Followers

Tuesday, March 11, 2014

WHEN YOU'RE YOUNG YOU FALL IN LOVE

Could it be that maybe it's our first mistake
And baby that's alright
It's crazy how we lost ourselves tonight
There's a reason why they say that we should give it time
But time is not enough
And that's the reason why
When you're young you fall in love..


 
Jalan-jalan petang di Taman Tasik Shah Alam
 
Teringat zaman belajar dulu.
 
Zaman cinta monyet.
 
Zaman tak berapa nak matang.
 
Masih belum tahu erti sebenar kehidupan.
 
Tapi semua perkara itu juga lah yang menjadikan aku, seperti siapa aku sekarang!!

SANAH HELWAH FAIZ ASHAARY

11 Mac 2014 bersamaan 9 Jamadil Awal 1435 H

Hari ini Ulangtahun kelahiran adik bongsu saya. Selamat Ulangtahun kelahiran abang ucapkan pada adikku
Faiz Ashaary . Dengan ucapan :

Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji...
,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Semoga mencapai mardhatillah..

Jadi lah anak kebanggan keluarga.. Dan jangan pernah lupa amanat arwah ayah yang ingin melihatmu menjadi seorang Doktor kelak.. Kami adik beradik semua dan mak akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu.

Jaga diri. dan semoga Allah akan sentiasa menjaga dirimu.

Stay soleh and handsome ya!
 


*Selamat ulangtahun kelahiran jua pada enciksepul.blogspot.com


Monday, March 10, 2014

DUA NIKMAT

Dalam kesibukan kita mengejar urusan dunia, jangan sampai kita abaikan bekalan kita ke akhirat. Benar seperti yang Rasulullah pernah kata, dua nikmat yang kita sentiasa tertipu dengannya ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang. Maka banyakkan lah bekalan kita dalam usaha menuju ke sana sementara punyai waktu lapang dan punyai kesihatan yang baik.

Outstation lagi minggu ini. Hingga hujung minggu ini di klang. Semoga Allah beri keizinan untuk terus sihat dan menggunakan kesempatan waktu yang ada sebaiknya.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:

“Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang”.

[HR Bukhari, no. 5933].

AYAM GORENG RESTORAN HAKIM SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Kawan,

Kau ingat lagi waktu kita lepak makan di sini, and it was like 10 - 11 years ago? Oh. I'm getting old. We're getting old!

Waktu habis belajar di bilik 24 hours. Lapar. Perlu makan. lantas kita sama-sama melampiaskan nafsu makan di sini.

Nasi lemak sotong, ayam tandoori, megi goreng, and yes - the most thing I will remember about this restaurant - it's ayam goreng! Terbaik!! Lebih sedap da
ri dawood atau khalifah.

Kawan,

Masa lalu lah yang menjadikan kita siapa sekarang. Jangan lupa kenangan kita jika lihat restoran ini lagi! malam ini, aku dinner di sini. Buat pengubat rindu. Mengimbau kembali masa silam.

Dan di satu sudut itu, aku terlihat kita sedang makan bersama dan bergelak ketawa. Seperti waktu dulu yang pernah kita lalui penuh warna.Tanpa perlu berfikir akan dugaan dan cabaran yang akan mendatang.

Ya.
 
Seperti waktu dulu.
 
 
 
*Masalah catuan air di Selangor. Terpaksa makan beralaskan plastik menggunakan sudu dan garfu plastik. Ya Allah Kau turunkan lah Hujan dan rahmat Mu ke bumi gersang ini!!

Sunday, March 9, 2014

SEBUAH KERINDUAN

Masuk tahun kedua.
 
You're gone but not forgotten. I'll see you again, in Jannah Insya Allah.

You never really left.....


Cukuplah kematian itu sebagai peringatan buat kita.


"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

(al-Hadid: 20)

 

*takziah kepada seorang sahabat saya yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta bulan Januari yang lalu. Buat sahabat itu, bertabah lah. Allah lebih menyayangi orang yang kita sayang. Berdoa dan terus berdoa moga Allah ampunkan dosa mereka dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para soleh dan solehin. Ameen.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-6 NURUL NADEAH SALWANI!!


1.30 am.

8 Mac 2014.

Sambut hari lahir nurul nadeah salwani di rumah mok shidah. Kek. KFC. Dan beberapa orang kami. Mudah dan ringkas serba sederhana. Sebenarnya tarikh hari lahir nurul ialah pada 27 February.
 

Tapi kami bahagia. Walau waktu sambutan agak aneh. Tengah lewat malam di kala semua orang lain telah nyenyak tidur. Mungkin kerana kami dah biasa dengan keadaan sebegini. Dah ada kesempatan macam ni baru dapat sambut sama-sama. Masa ni Mak dah tidur. Zul pun dah tidur. Tinggal watak watak yang macam dalam gambar sahaja lah.

Pok jim, Mok sihdah, Mok na, Cikja, Shifa', Nurul dan Solehah.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-6 buat Nurul Nadeah Salwani! Hadiah nanti tuntut di Kemasek ya. Pok Jim ada belikan something dari Cameroon Highland.

Pok jim doakan kamu jadi anak solehah kebanggan IBU dan AYAH mu!
a












 
 
Sambut Besday Nadeah ni buat aku teringat masa kami sama sama sambut besday di HKL bersama ayah.. Boleh rujuk entri ni : http://azimashaary.blogspot.com/2012/03/sambutan-hari-lahir-nurul-nadiah.html
 
Al-Fatihah untuk arwah ayah.

DOA UNTUK MH370

 
 
Gempar satu Malaya
 
apabila sebuah flight MAS MH370 yang bertolak dari KLIA menuju ke Beijing hilang tanpa sempat dikesan. Kapal Terbang itu membawa seramai 239 penumpang. Sama-sama kita doakan agar usaha mencari dipermudahkan.
 
Moga Allah tunjukkan jalan.
 
Satu perkongsian dari FB Ustaz Phrol Muhamad Juoi berkenaan adab meminta pertolongan dengan Allah :
 
Solat taubat dulu, baru solat hajat....
Mengabdikan diri dulu, baru meminta...

Adabnya begitulah.

Kembali kepada Allah itu bukan sekadar doa dan harapan, tetapi kembali mentaati perintah dan meninggalkan larangan...



 

*Gambar comel dari FB



Saturday, March 8, 2014

ENGKAU GURU SABAR KU

Apabila seseorang muncul dan membuat kita rasa marah, sebenarnya Allah telah menghantar seorang guru untuk mengajar kita erti SABAR.

Allah SWT berfirman,

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”

(Surah Ali Imran : 133-134)
 
*Sedang menahan marah. dan perlu bersabar. Ya Allah bantu lah hamba mu ini. Semoga isteri selamat sampai ke Kampung halaman beliau.

Friday, March 7, 2014

UNDANG-UNDANG RIMBA

Keputusan yang sama sekali tidak dijangka. Anwar didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari yang mana ketika dalam perbicaraan dia memberitahu kepada mahkamah dan barisan peguam bahawanya ;

1. Sebelum diliwat, dia tukar seluar sendiri
salin kepada tuala,

2. Selepas diliwat dia sempat makan karipap dan minum air kopi,

3. Dia juga pernah tinggalkan spender dia kat rumah bekas tunang, yang mana spender basah dia jadi saksi dia pernah diliwat,

4. Tak lupa juga dia masih lagi memakai seluar jeans yang konon2nya si peliwat dia hadiahkan,

5. Dan yang paling gempar sekali bila dia cakap dia dah tahu Anwar nak liwat dia tapi masih lagi tegar hantar dokumen kat Anwar Ibrahim pada hari tersebut,

6. Dia diliwat secara paksa oleh Anwar sebanyak 9 kali,

7. Dan yang paling tak masuk akal, hari neh kena liwat, esok terus bancuh kopi kat pejabat DSAI raikan tetamu2 DSAI.

Kalau ko jadi aku, ko rasa nak percaya ke dengan jalan citer dari si Saiful malaun tue?

Lue fikirlah sendiri ek.

Berbalik kepada citer asal. Polis dah bersiap sedia nak bawa Anwar tidur penjara malam ini. Tetapi gagal.

Untuk rekod, mahkamah sebulat suara memutuskan Anwar Ibrahim bersalah.

Bagi pertuduhan liwat, Anwar ber-risiko untuk hadapi hukuman penjara ;

Paling sekejap = 5 tahun.
Paling lama = 20 tahun.

Namun, Anwar dikenakan penjara 5 tahun. Shafie, pendakwaraya cuba memastikan Anwar dikenakan hukuman semaksimum yang mungkin iaitu 20 tahun namun gagal. Anwar Ibrahim dibenarkan ikat jamin last minit sebanyak rm10,000.00. Mahkamah menetapkan wang jaminan perlu dibayar selewat2nya jam 11 pagi hari isnin (10/mac 2014). Anwar juga diberikan penangguhan hukuman sehinggala proses rayuan selesai. Yakni, Anwar nak membuat rayuan bagi mencabar keputusan mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah penjara 5 tahun terhadap Anwar Ibrahim.

Risiko yang perlu difikirkan ialah ;

Anwar gagal jadi calon di Kajang.
Anwar mungkin gagal mengekalkan kerusi di Permatang Pauh.
Anwar mungkin hilang kelayakkan sebagai ketua pembangkang.

Kemungkinan yang perlu fikirkan penyokong2 dan Pakatan Rakyat ialah ;

1. Jika Anwar ke penjara, apa tindakan kita?

2. Siapa pengganti Anwar di Kajang dan Permatang Pauh?

3. Siapa pengganti ketua pembangkang?

4. Adakah masa untuk revolusi sudah sampai?

Read more:
http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/air-mata-wan-azizah-jatuh-berderai.html#ixzz2vI5NmWDs

APA ITU PENYAKIT WAHAN??

Daripada Tsauban radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni ta...
lam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab,"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' ".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Riwayat Abu Daud)
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails