Cerita cinta biasa.
a
a
2013 - tahun yang menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidupku.
Hari ini sudah hampir 2014, lagi beberapa hari genap setahun kami di satukan
atas kalimah Allah. Ceritera cinta tidak semegah romeo dan juliet, bukan
juga romantis seperti shah jahan dan mumtaz mahal, ataupun tragis
seperti layla dan majnun. Ini jalan cerita kami sendiri. Jalan cerita
yang digarap bersama dalam episod suka duka dan gurau tawa. Langit bukannya sentiasa cerah, hidup pula tak selalu indah kan?
Being in a marriage life buat aku jadi lebih matang dan dewasa. Aku
akui, Sifat keegoan dalam diri sering mengganggu gugat perhubungan tapi
itu lah rencah kehidupan. Tanpa ribut dan petir serta hujan di tengah
panas mana mungkin sang pelangi serba warna akan muncul memberikan
seribu kemanisan kepada alam. Anggaplah itu semua tarbiyah dari Allah.
Untuk meningkat kan lagi darjah keimanan dan ketaqwaan dalam diri. Serta
ujian dalam usaha suami dan isteri membina rumahtangga yang
diredhai-Nya
a
a
Aku dan kamu.
a
a
Kita memang berbeza. Tapi
dengan perbezaan itu lah kita guna peluang yang ada untuk saling
lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Tidak adil untuk kita
menidakkan kebahagiaan yang kita kecapi bersama andai cuma diuji dengan
sedikit salah faham. Mulut boleh berkata apa-apa sahaja tapi hati tidak
akan pernah menipu. Jujur lah pada diri, insya Allah kebahagiaan pasti
menerpa di saat yang kita tidak jangka. Buat isteriku, Maaf kerana aku
masih belum mampu jadi suami yang terbaik untuk diri mu.
2014 -
untuk tahun bebas amarah. Untuk tahun meredam ego dalam jiwa. Untuk
tahun mencari kesabaran dalam diri. Untuk tahun membina rumah tangga ke
arah mardatillah. Untuk tahun menjaga hati supaya lebih dekat-mendekati.
Semoga Allah permudah dan memberi petunjuk.
Tanpa mimpi,
impian tak akan jadi kenyataan. Dan tanpa usaha, kenyataan tak akan jadi
sesempurna yang kita harapkan. Kata kunci nya : jangan putus asa dari
rahmat Allah.
Usaha dan tawakkal
Moga cerita cinta ini punya episod berlarutan hingga ke syurga!
a
I Will Always LOVE You..
No comments:
Post a Comment
What do you think about this entry?tell me..