Followers

Friday, August 31, 2012

HAPPY NATIONAL DAY FROM THE TOP OF BUKIT TABUR!!



Bukit Tabur is a hill located in Taman Melawati, Malaysia. It is also known locally as Bukit Hangus. The hill is very prominent as it is part of Klang Gates Quartz Ridge and can be seen from the Kuala Lumpur Middle Ring Road 2. The hill, which is less than 1000 metres, is a quartz ridge. Climbers enter the hiking trail via Kampung Klang Gates, 50 metres from the gates of the Klang Gates Dam, at the back of Taman Melawati for a 3-4 hour climb. The Gombak Forest Reserve and Klang Gates Dam are beside the hill. The peak offers s view of the dam.The hiking trail to Bukit Tabur can be found at 3°14′1″N 101°44′55″E.- Wikipedia


Thursday, August 23, 2012

SALAM AIDILFITRI : HITAM DAN PUTIH, 1 SYAWAL 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua..

Alhamdulillah sudah kembali berada di Penang..semalam aku bertolak dari Kemasek jam 5pm..sampai Penang 6am tadi..Hari ni sudah kembali bekerja seperti biasa..bekerja di 5 Syawal 1433H . Hajat di hati nak sambung cuti seminggu tapi apakan daya My senior manager tak approve cuti since dalam jadual i'm on standby mode..My boss lah yang dapat cuti seminggu..it's ok nak buat camana..Janji hari raya yang lalu di sambut sederhana tapi penuh kemeriahan.

Jom lah layan cerita & gambar 1 Syawal yang lalu..

19 OGOS 2012 

Pagi raya yang hening.

Biasa time pagi mesti ayah dah bising-bising untuk bersiap ke masjid awal. tapi kali ini suasananya amat berlainan.Tak seperti dulu lagi. Tiada lagi ayah yang akan minta mak sediakan sarapan selepas kembali dari masjid bersolat subuh.

Sunyi.

Hanya kami sahaja yang ada, membawa haluan sendiri dan membuat keputusan sendiri. Kalau kami adik beradik terasa kehilangan ayah, mak apatah lagi. sudah berkongsi hidup bersama sejak sekian lama, tiba-tiba hilang semuanya..Berat untuk ditanggung. kami faham. Kehilangan ayah bukan perkara kecil. Ia perkara besar. Paling besar dan paling menyedihkan pernah terjadi dalam keluarga kami.

Al-Fatihah. Tenang lah ayah di bawah lindungan Allah.


Hari raya Aidilfitri Sunat kalau bersarapan pagi dahulu sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat. sebagai tanda kita sudah tidak berpuasa pada hari ini..Terjaga pada jam 7am setelah tidur pada 6am! tidur satu jam cukup lah..Tidur lambat sebab buat satay dan bakar satay serta tolong adik beradik lain membuat persiapan untuk hari ini. memang sudah lali dengan keadaan itu.


Lemang dibeli di Kijal. Rendang ayam dan daging kak Ina buat. Kuah kacang tu mak dan ami yang siapkan malam tadi.


Satay ni aku dan abang jalee yang siapkan. Abang Ha tolong potong daging


Mee kari Kak Tie yang masak. sedap ya! i ike!


Jom kita ke masjid untuk bersolat sunat Aidilfitri


Bila selesai solat sunat aidilfitri kesedihan mula terasa..kalau tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya mesti akan ada mercedes ayah di perkarangan masjid..dan ayah akan perlahan lahan mengengsot pakai tongkat untuk berjalan ke kereta..kemudian ayah akan minta ami atau faiz ambilkan tapai kegemaranyya sebab pihak masjid akan sediakan juadah di luar masjid selepas selesai solat dan khutbah raya..Saat itu dah tak ada lagi. tak akan muncul lagi. Hanya akan sentiasa segar dalam ingatan kami sahaja. oh..i miss that moment.


Bergambar di perkarangan masjid bersama ahli keluarga


With Tok Wan, Mok Eli dan Pok Edi


Mari mengorak langkah ke kubur arwah ayah


Adat kita..menziarahi kubur di hari raya aidilfitri


selamat hari raya Aidilfitri, Ayah..Maaf Zahir dan Batin..


Suasana hening di dalam kereta on the way balik ke rumah - Bila mana kenangan bersama ayah bersilih ganti dalam memori masing masing..Hari raya ialah hari untuk bergembira..so tak perlu nak sedih sedih..kena tukar tune cepat cepat supaya tak hanyut dibawa perasaan..


Keadaan dah berubah sama sekali. Kalu dulu ayah tunggak keluarga. Sekarang Mak berseorangan..Dan mak menjadi tunggak kepada kami pengganti ayah.Bukan senang nak jalani hidup sendiri..kalau dulu Ayah ada untuk buat keputusan dalam apa jua perkara sekali pun..kini mak lebih banyak meletakkan urusan urusan penting di tangan anak anak..kami berbincang sama sama dan buat kata sepakat sama-sama..aku pohon agar Allah sentiasa menyatukan hati kami sekeluarga agar tak timbul sebarang pertelingkahan yang boleh memecahbelahkan kami semua..Insya Allah.


Keluarga Pok Mat dan Mok Har tetamu pertama yang sampai di rumah kami..elok lah boleh makan sama sama..


Rendang ayam + Lemang


satay + Nasi Himpit + Kuah Kacang


Mok Ha sekarang tinggal di Kuarters Sekolah Menengah Badrul Alam Shah..sekarang tengah buat rumah di tepi rumah Tok Wan, berdekatan dengan rumah kami..lepas ni jadi jiran jer..boleh lah selalu bertandang..Keluarga Mok Har pun boleh tahan ramainya macam keluarga kitorang jugak.


berbagi duit raya pada sepupu


Kak tie berbagi duit raya.


Family Mok Har bersama Mak


Seluruh Keluarga Pok Mat dan Mok Har..


Kak Tie dan anak anak. Cantik tone colour baju


aku datang menyibuk untuk bergambar


Sessi bergambar beramai ramai..kali ni semua ahli keluarga ada..kecuali abang shuk dan kak Feeza.giliran beraya di rumah mertua..so tak lengkap jugak lah..yang lain semua ada..dengan Tema Hitam Putih Warna Kehidupan..Tema Hitam putih kali ni ialah tema yang dipilih Kak Ija..Abang Jalee pakai baju kerja sebab dia dah lewat untuk ke tempat kerja. Minta di hold kejap sebab nak ambik gambar family ramai ramai.


Nice jugak kaler itam putih ni..


Selamat hari raya maaf zahir batin semua


We are happy family


anak anak perempuan bersama mak


anak lelaki bersama mak


Random


Bermula lah sessi salam bersalam bersama mak..Kak Tie selaku anak yang sulung mulakan dahulu..di ikuti dengan Kak Ina..sepatutnya abang jalee. tapi dah pergi kerja. Minta ampun semuanya dengan mak.


Kak Ija sayang Mak


Mak, Selamat hari raya saya ucapkan..maaf zahir batin..ampunkan semua kesalahan saya sama ada sengaja ataupun tidak di sengajakan..halalkan makan minum..halalkan setiap titis air susu mak yang pernah mak suapkan pada saya waktu kecil dahulu..saya sayang mak..moga kasih kita sampai syurga nanti..Moga dalam syurga nanti kita semua akan bertemu ayah dan bersatu sebagai sebuah keluarga semula..Selamat hari raya, Mak. Semoga Allah akan sentiasa memberkati keluarga kita. Ameen.


Adik da dan anak anak


Ami dan Faiz punya giliran


Selesai sessi bersalaman dengan mak di ikuti pula sessi beraya bersama adik beradik dan anak sedara..bagi duit raya pada adik adik dan anak anak sedara yang makin bertambah jumlahnya..Tahun ni anak sedara terkumpul ialah 9 orang..Mak dah ada 9 orang cucu nampak gayanya..makin besar keluarga Ashaary dan Zaharah.


Kak Ina pun berbagi duit raya..Alhamdulillah moga dimurahkan rejeki


Farhan dan Mok Teh ada singgah di rumah waktu ni


Cubaan nak mintak duit raya ngan Kak Ina bertukar seperti macam nak propose kahwin


berjalan raya ke Rumah Tok Wan


kebetulan masa kitorang datang ke sini diorang nak ke rumah kami..so sebab kami sampai dulu kira kena beraya kat sini dulu lah


Meriah hitam putih mendominasi


Nasi Arab menu di hari raya! sedap!!


with anak pok li, Fawwaz Fauzi


Dari rumah Tok Wan straight ke Kerteh, ke Rumah Mok wok..


Mok wok dan Pok Pin dengan Tema merah menyala


Jom makan kuih raya. Kuih pisang tu comel


Satay dan nasi himpit


Nasi Dagang marveles!!


Kenyang perut hati girang


Mok wok baru jer dapat cucu baru..Nor Kamila Tagayeva nama diberi..Tahniah Ain dan Yunus atas kelahiran cahaya mata pertama..Syawal kali ni dah bertiga..tahun lepas masih sorang sorang..kahwin bulan November..syawal kali ni dah bertiga..Barokallahuliwalakum.


tengah tengok cerita apa ntah diorang ni


bergambar beramai ramai di perkarangan rumah Mok wok


keluarga hitam putih


balik ke rumah dalam jam 5pm..


Ustaz Zul layan Syifa' makan


Bersungguh makan bihun


lepas solat asar, masing masing semua senyap tertidur..keletihan berjalan plus semalam tak cukup tidur..yang lagi lawaknya pintu depan rumah tak kunci..so ada sedara yang datang melawat tengok masing masing duk tergolek kat ruang tamu..terjaga pun lepas maghrib mak kejut..so bangun lah masing masing untuk solat maghrib..boleh kan hari raya pertama pi bantai tidur dah..kalau arwah ayah ada sahih dah kena marah.(sebenarnya kalau arwah ayah ada tak lah tidur macam ni pulak..)


solat maghrib berjemaah


bersembang-sembang bersama ahli keluarga


Mak nak berbagi duit raya pada cucu


seronok masing masing dapat duit raya dari wan


Kasih sayang Wan terhadap cucu yang tidak berbelah bahagi


seronok diorang main buai


19 Ogos 2012 kebetulan pula 1 Syawal 1433H jatuh pada tarikh ni - merupakan hari ulangtahun kelahiran Abdul Qayyum, Cahaya mata kedua abang jalee dan kak La..baru mencecah umur satu tahun..selamat ulangtahun kelahiran Qayyum yang debab!!semoga membesar jadi anak soleh ya nanti..Pok Zim doakan kamu!


sessi memotong kek..kek Blueberry





Makan malam apa yang ada di siang hari macam mee kari, Soto dan satay serta nasi himpit..dan begitulah sambutan 1 Syawal ku di kampung halaman..Disambut sederhana tapi penuh kemeriahan tanpa melupakan arwah ayah yang telah pegi meninggalkan kami semua pada 3 Mei 2012 yang lalu..akhir kalam, selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir batin semua!

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bertakwalah kepada Allah SWT yang mana dengan menggunakan namanya kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. (an-Nisa': 1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails