About AXIMUD

Monday, December 23, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN, AYAH..

Sewaktu di uitm shah alam. Handphone bergetar. Ada panggilan masuk. Dari ayah. Sering hati resah gelisah bila terima panggilan dari ayah. Takut-takut ada berbuat salah.Tapi acapkali bila diangkat nyata nya yang bercakap ialah emak. Emak akan bertanyakan khabar itu dan ini, dan di belakang ada sahut-sahutan suara ayah bertanya bila mahu pulang ke kampung halaman.

Sampai lah tiba waktu bekerja, sese
kali bila lama aku tidak menghubungi mak dan ayah di kampung kerana sibuk dengan urusan sendiri, akan terima panggilan dari telefon ayah. Dan tetap sama, pasti suara emak yang akan memenuhi segenap corong telefon. Bertanyakan khabar berita. Dan masih, aku terdengar sayup-sayup suara ayah di belakang membagi point soalan pada emak untuk ditanya pada aku.

Kadang aku terpikir. Mengapa ayah tidak mahu bercakap sendiri. Selalu aja gunakan emak sebagai perantara. Dan kadang bila aku telefon ayah, tak sempat bercakap satu minit pun ayah sudah pass kan telefon pada emak. Pelik juga. Tujuan nak dengar suara ayah dan tanya khabar dia. Tapi ayah seperti kurang selesa. Tak apa lah. Mungkin itu cara ayah.

Sebenarnya itulah kasih seorang ayah. Yang ramai orang tidak perasan. Sebenarnya yang menyuruh emak call anak anak pastinya ayah. Kerana seorang ayah sedikit sukar untuk menunjukkan kasih sayang mereka secara terus. Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka amat menyayangi anak jauh daripada mereka menyayangi nyawa sendiri! Percayalah.. dan aku sentiasa tahu kasih ayah tiada sempadannya. Demi anak-anak, ayah sanggup berkorban apa saja. Kami 9 beradik dibesarkan dengan keadaan yang sentiasa cukup. Apa sahaja yang di minta pasti akan terpenuhi, tanpa anak-anak mengerti kesusahan yang ditempuhi. Allahurabbi. Murninya kasih mu ayah dan ibu..

Hari ini 23 disember 2013. Ulangtahun kelahiran ayah yang ke 65. Jika arwah ayah masih ada bersama kami, umurnya genap 65 tahun. Selamat ulangtahun kelahiran buat arwah ayah. Kamu tetap sentiasa dalam ingatan kami. Tak pernah luntur walau sedikit pun malah ianya bertambah kuat kerana hari demi hari, kami juga semakin hampir untuk bertemu Tuhan rabbuljalil.. tenang lah ayah di sana. Moga Allah pertemukan kita di syurga nanti.

Selamat ulangtahun kelahiran buat ayah. Tiada kek dan hadiah lagi. Atau yang seumpamanya. Cuma bacaan ayat suci al-Quran mengiringi dan doa dari anak-anak di sini buat kesejahteraan arwah ayah di alam sana..


*kawan-kawan, berbakti lah kepada orang tua sebelum terlambat.. kita terlalu sibuk sehingga kan kita sering terlupa yang mereka semakin tua. Jangan nanti mereka dijemput illahi saat kita lalai demgan urusan sendiri dan waktu itu, penyesalan tiada gunanya lagi. Ingat pesan Rasulullah SAW. Dan juga pesan Allah.. supaya berbakti pada kedua ibu bapa dengan semahunya.

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..