Followers

Sunday, October 14, 2012

RACE REPORT : WE RUN KL 10 KM NIKE

Reason why i'm in KL this weekend : We run KL 10KM NIKE..Last year aku pun register tapi tak lari sebab clash dengan Desa Parkcity punya event..aku dan Kak Tie decide untuk ke Desa Parkcity 10 KM sebab ada medal..Nike tak provide medal.hehe. This year pun tak ada medal tapi ada Finisher Tee bagi yang dapat finish the run. Even better than medal.Baju boleh pakai. Kalau Medal buat gantung dalam rumah jer.


Thanks Faiez ambikkan racekit ni..Baju NIKE tahun ni jauh beza dengan tahun lepas..tahun lepas kaler oren..kali ni kaler Hitam dan Fluorescene..Nice jugak. Different lah.Cuma pelik sikit sebab flag off jam 5.30pm..kat Jalan Ampang pulak tu..end kat Padang merbok. Sebelum datang kat Matic Jalan Ampang sempat ke wisma OCM ambik racekit untuk Putrajaya Night Marathon Minggu depan. aku buat 42KM..Ful Marathon. My second Full Marathon. Hopefully dapat finishkan larian tu.


Sepatutnya flag off jam 5.30pm..masa kami sampai sini jam 4.30pm ramai gila dah yang beratur di starting line. sejam awal.tak sabar nak berlari gamaknya.nak kejar podium kot. Ingatkan kena berlari dalam Hujan.nasib baik masa ni hujan dah berhenti..


Faiez, Hamid, azim, Idot, Tanpa nama(tak tahu siapa.kawan idot)


Di kawasan baggage drop, ramai orang membanjiri kawasan nak letak beg dalam truck yang disediakan. tak berkenan sangat bila run event macam ni, start tempat lain habis kat tempat lain.satu hal pulak nak kena angkut barang barang ngan lori..aku pun ada drop barang. dah la tinggal wallet, kunci kereta, DSLR dan jam tangan.Banyak barangan berharga..lain kali tak mau tinggal dah. Bahaya lah.


GengKakiLari yang ada join this event ialah Faiez,aku,Zarul, zamell dan Idot,. Aizat dan Izwah tak berlari depa jadi volunteer di finishing line.


Masa nak flag off agak kelam kabut sikit. maybe sbab jalan sempit dan jumlah peserta adalah ramai..target aku untuk this larian ialah bawah 1 jam..memang aku berlari tak berhenti lah..tak larat just slowkan pace then catchup balik..cuma tak berapa seronok sebab jalan raya sempit dan ramai yang duk berjalan lenggang kangkung ala ala perarakan maulidur rasul, siap ada yang bercinta bagai hingga ganggu orang lain nak berlari..nak mencelah celah bukan senang..takpe lah maybe sebab ramai budak sekolah.tu yang jadi macam tu.aku set endomondo kat finishing line 59 minutes!tapi jam kat papan tanda dah tulis 1 jam 7 minit..maknanya 8 minit nak berasak asak masa starting point tadi. Punya lah lama..


Aizat yang jadi volunteer. Faiz rembat pisang banyak


Terjumpa Razinah Sharif


Kat belakang aku tu Izwah. Volunteer jugak #GKL


with Ford frodo.(apa nama betul ko weh??)


Masa nak beratur untuk ambik Finisher Tee keadaan pun agak kelam kabut jugak..dengan tanah berselut sebab Hujan..memag macam trail tun la pulak kasut abis kotor..aku pelik kenapa lah tak bukak booth bebanyak untuk ambik finisher tee..lama orang kena que..dah la dah masuk waktu maghrib time ni..


We did it!!Congrats semua sebab dapat Finisher Tee


Lari, lari jugak..solat maghrib jangan dilupa


Satu perkara yang aku tak berkenan pasal this event sebab Time maghrib boleh pulak duk berkonsert di tengah padang merbok tu..dengan artis jemputan..seolah tak menghormati waktu maghrib..tapi ya lah.berbagai kaum ang masuk. Hopefully yang beragama islam tu semua sempat menunaikan kewajipan bersolat maghrib di surau yang disediakan..mengenangkan hal ni rasa macam tawar hati nak join next year. Kalau buat pagi aku join. Kalau depa buat petang lagi tengok dulu lah macam mana..


Insiden berlaku masa nak claim baggage..aku hilangkan tag nombor..tak tahu tercicir kat mana..dah berdebar gila sebab dalam tu beg tu semua benda penting ada..Wallet kunci kereta DSLR semua dalam tu..keadaan pun memang kelam kabut lah masa semua orang duk nak clim baggage di Truck yang disediakan..depa main sebut jer nombor then kalau sapa sapa mengaku untuk redeem pun boleh jer ambik macam tu..Nasib aku baik sebab dari bawah boleh ternampak beg aku, so bila diorang ambik terus aku that is my bag and they just give away just like that. Alhamdulillah nasib baik..kena berhati hati next time Tak hairan lah aku dengar sampai jam 11pm banyak baggage orang tak claim, henpon ngan wallet hilang pun banyak..NIKE should do something about this next year.


First time berdiri depan papan tanda ni


Yang penting, dapat Finisher Tee yang cantik..so far training aku biasanya just 10KM..dua hari skali berlari 10 KM kalau berkesempatan..nak kuatkan kaki untuk Full Marathon di Putrajaya Next week..i didnt expect much, just want to Finish that run..After NIKE event singgah di Berjaya Times Square untuk makan malam tapi semua kedai dah tutup..so ke Bukit bintang makan Nasi Ayam Hainan..sedap gila kerabu mangganya!kalau rajin nanti aku tempek gambarnya..

Ok Race Report Done.

I;m so happy to be able to finish the race below 1 hour. Not my personal Best but below 1 Hour is good enough. Congrats to all of my fellow #GKL members that did it so well!we'll meet again in another event ya!Insya Allah.

1 comment:

gamepoint amd said...

kat mana korg solat eh? aku tlepas maghrib, asar.. -__-" nike patut buat pagi la. tak patut sungguh buat malam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails