Followers

Monday, December 30, 2013

TANPA MIMPI, IMPIAN TAK AKAN JADI KENYATAAN

Cerita cinta biasa.
a
2013 - tahun yang menjadi titik tolak perubahan besar dalam hidupku. Hari ini sudah hampir 2014, lagi beberapa hari genap setahun kami di satukan atas kalimah Allah. Ceritera cinta tidak semegah romeo dan juliet, bukan juga romantis seperti shah jahan dan mumtaz mahal, ataupun tragis seperti layla dan majnun. Ini jalan cerita kami sendiri. Jalan cerita yang digarap bersama dalam episod suka duka dan gurau tawa. Langit bukannya sentiasa cerah, hidup pula tak selalu indah kan?

Being in a marriage life buat aku jadi lebih matang dan dewasa. Aku akui, Sifat keegoan dalam diri sering mengganggu gugat perhubungan tapi itu lah rencah kehidupan. Tanpa ribut dan petir serta hujan di tengah panas mana mungkin sang pelangi serba warna akan muncul memberikan seribu kemanisan kepada alam. Anggaplah itu semua tarbiyah dari Allah. Untuk meningkat kan lagi darjah keimanan dan ketaqwaan dalam diri. Serta ujian dalam usaha suami dan isteri membina rumahtangga yang diredhai-Nya
a
Aku dan kamu. 
a
Kita memang berbeza. Tapi dengan perbezaan itu lah kita guna peluang yang ada untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Tidak adil untuk kita menidakkan kebahagiaan yang kita kecapi bersama andai cuma diuji dengan sedikit salah faham. Mulut boleh berkata apa-apa sahaja tapi hati tidak akan pernah menipu. Jujur lah pada diri, insya Allah kebahagiaan pasti menerpa di saat yang kita tidak jangka. Buat isteriku, Maaf kerana aku masih belum mampu jadi suami yang terbaik untuk diri mu.


2014 - untuk tahun bebas amarah. Untuk tahun meredam ego dalam jiwa. Untuk tahun mencari kesabaran dalam diri. Untuk tahun membina rumah tangga ke arah mardatillah. Untuk tahun menjaga hati supaya lebih dekat-mendekati. Semoga Allah permudah dan memberi petunjuk.


Tanpa mimpi, impian tak akan jadi kenyataan. Dan tanpa usaha, kenyataan tak akan jadi sesempurna yang kita harapkan. Kata kunci nya : jangan putus asa dari rahmat Allah.

Usaha dan tawakkal

Moga cerita cinta ini punya episod berlarutan hingga ke syurga!
a



I Will Always LOVE You..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails