Followers

Wednesday, August 22, 2012

PERSIAPAN SEBELUM MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI SYAWAL 1433H

Aku nak kongsi cerita persiapan hari raya aidilfitri baru ni di kampung halaman.

jom!!

29 RAMADHAN 1433 H

Hari terakhir puasa..Esok Insya Allah akan sambut hari Raya Aidilfitri. Memang tahun ni kita puasa 29 hari saja..ahli falak dah tetapkan begitu..Semalam ada majlis berbuka puasa bersama sama ahli keluarga yang ramai..lepas semua orang balik aku, kak ija dan Kak Ina boleh layan bersembang sampai pukul 5am..terus bersahur makan ikan singgang + budu, then lepas subuh baru tidur. Sebenarnya kami bertiga sahaja yang bersahur. orang lain dah tak larat nak bangun.


Terjaga dalam jam 9am sebab Pok Shabery datang..dia nak bayar zakat Fitrah pada Zul..Zul memang amil untuk zakat fitrah. aku pun bayar zakat fitrah pada dia dua minggu lepas. Lepas Pok Shabery balik mula lah kami bermesyuarat untuk listkan apa yang patut dibeli untuk hari raya..For syawal kali ini Menu yang akan dibuat ialah : Mee Kari,Soto ayam, Satay, rendang ayam/daging.Lemang dan ketupat beli ajer..dalam pukul 11am semua pakat keluar pergi beli barang. Aku,kak Ija, Ami dan Faiz satu kereta dengan tugasan untuk membeli ayam dan daging serta lemang..Kak Tie, Adik da, Zul dan Kak Ina ke Mesra Mall untuk beli barang basah di sana.


Mula mula kitorang ke Rumah Che'Ngah nak ambik Ayam al-Zain..Ayam organik keluaran Radix. Lebih terjamin..Mak sekarang kalau tak pakai ayam ni dia tak makan lah..masa ambik ayam tu sempat lah berbicara ngan Che Ngah pasa ilmu ilmu tasawwuf sikit..sedar sedar sejam lebeh tersangkut kat situ..Dari Rumah Cik Ngoh terus ke kawasan lemang.Macam biasa lah time raya ni memang kawasan lemang akan menjadi kawasan kegemaran orang ramai..kat Kijal ni walaupun bukan musim perayaan lemang akan tetap ada hari-hari..so if terasa nak makan lemang mai balik kampung aku. kita pakat pakat belah lemang cicah serunding ya.


Kami ke Gerai No.14 sebab situ yang biasa beli dan sedap. Lemang tak semuanya sedaap ya. kena berhati hati jugak memilih. nak beli time ni tak dapat sebab semua orang dah tempah..what to do tempah lah 12 batang tapi kena ambik jam 11pm karang. takpe. janji esok pagi lemang dah tersedia. Abang Shuk duk risau sangat pasal lemang ni. Sabar abangku. Adikmu bersedia uruskan. Abang Shuk tak ada untuk syawal kali ini bersama sama..Beraya di Rumah mentua.


On the way balik dari tempah lemang singgah di Giant Kijal sebab nak beli Jubah untuk Mak..aku tak beli lagi jubah raya untuk mak..tema hitam putih so cari Jubah hitam ada corak putih..simple dan cantik.Cuma size nya tak pasti..ambik saiz XL dulu lah..macam besar. tapi takper..yang penting beli dulu. Nasib baik ada butik First Lady. Banyak sikit Choice dengan harga berpatutan. Beli sampin Putih untuk Faiz jugak..Baju melayu ami dan Faiz dah beli masa shopping di Jalan Tar sebelum balik kampung baru ni.


Beli daging di Meraga beris barang 5 Kilogram..untuk buat satay daging dan rendang daging..main serkap jarang je ni kebetulan ada jual daging tepi jalan..Alhamdulillah ada rezeki..nak ke Pasar besar kemaman macam jauh sangat..so nampak tepi jalan ni terus singgah dan beli.


Singgah beli Air batu sekampit di kedai Pe'Oh


Selesai semuanya kitorang punya bahagian, terus ke Mesra Mall Kemasek sebab Kak Ija nak beli kasut Raya..Terserempak pulak dengan Pok Zi, Mokzah dan Kak Ana di sini..diorang on the way ke Dungun lawat anak Fahmi..(Tahniah Fahmi atas kelahiran Baby boy!Fahmi tu cousin aku, adik Kak Ana)..Orang lain dah beranak pinak, aku bila pulak nak kawen ni??Insya Allah suatu masa nanti dengan izinNya..


sepupu kecik ku.Arman, Isyraf dan idlan


Kembar depa berdua ni..Isyraf & Idlan


Mengusik nurul syifa' salsabilla sampai menangis. heheeeee


Anak Solehah bersama ibunya


Balik dari Mesra Mall terus menuju ke Rumah..simpan segala barang yang dibeli then lepas solat zohor terlelap sampai jam 6pm..maklumlah malam tadi tak tidur..tidur pun lepas subuh..Bila balik kampung selalu macam ni lah.aku akan tidor lambat sebab duk bersembang dengan mak ataupun adik beradik lain..terjaga tidor dekat pukul 6.30pm..Kak Tie mintak tolong bawak Ika ke Mesra Mall lagi skali sebab dia nak cari stokin..abang jalee pulak pesan suruh beli susu tin..so ajak kak Ina, Nuru dan Qayyum sekali pergi bersama-sama..sampai Rumah dah ngam ngam waktu berbuka.Adik da buat sup ayam dan sos sambal cili yang sedap!!aku suka lauk macam tu. simple. Nasik Putih makan ngan Sup ayam + sos cili pedas masam..teringat ingat lagi ni..Alhamdulillah berbuka puasa di akhir Ramadhan dengan makanan yang tidak berlebihan di atas meja.


Berjemaaah solat Maghrib + Isyak + Solat sunat tasbih..sayu hati bila mengalunkan takbir raya menyedari hakikat ayah sudah tidak bersama kami lagi..kalau tak di ruang tamu ni mesti akan ada kerusi roda tempat ayah duduk bersembahyang jemaah sama sama.


Alhamdulillah selesai solat berjemaah bersama keluarga buat kesekian kalinya..perbincangan diteruskan lagi untuk buat persiapan sempena esok..aku dah la kena buat satay..tak siap apa apa pun lagi..baru nak kerat baru nak perap baru nak bakar..hopefully sempat lah siap malam ni. Lemang kena pi ambik pukul 11pm..aku ke kijal ambik lemang ngan Faiz..singgah di Giant Kijal sebab jubah yang aku beli untuk mak besar pulak..so nak cari saiz kecik sikit..Nasib baik msa sampai tu dah tutup separuh kedai..nak jadi rezeki untuk mak dapat lah tukar jugak jubah tu..phewwww..Alhamdulillah.


Ni kuih raya Cik LJ bagi bawak bekal pada aku sebelum balik kampung..kuih raya tu diorang kata sedap..yang cookie cokelat tu tak sempat nak bawak raya..hidang lepas solat tadi terus habis satu bekas..nampak pun menarik kan. aku ada timnggal satu bekas untuk aku di Penang.hehe..spare sebab tahu nanti mesti tak sempat nak makan..Thanks Cik LJ atas kuih dan biskut raya yang sedap!!


Maka bermula lah sessi kerat mengerat daging ayam untuk dibuat satay..macam biasa kolaborasi antara aku ngan abang jalee kalau bab bab satay..since arwah ayah ada lagi..satay ni memang akan jadi menu wajib setiap kali raya.Satay daging pun ada..Abang Ha yang kerat daging.


Anak anak sedara dipimpin oleh Ami menyediakan Kuih raya di meja depan..masukkan kuih dalam balang dan sediakan apa yang patut..Kuih raya yang ada semua orang bagi dan aku beli kerepek jer..Thanks ya pada sapa sapa yang bagi kuih raya.Appreciate it! ada kuih raya kak Tie buat..tunggu kuih raya adik da buat tak sampai sampai lagi..


Di tikar di dapur proses penyeddiaan barang barang untuk buat rendang , mee Kari dan Soto berlaku..masing masing sibuk lah nak timbang berapa gram daging dan ayam yang akan diguna pakai..First time Kak Ina akan buat Rendang daging dan Rendang ayam..we'll see macam mana rupanya Rendang tu nanti ya.


Ayam dan daging yang telah siap dipotong..diperap bersama rempah masak cap bunga ros, letak kunyit serbuk, garam dan manisan yang dicairkan..perap 10 minit. sepatunya kena perap sehari baru sedap dan meresap. masa tak cukup..main perao sekejap then terus nak cucuk kat lidi jer..hari dah mula menginjak ke lewat malam..


Mari Mencucuk Satay


Bekerjasama itu seronok


aku tak kira lah pulak berapa satay yang dapat disiapkan.


Di satu sudut Ami memerah santan dengan penuh kegembiraan..Sntan untuk mee kari dan rendang.Memang masing masing semua bekerja keras malam ni..nak start dari semalam tak boleh sebab malam tadi dah sibuk dengan program berbuka bersama keluarga..so memang last minit macam ni jugak lah kena buat persiapan semua..next year kena plan bebetul lah. baru tak kelam kabut nanti.


Mee Kari Kak Tie in the making


Peringkat permulaan rendang kak Ina


Dalam masa yang sama abang Jalee dah mula hidupkan bara api..nasib baik abang jalee kerja esok pagi dan bukan kerja malam ni.so dapat lah bakar satay ngan dia..macam last year aku bakar satay sorang sorang sebab dia kerja di malam raya..so what to do..bakar sorang pun sorang lah..kali ni ada geng baru semangat sikit nak mebkara satay.


waktu tempatan menunjukkan jam 4am..tapi kami tak kisah.


Satay dah siap bakar..proses bakar satay ayam sekejap sahaja..bakar satay daging yang makan masa..sebab daging ni tak lembut..bukan bahagian yang nak buat satay rasanya aku beli ..main ambik jer tadi asal ada daging.


Besar besar satay ayam. kalau meniaga mau rugi.tapi sebab makan sendiri so ikut suka lah nak buat besar mana pun.


Pemandangan adalah sama setiap tahun.hahaa


Satay daging sedang dibakar


Adik da sebenarnya kata nak buat soto ayam..sekali lepas solat tasbih dia senyap tidur kat atas..menyusukan anak barangkali..so kak Ija take over buat sup ayam dan sediakan bahan bahan untuk soto..Mee Kari kak Tie dah siap..cuma bahan bahan sampingan je lah macam sayur kacang panjang, telur, cili besar, ubi kentang, tauhu dan sebagainya..


Kerang rebus beli kat Giant Mesra Mall..Kerang ni macam dah busuk..tapi rebus jugak lah..Harap harap boleh di makan nanti. makan dengan Mee Kari, Faiz ditugaskan untuk kopek kulit kerang satu persatu..memang renyah,,tapi Faiz ni rajin orangnya.Dia tak kisah.walaupun sebenarnya memang menguji kesabaran.


Rendang in the making..


Dalam pukul 5am baru segala galanya selesai..Rendang dah siap, satay siap dibakar, kuah kacang siap, soto dalam proses, Mee Kari kak Tie pun siap..Alhamdulillah. tapi restless lah kami semua.selalu macam ni di malam raya.


Aku dan Abang Jalee terbongkang kepenatan di ruang tamu selepas solat subuh..dapat tidur sejam pun jadi lah sebelum bangun untuk bersarapan pagi dan ke masjid untuk solat sunat aidilfitri..dan begitulah persiapan kami sekeluarga di malam hari raya aidilfitri.

Nanti aku cerita sambutan 1 Syawal 1433H  pula ya.

Salam bertemu lagi.

1 comment:

Jida said...

bestnya bila berkumpul ramai-ramai di malam raya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails