Followers

Thursday, July 28, 2011

LAMBAIAN KAABAH & RAMADHAN KARIM

 

Al-Masjid al-Ḥarām (Arabic: المسجد الحرام‎, pronounced [ʔælˈmæsdʒɪd ælħɑˈrɑːm], "The Sacred Mosque") is the largest mosque in the world. Located in the city of Mecca, it surrounds the Kaaba, the place which Muslims worldwide turn towards while performing daily prayers and is Islam's holiest place. The mosque is also known as the Grand Mosque.The current structure covers an area of 356,800 square metres (88.2 acres) including the outdoor and indoor praying spaces and can accommodate up to four million Muslim worshipers during the Hajj period, one of the largest annual gatherings of people in the world.


Assalamualaikum semua sahabat seagamaku..

Pada esok hari,29 Julai 2011 sehinggalah 7 Ogos 2011 saya bersama beberapa ahli keluarga yang lain termasuk ibu dan ayah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah dan kota Madinah untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Ziarah..Insya Allah jika diberi keseempatan oleh Allah kami akan sempat menyambut Ramadhan di Tanah Haram..Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang.semoga kami mendapat Umrah uyang mabrur.

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala salah silap yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak kepada semua pembaca,semua teman,semua kawan kawan yang saya pernah sakiti dan kepada semua insan insan yang mengenali diri saya..saya juga insan lemah seperti kalian yang punya banyak cela..Semoga tuhan mengampuni semua Dosa kita..Ameen.

Selamat berpuasa dan selamat beribadah.
.
Jazakallaohukhoirukasiroo..
.
Lewat hari ini ketemui jejak kebenaran, selafaz kalimah suci, mengakui kebesaran ilahi. Lewat hari ini kudakap sejambak hidayah, Seruan sebening subuh mengukir kesaksian diri. Lewat hari ini senaskah kitab kudakap erat, titis basah menyusur pipi, syukur pada petunjuk diberi. Lewat hari ini tujuh anggota sujud ke bumi, Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu, Ya Rabbi.

Wednesday, July 27, 2011

ROADTRIP MIRI TO KK PART 3 - BREAKFAST @ LIDO SQUARE & WHITE WATER RAFTING @ SUNGAI KIULU,KOTA KINABALU

Hari kedua di Kota Kinabalu..

22 MAY 2011

Bangun awal pagi ni..abang shah pulak nak pergi kerja,ada hal di Hospital Queen Elizabeth tempat dia bertugas.so pagi ni dia bawak kami ke Lido Square untuk bersarapan pagi..

kawasan lido square ni macam kawasan Chinese..


Tapi ada kedai mamak jugak.so singgah makan di sini


makan nasi lemak,telur separuh masak,roti canai banjir..air kopi o tidak di lupakan.


Kisah di hari kedua ni agak unik.sebenarnya aku ngan Nikli tak punya perancangan apa apa ppun tentang aktiviti apa yang kami akan lakukan di hari kedua..entah macam mana aku tak tahu tetiba ada idea keluar kami nak ber white water rafting..so bagitau lah abang shah dia kasi number agen..bila kami kol agen tu kata dah penuh untuk hari ni.tapi berbekal keazaman yang tinggi kami pi redah jer lah menuju ke sungai Kiulu.boleh tak boleh tu laon cerita.janji mau sampai dulu di area ni.


Kiulu White Water Rafting day trip near Kota Kinabalu, Sabah, Malaysian Borneo is an experience that all the family can enjoy. Kiulu River is graded as Class I / II river and provides an easier, and enjoyable, white water rafting trip in Sabah, Borneo.


Jalan nak masuk ke Sungai Kiulu ni pun agak mengerikan.tetiba jer ada tanah runtuh dan dibuat lencingan.hati hati memandu kalau korang nak datang sini.jangan tiru macam kami.prepare lah awal awal dengan agen terpilih.hehehe.seronok ok main redah redah macam ni.ada rezeki boleh lah kami ber white water rafting.


Here we are at starting point sungai Kiulu white water rafting


Masa sampai sini ada dua group tengah nak pi rafting..diorang dah masuk dalam air dah..aku ngan nikli melihat dari kejauhan dan saj alah aku ringan mulut tanya sorang mamat yang duk ada kat situ.nasib kami baik sebab orang yang aku tegur tu ialah agen untuk this activity..terus aku kata nak join jugak..aku tanya berapa harga dia kata RM80..so aku kata on then dia panggil balik dua bot yang baru nak start rafting.bergegas lah aku ngan nikli pi ambik paddle ngan safety helmet..kesian kat diorang kena delay sebab kami.hehe..tapi kalau nak dijadikan rezeki adalah rezeki di situ..Alhamdulillah..


yeayyyyyy!!first time ni aku ber white water rafting!!


Aku ngan Nikli naik boat asing asing..sebab nak balance kan orang yang ada..satu bot 8 orang..aku join ngan orang sabah jugak..aku dapati orang sabah ni sangat lah peramah dan baik hati..baru first time jumpa pun dah macam lama kenal..duk tanya macam macam dan memang enjoy lah dapat join this activity dengan diorang..


yehhhhaaa!!ada paparazzi duk ambik gambar kami..


Melawan arus yang deras..



siap berlumba lumba lagi dua bot ni..hehehe


sampai satu point kitorang berhenti rehat kejap..kat sini mandi mandi dulu..airnya sangat sejuk!


Saya teruja sebab ni kali pertama kami buat aktiviti ini!!


Oleh kerana sungai Kiulu ni gred 1-2 makan budak budak pun boleh join..budak ni pun sangat berani okeh..lagipun tahap kesukaran di sungai ni tak lah membahayakan sangat..kalau nak lagi challenging pi buat white water rafting kat sungai Padas.


yang paling syok bila buat body rafting.maksud body rafting ialah kita hanyutkan badan ikut arus.syok wooooo..dah la airnya sejuk giler..deras pulak tu.tapi kalau korang tak pandai berenang hati hati sikit.sat lagi hanyut entah ke mana pulak nanti.


sporting semua peserta kali ini..i like!!


Last minit punya perancangan yang sangat successful!terbaekkk lah!


dalam sejam lebih jugak..actually aku tak berapa ingat dah lama mana duration untuk this activity..akan ada nanti orang yang ambik gambar..tapi cd yang dijual quite mahal..RM20 satu orang..so aku combine jer gambar aku ngan Nikli satu CD tapi kena bayar lah RM40..takpaa lah...bukan senang nak dapat moment moment macam gambar di atas..ada duit semua jadi.hehehee.

 
ni lah agen yang bertanggungjawab beri peluang untuk kami ber white water rafting.namanya aku dah takkk ingat..maaf lah..actually yang aku naik tadi tu ahli keluarga dia jugak..patut lah boleh bagi kami join macam tu jer..RM80 tu include skali dengan lunch lepas penat melakukan aktiviti ini..mengikut kata abang shah memang dah harganya lah kalau macam tu.so tak lah rugi pun..apa yang boleh aku katakan aku sangat enjoy dan tahun depan pasti akan datang lagi untuk buat white water rafting di sungai padas yang pastinya lebih mencabar!!

*to be continued..

ROADTRIP MIRI TO KK PART 2 - SAFELY ARRIVED AT KOTA KINABALU,DINNER @ PASAR FILIPINA

Sambungan dari Entri sebelum ini..

Sampai Kota Kinabalu dengan jayanya pada jam 8 malam..macam tak percaya pulak perancangan yang dibuat berbulan lamanya untuk roadtrip ni akhirnya terkabul jua..Syukur pada Allah yang mempermudahkan rancangan Hamba-hamba-Nya..

Bila sampai KK ni terus ke kawasan pekannya yang dekat dengan Pasar Filipina..aku sebenarnya dah lama teringin nak makan seafood di area Pasar Filipina.aku tahu ramai yang kata kawasan siti quite kotor dan tak berapa bersih untuk makan.tapi belum cuba belum tahu kan.dah vuba nanti baru boleh nilai macam mana..


Jalan jalan di Pasar Ikan masin.Teringat Trip KK Tahun lepas..Mac 2010.


Pasar Filipina ni macam pasar malam jer..namanya pasar Filipina maybe sebab ramai peniaga Filipina yang berniaga di sini.macam macam ada..dari makanan sampai lah ke barang barang basah di dapur boleh cari.as usual,aku tetap dengan konsep jalan jalan cari makan so nak rasa lah makan seafood kat sini.


Tengok susunatur seafood bakar sangat mengiurkan..


Mari memakan Udang bakar..


Order sotong bakar,Udang bakar dan ketam bakar,kesimpulan yang aku boleh buat lepas makan kat sini ialah rasanya tak sedap mana pun.maybe sebab diorang display makanan yang dua tiga hari lepas..macam ketam tu pulak diorang dah siap stim dulu then display kat depan bila kita mintak baru diorang layuq atas api..so kemanisan ketam tu dah takder..memang tak sedap..harga reasonable lah.sebab kami orang luar de[pa tekan sikit kot..


air kelapa penyejuk badan..


Kami dah makan di Pasar Filipina .anda bagaimana???


Bertentangan dengan pasar filipina ni berdekatan Hotel le Meridien ada macam satu night market..bazaar yang menjual berbagai aksesori wanita macam beg dan sudah tentunya Mutiara mutiara..dari mutiara mahal dan mutiara murah.so aku beli lah beberapa gelang untuk wanita wanita yang bertakhta di hati ini..cewwaahhh ayat macam harieemmm..


lepas dah siap makan tu lah baru aku ngan Nikli jumpa Doktor Shah.kan abang Shah memang duk kat KK..menumpang di rumah diorang jer lah jawabnya malam ni..tahun lepas masa kami sampai abang shah belum pindah..kali ni dah pindah duk rumah bawah-memang sangat nice rumah beliau!nasib baik kami tak pi duk kat Le meridien Hotel.kat sini pun dah setaraf dah.hehe..abang Bear pulak takdak dia pi KL so takder rejeki nak jumpa..Abang Shah,Thanks bagi kami stay dua malam kat rumah yang best ni!!nanti kami pasti datang lagi..tq so much!

*sampai rumah apa lagi tidor lah.esok nak ber white water rafting pulak di sungai Kiulu...tunggu entri seterusnya untuk gambar gambar yang pasti menggemparkan!!:)

Tuesday, July 26, 2011

ROADTRIP MIRI TO KK PART 1 : ROADTRIP FROM MIRI,SARAWAK TO KOTA KINABALU,SABAH BEGIN!!

Salam semua..

Nak cerita pasal trip ke Miri 21 May 2011 yang lalu.yer aku tahu ni citer basi tapi takper lah.mana cerita yang sempat aku kongsi aku share dengan korang..mana yang tak sempat tu tersimpan kemas dalam ingatan aku jer lah..moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Flight ke Miri ni seawal jam 7 pagi..pukul 5am aku dah tunggu di LCCT


Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam lebih..dalam pukul 9 lebeh macam tu aku sampai Miri.


Sampai Miri Nikli mai ambik aku kebetulan dia memang kerja di Miri..ambik aku kat airport miri then terus ke Restoran Selera melayu tempat dia selalu lunch time lunch hour di Opis.memang aku kelaparan so layankan ajer.


Makan nasik campur.


Sempat bertemu azurah dan Hirdah.Nice to meet both of u!!


So cerita sebenarnya macam ni.aku dah rancang ngan Nikli nak buat roadtrip dari Miri nak ke Kota Kinabalu naik kereta.so akan masuk brunei keluar sarawak masuk brunei balik keluar sarawak then baru sampai Kota Kinabalu..such a long journey tapi i think this is gonna be interesting!


First dari Miri masuk ke brunei...


ada Tol pulak 3 dolar.mata wang brunei sama dengan matawang singapore.


Nikli dah ada map.map dia canggih.hanya dia jer mampu paham.tak perlu lah GPS bagai.aku pun paham paham macam tu jer lah.tapi he is a very good navigator.kalau korang berjalan dengan dia payah nak sesat.tapi kena tahan sikit lah sebab dia akan marah kalau korang duk tanya jalan dua tiga kali.


ehhhh ada lagi pesen sekolah kayu macam tu dalam Brunei..klasik!


ni di area Kuala Lurah


masuk Malaysia balik,Limbang,Sarawak.singgah Pekan limbang ambik gambar


Then dari Limbang nak masuk ke Brunei balik di Temburong..kena naik Feri di sungai Temburong.harga feri dalam 10 ringgi..tapi distance sangat lah dekat..kalau berenang gerenti boleh sampai.


Daerah Temburong,Brunei


ni di Border Brunei Sarawak,border Temburong dan lawas.


Dah masuk Malaysia balik,Lawas Sarawak..


Sebab nak kejar masa tak singgah makan pun.makan gajus yang Nikli Goreng


sempadan Imigresen Sarawak dan Sabah,Sindumin.


Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Negeri Sabah,Negeri di bawah Bayu..


Sampai di Area Sipitang,singgah makan di tepi laut.orang sarawak claim sipitang ni punya satay yang lazat.so kami menyinggah la untuk makan di sini..macam macam ada.kepak ayam pun ada.


Sesuai lah untuk makan makan minum minum di petang hari


Satay sipitang.not my faveret.entah.rasanya pelik..maybe ni cara satay orang sarawak.tapi aku just sekadar bleh telan.kalau haji samuri mai bukak satay kat sini mesti laku kot.hehehe


mai sabah pun duk cari keropok lekor.adoii laaa..kalau dah anak terengganu..


teringin nak makan nasik himpit..


Menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai sipitang tu..kesimpulannya our journey hari ni : Miri, Swak -Sg Tujuh (CIQ Swak, Msia-Brunei)- Lamunin(BN)- Kuala Lurah (CIQ-BN)-Limbang (Msia) - Puni (post CIQ-BN masuk balik) - Temburong (post CIQ-BN keluar balik) kat temburung ni yg naik feri tuh, Sg Temburong kot -Lawas (S'wak)- Sindumin (Post CIQ border Swak-Sabah) -Sipitang(Sabah) -Beaufort-Papar-KK..phewww..what a long journey..For your info,the journey yang kami lalui ni ialah 450 KM.:)

*to be continued..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails