Followers

Friday, September 28, 2012

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK!


28 September .. Ulangtahun kelahiran Mak..Selamat hari lahir Mak!!Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang..serta di beri keberkatan dalam hidup..walau apa berlaku kami anak anak akan tetap memberi sokongan dan akan sentiasa menyayangimu sampai syurga nanti..Insya Allah..

We LOVE you MOM!!We will always do.

Thursday, September 27, 2012

BALIK KAMPUNG UNTUK MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H!!

16 Ogos 2012

Malam tadi lepas shopping di jalan Tar, terus balik ke rumah Kak Tie..nak tido tapi better pergi join qiyammulail di Masjid Pandan Indah..dalam pukul 4.30am diorang start qiyammulail..ramainya orang duk tidor dalam masjid..Alhamdulillah ramai yang memanfaatkan malam terakhir Ramadhan daam misi mencari lailatul Qada


Kuliyyah lepas subuh


Bersahur di Kedai mamak


Dari masjid Al-Azim pandan Indah aku drop by ke Rumah Kak Leez untuk ambik kek Moist Chocolate nya..dah dua tahun aku tempah setiap kali raya..regular customer ya.tapi harga tetap lah naik sebab barang makin mahal sekarang..takper janji kek kak leez tetap sedap sepanjang zaman..sembang lama jugak ngan kak leez tentang macam macam hal..dunia blogger dan juga hal hal personal..jujur aku katakan aku senang ngan Kak Leez. sebab aku tahu dia bukan orang yang fake.She just jujur dengan dirinya sendiri and that's what make aku senang berkawan ngan dia. Thanks kak Leez for the cake!!tahun depan aku order lagi ya.


Dari Rumah Kak Leez aku ke Rumah Mok elly untuk ambik hamper raya..setiap tahun Pok Shabery pasti akan beri hamper pada ahli keluarga yang dah berkahwin..sampai sekarang aku masih tak entitle untuk dapat hamper ni..Tahun depan kalau ada rezeki Insya Allah dapat lah hamper ni satu.hehe


Nak balik beraya seminggu macam nak balik kampung sebulan..dalam perjalanan pulang abang shuk telefon mintak tolong beli durian kalau ada terjumpa..dia kata mak nak makan..so sebagai anak yang baik aku beli lah durian dan sepanjang jalan sampai ke kampung memang kereta aku bau durian lah..takper,,demi menggembirakan hati ahli keluarga..sampai kemaman ngan ngam time solat isyak dan solat tarawikh so aku berhenti solat tarawikh di masjid Sultan Ahamd Chukai Kemaman dulu sebelum meneruskan perjalan sampai ke rumah di kemasek.


Alangkah indah dan bahagia dapat sampai di rumah..anak saudara duk main buai di laman depan..abang shuk, abang jalee, ami dan faiz sedang sibuk membaiki lampu lip lap untuk hari rayua yang bakal menjelang lagi 3 hari..suasana yang aku rindui..i miss my family!


Sampai rumah salin baju then bersalam ngan mak, terus mak siap siap kan makanan apa yang ada..makanan berbuka puasa tadi..aku tak berbuka puasa secara betul lagi so memang lapar..


Mak ada masak Sayur kacang panjang masak lemak..makan pulak ngan sambal belacan dan ikan Goreng..tak ada tandingan lah ngan lauk yang aku biasa makan di Penang.hehehe.masakan ibu jugak yang paling terbaik dalam dunia..


Kek yang aku beli ngan Kak Leez ada dua bijk..sebijik bagi pada Tok wan dan sebijik lagi buat sambut besday kak Ina yang telah berlalu pada 13 Ogos..selamat ulangtahun kelahiran kak Ina..semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezek..ameen!


Bukak durian beberapa bijik..mahal durian aku beli ni..20 kg dalam rm180..tak apa lah sekali sekala beli untuk ahli keluarga sebab durian tak ada dah belah sini..aku beli kat Highway so sebab tu lah mahal..D27 rasanya jenis ni.


Adam Syahmi yang gila durian


Kerepek yang dibeli di JALAN TAR semalam.


Kuih raya ni ramai yang beri kat aku sebelum balik kampung..kepada yang beri tu terima kasih dan semoga  kalian semua di murahkan rezeki ya!!terima kasih banyak banyak.selamat hari raya maaf zahir dan batin..


Ketam Nipah 30 ekor aku beli di Penang khas untuk keluarga di kampung


bermain dengan Adam


Adam dan Nurul Nadeah Salwani


Seronok main ngan budak kecil..bila agaknya aku nak ada anak sendiri ni..insya Allah kalau di izinkan Nya..Terima kasih ya Allah sebab beri kesempatan lagi untuk aku bersama sama ahli keluarga sebelum menyambut hari raya aidilfitri tahun ini..Walaupun arwah ayah telah tiada, semoga Engkau memberi ketabahan dan kesabaran pada kami untuk melalui Aidilfitri kali ini dengan tenang..Ameen.

IFTAR DI ANCASA HOTEL & SHOPPING RAYA JALAN TAR

Kisah 15 Ogos yang lalu.

Bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur sebab esok aku dah mula bercuti untuk menyambut hari raya aidilfitri..Plan berbuka puasa bersama sama dengan Cik Burn dan Che Qis untuk berbuka puasa di Hotel..macam macam hotel try cari di sekitar Kuala Lumpur tapi kebanyakkanya dah penuh..agaknya semua orang nak ambil peluang makan buffet di Hotel sebelum bulan Ramadhan berakhir..


Last-last kak Tie try telefon Hotel Ancasa di tepi Pudu Sentral masih available.so minta kak Tie reservekan tempat untuk empat orang..dari Penang aku straight ambik kak Tie di Jalan Duta, then terus menuju ke Puduraya..Jalan agak jammed tapi Alhamdulillah sampai selepas orang azan..kiranya dah berbuka tapi tak la lama sangat cik burn dan che qis menunggu. diorang tunggu di tepi tempat berbuka sebab tak tahu meja reserve yang mana satu.


Tu diaaa Reserve nama Nur Asmahwati..salah eja nama tu tapi boleh lah..


Thanks Cik Burn dan Che Qis sebab sudi berbuka puasa bersama sama kami..plan last minit sebenarnya..kebetulan diorang available so on jer lah..Cik Burn dalam Office attire lagik sama lah macam Kak Tie pun..Jom kita tengok apa yang ada di Buffet Ancasa Hotel Ni.


jom tengok makanan apa yang ada


Eye of ANCASA kata mereka..dalam bakul bulatan tu ada kuih rupanya.


antara kuih yang ada


sushi!!!


First meal aku ambik ialah Sushi dulu


Then Satay dan ayam tandoori


Nasik Goreng kampung dan Ikan Keli Goreng


Ayam Panggang!!



Kira ok jugak lah ada ayam panggang, satay, ayam tandoori dan ikan panggang..bab Kambing tu kak Tie suka bebenor lah.aku tak gemar.


Keropok lekor dan cucur udang


Ratah lauk lagi  mana yang sempat


Buah buahan pencuci mulut


DESSERTS!


Sembang-sembang lah apa yang patut..most of topic yang aku ingat kami bincang masa ni pasal event larian..ajak Cik Burn dan Cik qis masuk skali..Cik Burn akan join Rat Race dalam bulan September nanti..Good Luck!lepas ni boleh la join mana mana event larian yang lain pulak..


Terkenang masa bukak Puasa tahun 2009..aku dan Kak Tie bawak mak mai makan di Ancasa Hotel ni jugak..masa tu ayah ada di Hospital Kuala Lumpur jugak sebab dah start buat hemodialisis..Bulan puasa kali tu aku dan Kak Tie pakat pakat nak belanja mak dan ayah makan di sini..Kenangan indah tetap akan dikenang sampai bila bila..


Kami berempat!


Time nak balik terserempak dengan Ifa Raziah pulak


Ifa Raziah kata dia duta Hotel Anacasa.haha


Dari hotel Ancasa kami blah pada jam 9.26pm..sampai pukul 10pm buffetnya ada tapi masa kitirang blah dah takder orang dah pun..kami masih belum berpisah sebab nak berjalan jalan shopping raya di JALAN TAR dulu..Thanks Cik Burn dapat parking best di Opis lamanya..tahun depan bagi lah lagi..nak shopping ngan korang lah senang dapat parking.


Terserempak dengan Fuad, Member TNB masa mula mula masuk dulu..tapi dia dah resign masuk kompeni lain pulak..dia ngan wife dia..kebetulan terserempak..aku yang tegur dulu kalau tak mesti dia buat dunno jer..kawan encik Salman jugak ni..Nice to meet you bro!happy hari raya!!


Singgah masjid India untuk solat isyak dan jamak maghrib skali..orang adalah sangat ramai..ada tazkirah lepas solat tarawikh..


Then it's shopping time!


Time dekat nak raya ni memang jalan TAR adalah sangat sesak ya..nak membeli belah pun tak selesa sebab kena redah ngan ramai orang..kena berhatri hati jaga wallet dan beg tangan kang hilang naya jer..


Di pertengahan Jalan Cik Burn dan Che Qis mengundur diri..penat..cari tudung pulak tak jumpa.hehe..nice to meet both of you nanti lepas raya kita jumpa lagi ya!insya Allah..Thanks ya guys spend masa berbuka dan mai shopping teman aku dan kak Tie


Makin tengah malam makin ramai orang datang bertandang..aku ngan Kak Tie nak cari baju raya..Alhamdulillah dapat lah cari baju melayu aku dan samping sekali..siap songkok aku beli sebab tertinggal songkok di Penang..serba baru lah raya kali ni..dalam pukul 2am kami beransur pulang..

*to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails