Followers

Thursday, March 31, 2011

KEJOHANAN BADMINTON KELAB KILAT SJ. GELUGOR 2011

Malam tadi berakhir lah satu Kejohanan Badminton yang buat julung julung kalinya Kelab kilat anjurkan bagi tahun 2011 ini..Terima kasih dan syabas kepada penganjur,peserta dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung..Group aku hanya mampu dapat jadi naib Johan tapi macam biasa lah,itu adat permainan..Cuba lagi di tahun hadapan!:)
a
29 MAC 2011 : 9 pm
a

Urusetia yang gigih
a

Tangan aku still tak ok lagi.tapi demi semangat kesukana yang tinggi tetap lah aku turun jugak..tangan kanan Ok lagi.. So mari lah kita berentap.cara main kali ni ada 4 group.satu group 6 orang dan ada 3 beregu..
a

dan Perlawanan di mulakan..
a

Ini lah pasangan beregu aku,syajaie..Dulu selalu jugak duk main badminton ngan dia tapi semenjak dia masuk shift dah susah sikit nak jumpa dan main sama sama..apa apa pun untuk malam 29 Mac ni group kami dapat ke final..esok malam penentu antara Johan dan Naib Johan..
a
30 MAC 2011 : 9.30 pm
a
 Malam ini penentu antara Johan dan naib Johan



Seteleah berhempas pulas bermain Group kami cuma dapat Naib Johan.ok lah tu kan..ada masa tengah tengah main aku terjatuh sebab kasut tercabut..tali kasut tak dapat nak ikat kuat sebab tangan kiri tak berapa ok.masa jatuh tahan ngan tanagn kiri tuhan jer tahu sakitnya macam mana..tapi tahan kan jer lah.syabas kepada semua pemenang!!
a
Masa malam final ni our GM haji Zaini pun turut hadir dan memeriahkan majlis kejohanan.siap dia ganti Norijan,salah seorang ahli kumpulan aku yang tak dapat nak main malam ni sebab atas urusan kerja..bagus lah program macam ni sebab dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja..
a
Jumpa lagi semua dalam acara lain nanti!!
a
*Hari ni ada monthly gathering kat stesen.Alhamdulillah hari ni berjaya siapkan Report annual EMS Performance dan dah Hantar k HQ..ALHAMDULILLAH.SYUKUR.

Wednesday, March 30, 2011

ERP FIRE DRILL vs TOMYAM UDANG JELUTONG

Hari ni busy. Dari pagi tadi duk ada Fire drill..safety punya isu.banyak agensi datang seperti Bomba,Polis dan Ambulans.Drill macam ni bagus sebenarnya sebab at least boleh train staff in case of any emergency happen..Ok cukup.Kerja tak best.Jom citer bab makan pulak.
a
Tadi ada seorang kenalan blogger duk ajak Lunch sekali..Then aku suggestkan makan di Tomyam Udang jelutong.sebab kat sini boleh tahan jugak masakan yang ada..biasa kalau event station pun selalu lah buat kat sini.masakan nya not bad lah..
a

Ok ini air tembikai dan Fresh Oren.tahu?
a
TOMYAM CAMPUR.Tomyam kat sini sangat sedap lah saya rasa..tiada yang sedap melainkan yang sedap sedap belaka.memang menghirup sampai kuah habis lah.ok aku tipu.tak lah sampai macam tu skali tapi sedap lah.tak taw nak eksplen camana lagik.hehee
a
UDANG MASAK SAMBAL.yang ni pun sedap.
a
TELUR DADAR Hangit.acceptable lah.boleh di maafkan.
a
SIAKAP TIGA RASA yang mengancam.siakap tiga rasa macam ni kalau ada kedai tak reti buat boleh jadi sangat tak sedap..sebab ikan jangan goreng garing sangat.macam ni memang just nice..lembut dan sambal tiga rasanya pun terangkat.
a
KAILAN IKAN MASIN
a
Korang ingat dah habis kaa lauk?nahe he.korang silap.ada lagi.SOTONG GORENG KUNYIT pulak sampai.aku suka!!macam apa kan kami melantak..banyak giler lauk pauk.tapi tetaplah licin dan habis yer tuan tuan dan puan puan sekelian.
a
Alhamdulillah.Terima kasih pada Tuhan atas Rezeki.and its even better bila kenalan aku tu bayar untuk this meal..lunch treat yang sungguh heaven!!next time kita kuar makan lagi ok.nanti aku belanja ko pulak..Thanks!!Overall makanan kat Tomyam Udang Jelutong ni recommended lah.Sekian terima kasih.
a
*malam ni ada tournament badminton.Gigih nak main jugak kan walaupun tangan sakit.Final beb.:)

Tuesday, March 29, 2011

ANTARA HUJAN, MC & ANNUAL REPORT

Minggu ni minggu yang agak basah bagi kawasan Pulau Pinang dan kawasan yang sama waktu dengannya..boleh kata hari hari Hujan..nak nampak matahari pun payah.Alhamdulillah jugak tak la panas sangat cuaca..time malam pun layan jer nak tidor sebab Hujan lebat bersilih ganti..macam irama yang mendodoikan aku ketika tidur..:)
a

Time pagi pun still hujan.Rahmat Tuhan..
a

Pagi tadi ada appointment ngan doktor kat KPJ Specialist untuk rawatan susulan ibu jari kiri aku yang patah..Sebelum pi appointment doktor aku sempat menyinggah sarapan pagi di Mekdi Tesco..Masya Allah orang punya lah ramai..sebab nak kejar kupon bekpes percuma yang valid sampai 31 Mac ini..aku suka Hot Cakes kat sini!!kalau makan Hot Cakes hari hari pun aku ok!heheee
a

Lepas dah siap satapan terus aku ke seberang menuju ke KPJ specialist..sekali ramai lah pulak orang yang duk buat appointment arini.tapi tak lah lama sangat aku tunggu.dalam 20 minit jer.Doktor Se ni pakar Ortopedik.dia lah yang in charge atas ibu jari aku since last week.
a

Sekali masuk jumpa Doktor dia just check tengok then dia bagi MC dari 30 Mac sampai lah 14 April.woww weee lama bangat tuh..kalau aku ni tak bertanggungjawab dan memang tak mengambil berat tugas kat opis memang aku dah ada kat kampung halaman lah sekarang.baik aku balik kampung.tapi mengenangkan kerja kat opis duk banyak ada aku batalkan hasrat.sebab still aku boleh buat clerical work.paperwork banyak lagi nak setelkan.
a
Masa mula mula kena last week memang aku tak boleh nak drive selama 3 hari..then after that aku gagahkan diri jugak lah drive sebab aku tak nak susahkan orang..boleh la drive sikit sikit dalam kepayahan..nak turun kan Hand Brake pun kena guna tangan kanan..nak masuk gera boleh la sikit sikit..tu lah sapa suh pakai kereta manual kan.haha..tapi aku memang prefer manual dari auto.entah.tak taw pasaipa.more challenging kot kalau bawak manual.lebih pickup.
a

So petang tadi aku masuk lah Opis semula..ada Annual Report yang aku kena siapkan dateline 31 Mac ni..banyak lagi tak siap..baru 40 persen jer siap.mati lahh kalau tak siap.mesti kena bambu ngan Boss aku n GM nanti..so thats why lah aku tak pakai MC tu.tak per lah.ada ubi ada batas..ada hari boleh ku balasa..apa yang nak disesalkan sudah nasib badan..:)
a
*wish me a speed recovery ya!!thanks in advance! gamba kat atas ni taken by Torch BB saja.

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 2 PART 3 - NIGHTLIFE IN PATONG BEACH

Entri ini merupakan kesinambungan dari this entri.
A
11 MAC 2011
A
Selesai Dinner di Charifa Restaurant,kami pulang ke Hotel semula.Untuk malam ini acara adalah bebas..means to say suka hati lah nak buat apa pun.ikutkan penat aku nak tidor jer tapi rugi lah datang jauh jauh untuk tidor.Lupakan saja soal penat dan mengantuk.mari kita explore Night life di Pantai Patong Phuket ini.
a

Kitorang stay di BANGKOK RESIDENCE HOTEL.rate satu malam paling murah di Patong beach ni-RM200 = 2000 Baht. a bit mahal sebab ni kan kawasan pelancong.so memang diorang kena up gila gila sket.but overall this hotel is nice..recommended lah.
a

View hotel dari depan.
a
Aku decide nak keluar jenjalan sorang sorang jer.actually target aku cuma satu.nak ke Hard Rock Cafe Phuket..nak layan Live Band kejap then nak beli Glass dan T-Shirt..Bila tanya our pemandu pelancong kat mana Hard Rock Cafe dia kata suh naik tuk tuk lah dekat sikit.Tapi aku just nak jalan je lah.jauh pun jauh lah.
a
Di Patong Beach ni ada satu jalan di namakan Bangla Road..Bangla Road ni menjanjikan kehidupan malam yang happening dan meriah.kalau korang nak tengok gelagat orang asing dan tourist yang berbagai bagai sila lah menjamu mata di sepanang jalan ni.Kiri dan kanan jalan semua kelab malam dan bar..bising toksah cerita lah.
a
Just jalan jalan tengok keadaan
a



Jalan jalan sampai Hujung akhirnya tembus ke kawasan pantai..so here i am at Patong Beach..kawasan pantainya tenang aja..kat kawasan sini lah Tsunami melanda tahun 2004 dulu.tapi macam biasalah.manusia ni walau diberi peringatan banyak kali pun tapi tetap senang untuk melupakan Pencipta..Sama-sama lah kita beringat..
a
Mc Donald In Thailand.mesti Ronald tu kena gabung tangan macam tu
a
Masa tengah jalan kaki nampak lah signboard Hard Rock Cafe.Rupanya tak jauh pun..memang boleh sangat berjalan.dalam 15 minit macam tu jer kalau berjalan dari Hotel yang aku menginap.lalu lah di kawasan Holiday Inn dan Marriot
a
Yessss..akhirnya sampai juga aku di sini
a
Hard Rock Cafe Phuket-gambar Gitar wajib ada
a
Gambar ni drebar tuk tuk tolong ambil.dia duk tanya aku nak naik tuk tuk tak last last aku suh dia ambik gambar aku..tapi pakcik tu ok,,very friendly.senyum jer..:)
a


Layan Liveband dalam satu jam
a
Then singgah di Hard Rock Shop..sedikit hampa sebab T-Shirt design yang aku nak takder saiz.aku nak saiz M,yang ada saiz L dan S sahaja..then aku beli design sama macam Hard Rock Hong Kong,gambaq naga.Ok lah.Gelas tidak di lupakan.nak letak dalam rak kaca nanti..:)
a

Gambar depan Hard Rock ni petugas Hard Rock yang ambik.aku nak balik mamat tu pulak baik hati duk offer nak ambik gambar.Terima kasih daun keladi.ada umur kita berjumpa lagi.masa ni jam dah pukul 2 pagi..
a
Yang aku perasan sepanjang duk riki kawasan kat Patong Beach ni banyak juga kedai makanan halal.tapi kebanyakannya macam Indian cuisine dan arab cuisine lah.
a
Perut lapar kembali.nampak satu stall kebab then beli lah satu Chicken kebab.RM10.Boleh la.tapi aku tak suka sangat.nak alas perut ok..:)
a
Then masa dalam perjalanan mak balik Hotel terserempak pulak dengan member member lain duk jenjalan kat area Bangla Road..so pi lah kejap kat diorang sembang sembang dan ambik gambar apa yang patut.apa aku boleh katakan nightlife kat sini memang meriah.lagi dashyat dari Hat yai kot.Pukul 3 lebih aku balik bilik,ingat nak online sebab ada wifi free tapi mata tak larat dah..terus tertidur..
a
*to be continued..

Monday, March 28, 2011

SENJA DI KUALA PERLIS (MISI MENTARANG BAKAR)

Isnin yang busy..

Minggu ni macam macam aktiviti akan berjalan..aku pulak pening nak siapkan Environmental annual performance Report untuk station for the last financial year..tambah pulak keadaan jari aku yang tak berapa nak pulih ni..setakat doing Clerical work boleh la..Ok.tak nak citer bab kerja banyak banyak.aku tahu korang akan bosan nanti.so better kita terbang ke negeri Perlis Indera Kayangan - untuk rancangan Jalan jalan cari makan bersama AXIMUD pada suatu petang ahad semalam yang berbahagia....trettttetetttttteettettttttttt(Bunyi drum....)
a
Terimalah.
a

Petang semalam pukul 5 petang aku bertolak dari penang..menuju ke Perlis Indera Kayangan..Tujuan?nak pergi dating.haha.lagipun dah lama aku tak makan mentarang..so far yang aku tahu mentarang cuma ada di Kuala Perlis dan Kuala Selangor..sampai area Kuala Perlis dah nak malam..terlepas sunset moment..silap timing.lain kali aku keluar awal sikit lah..
a

Menarik juga Kuala Perlis ni di Petang hari..ramai anak muda berpeleseran di tepi jeti..menanti mentari pergi sambil menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan..Malaysia Bumi bertuah.kalau di Luar negara sana masing masing sibuk dengan peperangan dan bencana alam,Malaysia boleh dikatakan aman dan damai serta sentosa..1 Malaysia pencapaian di utamakan rakyat di perkotak katik kan.ehhh silap.Rakyat di dahulukan.sekian.
a

Ok.tempat yang dituju ialah Mona lebih advance(*ceteker ni iklan apa dulu..heheheee).. tak taw pasipa kalau datang Kuala Perlis mesti makan kat Mona.maybe sebab First trial dulu rasanya tak menghampakan so tanak ambil risiko makan kat kedai lain yang belum tentu sedap.so here we are at MONA-Gerai makanan laut dan masakan Thai.without further ado,jom tengok apa yang kami order..zassss!!
a

Ini ialah Sotong Goreng tepung.di ulangi -SOTONG GORENG TEPUNG.tapi entah mengapa saya rasa sotong Goreng kali ini tak berapa mengancam compare last time aku datang dulu.maybe sebab pakai minyak sama berulang ulang..emmm..tak taw nak rate macam mana..rupa nampak sedap tapi rasa macam tawaq..
a
Beralih kita kepada menu seterusnya..UDANG MASAK CABAI..sambal Udang ni sangatlah enak..menjilat jari uol!!tapi aku menghadapi kesukaran untuk makan Udang ni because tangan sebelah jer boleh pakai.tapi apa apa pun rasa sambal ni sangat lah mengancam.boleh order lagi nanti..murah pun murah..100 gram baru RM7.
a

KAILAN IKAN MASIN ni biasa biasa jer..
a

Dan menu juara pada malam ini ialah MENTARANG BAKAR KOSONG..isi mentarang ni memang dah manis so bakar jer kosong dan ratah..kami siap mintak dua mangkuk lagi..first mangkuk sampai duk ratah sampai habis dulu..tak cukup tambah lagui semangkuk mentarang bakar.ni dah masuk kategori list faveret ni.Cubalah makan mentarang.anda apsti sukakan rasanya..
a

TOMYAM CAMPUR dan TIMUN SAMBAL BELACAN
a

Ini lah rupanya Isi Mentarang bakar..isinya macam panjang,ni kira spesies kepah remis kerang siput buluh dan so on..last year aku sanggup drive dari Penang ke Kuala Perlis semata mata nak makan mentarang jer.Gila kan.kerana makanan ku redahi jua.haha..aku dan makanan.ibarat irama dan lagu.tanpa irama tiadalah lagu.gitu....Chewwaaah.
a

Selesai makan kami pi sembang sembang dulu kat atas tempat lepak tepi Jeti tu..ramai gak orang,mostly bebudak muda lah..tengok tulisan KUALA PERLIS tu pun dah tertanggal tanggal..kalau nak tengok huruf A hujung Kuala tu rujuk Blog ni.Diorang memang suka vandalisme.hehee..sembang sembang then tengok jam dah pukul 10.30 pm..aku kena gerak pulang..lagi 2 jam nak sampai penang..dalam pukul 1.30 am jugak aku sampai.Then siap siap nak tidor jer because hari ni kan kerja..
a
*Happy Belated Birthday to you..May all of your dream come True.this is my wish.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails