About AXIMUD

Sunday, December 29, 2013

BAITI JANNATI


Keluargaku Rumahku Syurgaku.

2013 - hubungan kekeluargaan kami semakin utuh dan kukuh. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Tahun 2013 merupakan tahun pertama kami lalui setelah episod paling sedih menjelma pada 3 mei 2012 (ayah dijemput menghadap illahi). Atas rahmat dan kasih sayang Allah, di izinkan untuk kami sekeluarga terus berkasih sayang dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Ma
k yang menjadi pengganti tunggak utama dalam rumah, dengan bantuan dan sokongan anak-anak semestinya. Jauh di sudut hati, aku sentiasa Kagum dengan ketabahan emak. Sentiasa sabar dan yakin bahawa ujian yang Allah timpakan ada asbab tersendiri. Emak selalu pesan, kita cuma hamba Allah. Sebagai hamba, layak ke kita untuk mempertikaikan segala pekerjaan Allah? Sabar dengan ujian, redha dengan ketentuan. Ya. Itu pesan emak. Yang sentiasa akan aku ingat.

Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan pada semua ahli keluarga ku (termasuk semua saudara mara) yang telah bersusah payah semasa majlis pernikahan dan perkahwinanku di Penang pada 11&12 january 2013. Disusuli pula majlis sambut menantu pada 16 February 2013. Tanpa bantuan kalian semua (ahli keluarga dan saudara mara) pasti urusan tidak akan berjalan lancar. Appreciate that so much! Dan bermula lah kehidupanku sebagai married man. Agak sukar untuk menyesuaikan diri. Banyak perubahan berlaku. Kerja, travel, running events, rumahtangga, komitmen, waktu untuk akhirat, semua perlu diseimbangkan agar tidak tergelincir ke landasan yang salah. I know as the time goes by, I will learn. Learning is a long life journey. It will never end.

Masa berlalu.

Bulan Ogos 2013 - Aidilfitri 1434H, kali pertama berhari raya sebagai seorang suami. Pertama kali isteri ikut pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama. Dan di bulan syawal ini juga kami berkongsi kegembiraan dengan kak ina dan kak la yang selamat melahirkan anak masing-masing pada 15 dan 16 Ogos. 3 hari selepas itu, terkejut dengan berita mak dimasukkan ke Kuantan Medical Center kerana serangan darah tinggi. Dari penang terus aku bergegas ke Kuantan bersama kak tie. Cukup risau pada waktu itu. Emak masuk wad selama seminggu. Dan doktor mengesahkan semuanya ok sahaja dan ada preskripsi ubat yang diberikan. mujur ada Kak Ija di rumah yang menjaga emak. Sekurangnya hati tidak terlalu risau bila berjauhan.

Allah itu Maha Kaya.

Di Bulan September 2013, aku mendapat surat arahan pertukaran tempat kerja. Dekat dengan kampung halaman. Allahurabbi. Allah maha besar. Maha mendengar permintaan hamba Nya yang meminta-minta. Aku terima dengan hati yang lapang dan terbuka. Sebab memang sudah setahun lebih mengimpikan peluang seperti ini muncul. Dengan harapan dapat berbakti kepada kedua ibu - bapaku dalam mereka meniti usia tua. Allah lebih mengetahui yang terbaik, ayah dijemput pulang ke sisi Nya dalam keadaan belum sempat aku membalas jasa ayah dengan sebenar-benarnya.(al-Fatih
ah). Tapi kami bersyukur masih punyai emak. Dan sekarang emak kerap sakit dan sudah tidak sama seperti dulu lagi. Dengan zat dan kemuliaan Mu ya Allah, sembuhkan lah ibu ku seperti sedia kala dan sihat kan lah kami sekeluarga.

Barangkali, nun di atas sana arwah ayah memerhatikan kami dari jauh. Insya Allah, kami akan jaga mak sebaik nya. Semoga arwah ayah berbahagia di alam sana..

Ujian Allah itu datang dalam berbagai bentuk. Cuma padaNya kita berserah dan redha. Melalui sedikit saat sukar di hujung-hujung tahun. Hidup sedikit tidak terurus apabila berjauhan dengan isteri. Mengenangkan tarbiyah Allah, hati jadi tenang. Dan mula menyusun satu demi satu peristiwa yang berlaku. Tiada masalah yang tak dapat di selesai kan andai paksi nya kita kembali pada Allah. Mohon Allah beri petunjuk dan dorongan pada diri agar tidak berterusan melakukan kesilapan berulang kali. Apa mungkin aku perlu mengalah sebelum berjuang?

Dan Alhamdulillah, keluarga yang banyak memberikan sokongan dan nasihat serta panduan berguna dalam saat muram dan sedih. Kata-kata semangat yang tak pernah putus untuk aku cipta sebuah kisah di masa hadapan. Percaturan Allah tetap akan jadi yang paling baik mengatasi Rancangan manusia. Aku percaya itu. Maka apa guna sebuah ketentuan jika hati tidak cuba untuk mencerna maksud sebenar di sebalik semua yang telah ditakdirkan Tuhan ?

2014 - untuk tahun mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan mengeratkan ukhuwah islamiyah sesama muslim. Untuk tahun membina keluarga (jika Allah beri rezeki). Untuk kami lebih saling kasih-mengasihi antara satu sama lain. Untuk sebuah institusi kekeluargaan menuju redha Allah! 

 
Firman Allah :

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(At-Tahrim: 6)

No comments:

Post a Comment

What do you think about this entry?tell me..