupanya.
antara kuih yang ada
sushi!!!
First meal aku ambik ialah Sushi dulu
Then Satay dan ayam tandoori
Nasik Goreng kampung dan Ikan Keli Goreng
Ayam Panggang!!
Kira ok jugak lah ada ayam panggang, satay, ayam tandoori dan ikan panggang..bab Kambing tu kak Tie suka bebenor lah.aku tak gemar.
Keropok lekor dan cucur udang
Ratah lauk lagi mana yang sempat
Buah buahan pencuci mulut
DESSERTS!
Sembang-sembang lah apa yang patut..most of topic yang aku ingat kami bincang masa ni pasal event larian..ajak Cik Burn dan Cik qis masuk skali..Cik Burn akan join Rat Race dalam bulan September nanti..Good Luck!lepas ni boleh la join mana mana event larian yang lain pulak..
Terkenang masa bukak Puasa tahun 2009..aku dan Kak Tie bawak mak mai makan di Ancasa Hotel ni jugak..masa tu ayah ada di Hospital Kuala Lumpur jugak sebab dah start buat hemodialisis..Bulan puasa kali tu aku dan Kak Tie pakat pakat nak belanja mak dan ayah makan di sini..Kenangan indah tetap akan dikenang sampai bila bila..
Kami berempat!
Time nak balik terserempak dengan Ifa Raziah pulak
Ifa Raziah kata dia duta Hotel Anacasa.haha
Dari hotel Ancasa kami blah pada jam 9.26pm..sampai pukul 10pm buffetnya ada tapi masa kitirang blah dah takder orang dah pun..kami masih belum berpisah sebab nak berjalan jalan shopping raya di JALAN TAR dulu..Thanks Cik Burn dapat parking best di Opis lamanya..tahun depan bagi lah lagi..nak shopping ngan korang lah senang dapat parking.
Terserempak dengan Fuad, Member TNB masa mula mula masuk dulu..tapi dia dah resign masuk kompeni lain pulak..dia ngan wife dia..kebetulan terserempak..aku yang tegur dulu kalau tak mesti dia buat dunno jer..kawan encik Salman jugak ni..Nice to meet you bro!happy hari raya!!
Singgah masjid India untuk solat isyak dan jamak maghrib skali..orang adalah sangat ramai..ada tazkirah lepas solat tarawikh..
Then it's shopping time!
Time dekat nak raya ni memang jalan TAR adalah sangat sesak ya..nak membeli belah pun tak selesa sebab kena redah ngan ramai orang..kena berhatri hati jaga wallet dan beg tangan kang hilang naya jer..
Di pertengahan Jalan Cik Burn dan Che Qis mengundur diri..penat..cari tudung pulak tak jumpa.hehe..nice to meet both of you nanti lepas raya kita jumpa lagi ya!insya Allah..Thanks ya guys spend masa berbuka dan mai shopping teman aku dan kak Tie
Makin tengah malam makin ramai orang datang bertandang..aku ngan Kak Tie nak cari baju raya..Alhamdulillah dapat lah cari baju melayu aku dan samping sekali..siap songkok aku beli sebab tertinggal songkok di Penang..serba baru lah raya kali ni..dalam pukul 2am kami beransur pulang..
*to be continued..
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..