Sunday, March 30, 2008
MomenT of TrutH
Trasure Hunt 2008
Nasib baik soalan tak tricky sangat,tapi ada juga satu soalan yang kami tak dapat nak jawab...tapi tak apalah,sekurangnya kami dah mencoba yang terbaik..actually sampai awal atau lambat bukan menjadi keutamaan-keutamaan adalah di berikan kepada peserta yang berjaya menyelesaikan semua misteri dengan tepat.
Inilah dia Lata Bayu,air terjun di negeri kedah.Nice place untuk family-family bawak keluarga berkelah.
Sementara menunggu ketibaan peserta yang lain,saya berjalan-jalan sekitar kawasan air terjun.menariknya kerana tempat ini dijaga dengan penuh rapi,sekurangnya tiada sampah-sampah yang bersepah di sana-sini..maknanya memang tempat ini telah di berikan penjagaan yang penuh oleh pihak yang terbabit.
*anak-anak staff sibuk mandi-manda di sini.
*semua peserta tabah menunggu keputusan..dan diumumkan pemenangnya...
*tempat ketiga:kumpulan encik kamal(ni group saya,hehe,dapat gak hamper)
*Dan tempat pertama di menangi oleh pasangan suami isteri,En.Saraani dan Puan Azmah.
Saturday, March 29, 2008
PasTasiA
Bila da jalan-jalan lama sangat macam biasa lah,perut pun da rasa lapar..actually dari tengah hari tadi saya tak makan..ingat nak makan lepas sembahyang jumaat tadi sekali tak sempat...apa boleh buat,tahan je la sampai ke malam..tengah jalan-jalan kat tingkat dua tadi ternampak la restoran ni dari atas...
Fikir punya fikir akhirnya saya buat keputusan untuk makan di restoran ini..teringin plak nak makan spaghetti..sedap wooo...rugi la korang kalo tak minat spaghetti.
*hmmmmm nak order apa ekkk...sumer sedap-sedap belaka nih...tambah plak perut tengah lapar..
*untuk beverage saya just order mango juice....sheedaappp...
*meh jemput minum...kita minum sama-sama yek..
*akhirnya sampai juga makanan yang di order..
*this is tomyam spaghetti seafood with prawn,squid and mussel..the good thing is rasanya memang sedap dan memikat selera saya..jom makan jom..
*Alhamdulillah....habis licin saya kerjakan tomyam spaghetti ni...lepas ni boleh balik rumah dengan tenang.
Dan ini dia senyuman ikhlas dari saya setelah kenyang...patut la orang kata kalau kenyang perut kita suka hati...memang saya manyak senang hati loooo,hehe...Lain kali boleh makan lagi kat tempat ni..banyak menu lain yang best-best..Yang paling penting servis kat sini ok dan mesra.
*apa yang paling penting untk sesebuah tempat makan bagi saya ialah servis.rasa makanan nombor dua.tapi servis kena nombor satu.itu kriteria wajib bagi saya.
**ini entri dedicated khas untuk my bestfren yang sangat suka makan spaghetti.you know who you are.
Its Friday Already...
On my way to the office this morning. i tuned my radio to listen morning show on Fly.fm.The topic that they has been discussed is the earth hour.I believes that many of us didn't realize what earth hour is all about,since its only been introduced on 31Mac 2007 by World Wide Fund for Nature Australia (WWF).
What is the Earth hour?
Earth Hour is an international event that asks households and businesses to turn off their lights and non-essential electrical appliances for one hour on the evening of March 29th at 8PM local time to promote electricity conservation and thus lower carbon emissions.
It is promoted by World Wide Fund for Nature Australia (WWF), an environmental lobby group, and the Sydney Morning Herald. The first Earth Hour was held in Sydney, Australia between 7:30 p.m. and 8:30 p.m. on 31 March 2007. The 2007 Earth Hour is estimated to have cut Sydney's mains electricity consumption by between 2.1% and 10.2% for that hour, with as many as 2.2 million people taking part.
*photo of Sydney Harbour Bridge and Sydney Opera House during Earth hour
*Earth Hour Logo
So guys,tomorrow is 29 Mac and maybe we could do the same too..just switch off the light in one hour from 8pm to 9pm - as we support to promote the electricity conservation to our country.
*first time i heard about this thing....thanks fly.fm for the very useful info.
Friday, March 28, 2008
Tercari-Cari..
Kemelut Di Muara
Pertemuan itu yang merupakan acara menghadap mingguan pada setiap Rabu dikatakan turut membincangkan isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dibantah oleh 23 ADUN Barisan Nasional (BN) negeri ini.
Beberapa jam selepas Abdullah menghadap Seri Paduka, bekas Menteri Besar yang merupakan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan menemui Abdullah selama setengah jam di Putrajaya bermula pukul 12.45 tengah hari.
Namun tiada sebarang pengumuman mengenai kedua-dua pertemuan itu dibuat oleh Abdullah yang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.
Sehingga malam ini, kedudukan Idris dan Ahmad dikatakan belum jelas, tetapi para pegawai UMNO membayangkan isu itu sudah pasti dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan esok.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu.
Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar.
Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.
“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden.
“Dapat saja arahan daripada Presiden, kita akan adakan perjumpaan untuk membincangkan arahan yang diberikan,” kata Rosol ketika dihubungi.
Menurutnya, kesemua 23 ADUN terlibat masih berada di ibu negara. Kecuali Idris, mereka belum dipanggil bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan perkara itu.
Beliau percaya kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu akan mencapai jalan penyelesaian esok.
Katanya: “Berdoalah untuk penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Terengganu.”
Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu Ahad lalu walaupun orang yang memperoleh watikah daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar ialah Idris.
-dipetik dari Utusan Malaysia Online
Local Fruit
Fakta Tembikai:
Pokok Tembikai atau Timun Cina (Pantai Timur), Semangka (Citrullus lanatus, Keluarga Cucurbitaceae) merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika.
PengkelasanSaintifik:
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Cucurbitales
Famili:Cucurbitaceae
Genus:Citrullus
Spesies:C. lanatus
*dalam banyak-banyak buah kat Malaysia buah ni is my favourite..
What's LOVE...?
*Specially dedicated this one to all of my friends..Do appreciate the one that you love before you are too little too late to do so ok...