Salam Hari Khamis.
Pagi ni Hujan lebat membasahi bumi penang,sampai aku rasa liat gila nak bangun tidur tadi..rasa nak tarik tarik comforter dan terus tidur tanpa mempedulikan keadaan sekeliling..tapi macam biasa lah kan,kena lawan semua dugaan tu dan sekarang-aku dah ada kat tempat kerja..hahaha..hebat tak aku??mana boleh nak ikut kan sangat malas..kalau tak satu kerja apa pun konpem tak siap..(hari ni dah 12 syawal..takder sapa ker nak ajak aku pi Open House??huhuhuhu)
Kali ni aku nak sambung kisah percutian ke Hong Kong 4 bulan lalu...(4 bulan??pehhhh lamanya sampai sekarang pun tak siap-siap nak update..errrrr biasalah,banyak sangat story sampai tak sempat nak kejar mana dulu nak cerita..)Story pasal Hong Kong ni dulu terhenti di entry pasal DISNEYLAND,dan bila malam tiba kitorang lapar gila then terus ke bandar KOWLOON dalam misi mencari makanan HALAL di HONG KONG..
Bersama AXIMUD,jom kita jalan-jalan..sambil cari makan di Bumi Hong Kong..Terimalah..
******************************************************
15 MEI 2009
Sebelah siangnya memang kitorang manfaatkan untuk habiskan masa menjelajah kota DISNEYLAND HONG KONG..walaupun ia merupakan yang terkecil di dunia.tapi best la jugak sebab tak pernah pi lagi..pas ni kalau pi disneyland yang lain mesti lagi teruja kan..duk pusing pusing dalam disneyland ni sedar sedar hari dah malam..
Acara Persembahan Bunga Api di Castle Sleeping Beauty menjadi penutup bagi semua aktiviti yang boleh di jalankan di taman tema ini..Tapi Show Bunga Api nya pun memang best sambil di iringi muzik dari cerita cerita kartun Disney..terpaku jugak lah eden menontonnya..sampai tak sempat nak snap satu gambar apa pun..mujur Ziana dan Nikli ada la snap sekeping dua..:)..kalau tak takder lah gambor jawabnya..
Ini gambar di stesen MTR Disneyland..Kat sana bab pengangkutan awam korang boleh tabik spring laa..memang efisien dan memudahkan orang ramai..even kalau korang first timer pun senang nak faham direction dan anak panah yang ada..pendek kata tak sesat la..(melainkan korang bengap tahap cipan tu aku tak tanggung).Yang speselnya stesen ni sangat cantik!!macam dalam cerita fairy tale kanak-kanak plak aku rasa.
Bergambar kenangan mana yang sempat..:-p
Tren Disney ni pun unik..cantik sesangat..tingkap diorang wat lambang Mickey Mouse dan seat semua cover ngan Kusyen Baldu..selesa yang amat..Kebersihan toksah citer la,memang bersih..diorang pun nak kena jaga reputasi jugak kan since tempat ni memang di buka untuk semua pengunjung dari dalam negara mahupun luar negara.
muka sengal bertiga
Suka aku tengok lambang kat T-SHIRT ni..sebenarnya T-Shirt baru beli siang tadi kat dalam Disneyland,terus jer pakai sebab nak kasi sama tema-MERAH..hehe..at least boleh la di jadikan kenangan kan beli t-shirt macam ni..Nikli ngan Ziana lagi la borong t-shirt sakan..aku bab bab beli T-shirt ni nak kena tengok jugak..kalau tak kena cutting ngan badan aku yang georgeous nih memang aku tak beli la walau secantik mana pun t-shirt tersebut..ada faham?
kalau dah namanya ASIA kan..sama jer sumer..hehe
kami bertiga sahaja,tidak berempat mahupun berlapan
Dari Disneyland Station kena pi ke Sunny Bay station,then tukar MTR line which is aku dah tak ingat..island line kot..tukar island line untuk ke bandar Kowloon..Tapi kitorang nak kena singgah beli bag dulu since banyak barang dah beli kat TEMPLE STREET dan LADIES MARKET sehari sebelum tu sampai beg pun dah tak muat..berhenti di stesen LAI KING.
stesen MTR LAI KING
Singgah sebentar di Temple Street untu beli beg sahaja..dah malas nak jalan jauh jauh kitorang nampak kedai Auntie ni yang depan skali terus jer menyinggah..sebenarnya sebab nak cepat,takut kedai makan tutup..sebab dah nak dekat pukul 12 malam..(FYI,masa kat HK sama jaa ngan masa kat MALAYSIA.)
Skali auntie ni mesra la pulak..
Dah penat tawar menawar dan bermesra ngan auntie tu akhirnya kitorang beli lah satu bagasi yang serupa tiap seorang..beg kaler itam,yang cukup lah kami kira untuk menampung semua lebihan barang yang di beli di sini..Perut lapar sesangat dah masa ni..nak pi makan jugak..naik MTR lagi ke stesen JORDAN..
Actually Restoran yang nak di tuju ni just main terjah saja..tu pun berdasarkan direction yang pernah di beri oleh akak yang kerja di Restoran yang kitorang ada makan dua hari sebelum tuh..di RESTORAN ZIAFAT-(klik link untuk cerita lalu)..nak jugak merasa restoran lain pulak..harap harap sedap lah..
Sampai kat bangunan Restoran ni aku dah cuak..sebab macam horror jer..mamat yang ada jaga kat situ bawak kitorang naik Lif yang macam ntah hapa hapa..Rupanya Restoran ni di tingkat dua-which means to say sapa yang tahu,akan tahu lah..kalau tak tahu memang tak dapek nak jumpa lah restoran ni di mana..itu fasal laa kat tepi jalan bandar Kowloon pekerja diorang pulun duk edar Flyers..kalau ada yang berkenan baru pekerja depa bawak ke Tingkat Dua bangunan ni.
Kegembiraan Jelas terpancar di wajah kami sejurus selepas berjaya menjumpai restoran ini,yang paling penting restoran ni tak tutup lagi..kami pelanggan last kalau tak silap..dapat menu terus la berkira-kira nak makan apa..Jom kita order..
Jus mannga ni sedap tapi sekali sedut dah habis..huhu..
Pelayan yang kerja ni boleh cakap BAHASA la pulak..Orang Indon Rupanya..mula mula tak mau amik gambar skali bila dah petik kamera dia plak yang over..boleh plak macam tu kan..layan kan jer..kang tak sampai pulak apa yang kitorang order..nak tengok apa yang kitorang order??jom!!layan gambar di bawah k.
ni NASI GORENG AYAM..sedap tapi portion nya macam sikit dengan harga yang di tawarkan..55HKD kalau tak silap,bersamaan lebih kurang 25 hengget duit kita lah..macam ni punya sepinggan 25 ringgit..huhu..tapi kat sini mana nak cari nasi goreng..nasib restoran ni ada..aku order yang ni tapi last-last Nikli Nodin yang habiskan..haha..aku tukar ngan Nasi Beriyani Ayam yang dia Order.
Hat ni paling best,dan yang menariknya Ziana order mender ni by Request..takder dalam menu,boleh plak Verbally cakap kat Chef sendirik nak lauk macam ni..'saya nak ayam kari yang ada Carrot sket,lada hijau sket,tak pedas sangat..'-lebih kurang macam tu lah dia cakap kat Chef,nasib Chef tu memahami kehendak dia..dan ternyata AYAM HAPA NTAH ni sedappp!!
Tambah sedap bila Ayam hapa ntah tu di makan bersama Nan Kosong ini..paduannya mantap hingga membuatkan air mata ziana tumpah,tanda gembira sesangat dapat makan apa yang di hajati..(actually dia dah teringin nak makan since dia ada nampak kat RESTORAN ZIAFAT dua hari sebelum tuh..haha,,you know i know k..:)
NASI BERIYANI AYAM ni pun boleh tahan,walaupun tak berkuah tapi memang macam tu kot cara Pakistan India makan nasi beriyani..untuk Nasi Beriyani yang berharga 60 HKD ni aku kira Restoran Ziafat lagi sedap kot..tapi rasanya lebih kurang jer lah..duk komplen banyak sangat pun licin jer pinggan ni aku kerjakan..gogon.macam tu lah.
Kan aku dah cakap..memang licin punya..tinggal tulang,Sudu,senduk dan pinggan mangkuk jaa..Alhamdulillah..ni merupakan meal terakhir kitorang,sebab keesokannya dah nak berangkat pulang ke Tanah Air Tercinta,Malaysia oh Tanah tumpah Darahku..
Harga209 HKD untuk 3 orang..ok lah tu.Reasonable.
Berseri-seri muka memasing setelah kenyang..BEST!!
Dari Restoran tu Kitorang terus nak gerak balik,takut MTR dah takder naya nanti nak tidur kat mana..nasib baik MTR kat sini beroperasi sampai 1 pagi..masa ni dah pukul 12 tengah malam lebih..bergegas kitorang nak ke MTR untuk Disneyland Line..
Speaking of Which,cantek tren ni..Kiut miut saja..bebudak mesti lah suka..Mak Bapak budak pun seronok apatah lagi diorang kan..memang di buat khas untuk pengunjung Disneyland merasai sendiri kemejikan di Disneyland.apa yang ajaibnya aku pun tak taw..dah tag line nya macam tu maka hantam sajalah labu.Jangan tanya bebanyak okeh.
Masa ni dah lewat,Tren memang kosong sekosong nya..kami bertiga sahaja dari hujung ke hujungyang tinggal..apa lagi,jom lah ambik gambar dalam Tren..gambar apa yang aku duk seronok shoot tuh?(gambar atas:Nikli kentut aku rasa..sebab dah makan kenyang perut berangin tu yang duk lepas angin..ishh tak senonoh kan.)
Ni lah menatang yang aku duk seronok shoot dalam tren..sepanjang tren ni banyak di hiasai dengan patung/arca karakter-karakter dari Disney..ada Mickey/Minnie Mouse,ada Jiminy Cricket,ada Pluto,Ada Tinker Bell,ada Donald Duck,ada Snow White dan macam macam lagik..you name it.
Love This Pic so much!!
Hari pun dah lewat malam..mata pun dah rasa mengantuk..badan penat perut kenyang tinggal nak layan mata jer lah lagik..sabar sat naa..jap lagi kita sampai boleh balik hotel berehat sepuasnya..Hwarrrrrrrrrgggghhhhh...
yeayy..dah sampai!!(tetiba segar balik..haha)
Shutter bas ke DISNEY HOLLYWOOD HOTEL ni pun masih ada..Alhamdulillah..kalau tak jauh yeop nak menapak dari Stesen MTR Disney ni ke Hotel..dah la kepenatan pastu nak berjalan kaki..tidak ler ku pinta sebegitu..Bas ni pun kiut miut jugak..ada kartun Mickey dan karakter Disney yang lain..:)
Our Hotel-DISNEY HOLLYWOOD HOTEL
Dah masuk hotel ni bukannya nak terus balik ke bilik dan bersiap nak tidur dan berehat,kitorang sempat mengadakan sessi fotografi lagi kat sini..yer lah,time siang-siang mana boleh nak buat peel lagu ni orang ramai.Time takder orang ni lah kita ambil peluang yerr dak..duk shoot sana sini selagi boleh okeh..sebab kawasan Lobi hotel ni pun cantik..selesa jer.
Interior Lobi Hotel-Nice!!
Nikli & Axim at Mickey Mouse Statue
Masing masing duk tergolek sana sini dah buat macam rumah sendiri dah..nasib lah sebab takder orang pun masa ni.even kat meja reception pun takder orang..tu yang kami bermaharajalela neh..it's fun,so what??
Dah puas bergambar baru la kitorang terasa penat dan terus mengambil lif yang berdekatan untuk ke Bilik masing-masing,bersiap siap mandi,sembahyang dan berehat.ketiduran sudah untuk mengumpul kembali tenaga bagi mengahadapi hari terakhir esok..Rancangan esok hari-meneruskan Journet di DISNEYLAND dan juga Bershopping di CITY GATE OUTLET sebelum bertolak pulang ke Tanah air..
(To be Continued..)
Rumusan Hari ke-5 di Hong Kong
''Berasa sungguh seronok dan teruja dapat meluangkan masa buat kali pertamanya di DISNEYLAND HONG KONG,dan keenakan makanan di RESTORAN MUGHAL PAKISTAN-INDIA CUISINE pasti akan tetap kekal dalam ingatan..teruja untuk masuk Disneyland ni negara lain pula..''
hai axim seronok baca kisah hari raya hang.. oren tu,, wahhh cantik sedondon gitu hang sekeluarga...
ReplyDeletewah g hong kong pulak,, ole2 untuk den takdo ko..
hiihi selamat hari raya yer axim. :)
senang pulak hang jumpa makanan halal kat sana yek. kitorang lak jenuh la nak cr kedai nak makan. tak tau nak makan kat mana. mmg la kitorang diet jer masa pi hongkong dulu. huhuhuhuhuhu
ReplyDeletesalam... best tak g hk? agak agak masuk disneyland tuh dalam brapa rm ekk??
ReplyDeletei must go disneyland too!
ReplyDeletehai axim...nak tanya sket.itu pun kalu tak kisah...berapa kos awak berhabis pegi ke sana.not include flight...email me
ReplyDeletecik_eka@yahoo.com
Salam azim, bole tak tolong email pada saya iltenary ke hongkong ni? Sbb saya nk pergi awal next year..email saya shimarasedi@gmail.com. Thanks ye
ReplyDelete