Followers

Saturday, January 12, 2013

MY WEDDING RECEPTION @ SETIA PEARL ISLAND GRAND BALLROOM

Welcome to my Wedding Reception!!

Bertempat di Setia Pearl Island Grand Ballroom, Bayan Lepas Pulau Pinang..Majlis bermula pada jam 12 tengahari dan berakhir pada jam 4pm..Seawal jam 10pagi aku dan Isteri dah bergerak ke Dewan resepsi untuk persiapan dan perwsediaan awal. 


Pintu gerbang dihias indah


Setup meja makan beradab dan mini pelamin


Tema English Garden. Very Nice!


Guestbook and symbolic


Candy Buffet setup for Kids


Jam 12pm para tetamu mulai sampai..majlis makan dah start. Pengantin dijadualkan akan muncul pada jam 2 pm..setelah selesai solat zohor. Terima kasih buat Bapa dan Ibu mertuaku serta keluarg abelah isteri yang tak henti henti melayan kunjungan tetamu.



Our Selection for today


Behind The scene persiapan pengantin


Thanks Rabiah banyak tolong kami!!


Kitorang bersiap sebelum zohor..bila waktu zohor masuk kami solat dulu then baru terus bersiap siap untuk perarakan masuk pengantin ke Dewan..Tetatmu dah mula ramai menunggu..Ikut plan asal semua berjalan lancar..memang tentatifnya pengantin akan turun selepas zohor.


Pengantin dan Pengapit


Bergambar sementara menanti ketibaan Family saya


Love this pic!


And its the show time!! serious aku rasa nervous masa turun..Muka tak berapa nak senyum tapi Faiez keep remind me to smile..Turun pun memang slow slow lah ni ikut paluan kompang


Turun tangga nampak rombongan family dan kawan kawan..aku rasa macam tak percaya pulak aku berada di situasi macam ni. Biasa tengok orang lain yang kahwin. Kali ini giliran aku pula. Alhamdulillah jodoh dah sampai..Rasa seronok pula masa tengok my family dan kawan kawan hyang akan berarak sekali masuyk ke dalam dewan.


Di Pintu Gerbang sebelum masuk ke dewan


Geng pengapit perempuan ramai..Students My wife..


Terus saja kami ke Meja santapan beradab..Belah my family Mak, Cik Ngah, Pok Zie dan Tok wan menjadi wakil untuk makan sama sama di atas pentas..Kitprang tak buat bersanding atas pentas..terus jer makan beradab sebagai highlight. selepas selawat ke atas nabi habis oleh kumpulan kompang doa makan mula di bacakan..


Azim dah kahwin!!


Ramainya yang ambik gambar kami..Rasa macam artis pulak..


Meja makan VIP untuk my family and friends yang datang as Rombongan..Memang aku pilih Tema Pink untuk Rombongan yang datang..sedondon baru nampak bersatu dan meriah..kena pulak dengan baju purple dan tema dewan. so nice! Thanks Kak Tie layan tetamu yang hadir. Makanan yang di sediakan adalah sedap sedap semuanya..


Pengantin kali ni tak macam pengantin lain. takde malu malu nak makan banyak. siap berebut pinggan atas stage. Tapi aku setuju lauk pauk yang ada - katering Umi Sheyqal ni terbaik lah..sedap!aku suka udang sambal dan ayam..depa semua kata Daging Kurmanya sedap. aku tak minat daging so tak lah makan lauk tu..


Selesai makan sessi untuk bersalaman dengan tetamu


with my family


with my BSAC friends..Thanks korang sebab sanggup datang dari jauh especially Sally dan Hilmie Zaifruez. Sorang dari Sarawak sorang lagi dari JB..Sam dan Angah pun thank you so much ya sebab korang datang! Zaidi dari Perlis..Long tie no see korang..Kamal dan Hakim pun ada datang..Alhamdulillah dapat jumpa balik member belajar zaman Uitm dulu.


My siblings yang lelaki


My siblings yang perempuan


Keluarga Ashaary Chik


Lepas dah siap bergambar semua, sempat lah bertemu dan bersalam dengan guest guest lain yang ada..kami nak tukar baju lain pula..kesuntukan masa sebab dewan sampai jam 4pm sahaja..


with Tuxedo and Evening Gown


Our Wedding Cake


Acara memotong kek..ada Cup cake with our Initial A & A


Dengan Geng BSAC lagi


Geng Bloggers dan kenalan lama. Thanks korang sebab datang!!


Family belah wife


With friends


my Family


with Mak dan Abang Shuk


Saudara Mara belah wife


Lepas majlis dah sampai ke penghujung nya tiba lah masa nya untuk kami berdua ambik gambar persedirian pula atas pelamin. its a mini pelamin actually tapi sangat nice. i like the decoration nya.


Just Married


Welcome to Our Wedding : Azlydia & Azim


Selesai Majlis di Dewan kami ke Teluk Bayu untuk sessi Outdoor bersama our Photographer Masfarid dan Videographer Rizal + Rifaie. seronok buat outdoor ngan diorang di samping cuaca yang baik dan tempat yang lawa.


Antara scene yang sempat dirakamkan


Ketika sunset muncul


Thank You CST Breed!


Berlari berkerjaran di tepi pantai


We were two now we are one


wife macam lagi tinggi dari aku jer..errrr


meh saya dukung awak!!


I will always love you..Insya Allah


Dan kebetulan yang sangat jarang, masa kami dah di penghujung Photoshoot boleh terserempak dengan Penyu di tepi pantai Teluk Bayu..such a great Coincidence..Memang betul lah Orang Terengganu dapat Orang Penang..sampai Penyu pun mai sini nak masuk Photoshoot sekali..Moga moga ianya petanda baik dalam usaha aku dan isteri untuk membina trumahtangga yang bahagia dan aman damai. Insya Allah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam menjayakan majlis perkahwinan kami. Terutamanya kepada keluargaku yang tercinta, Keluarga belah isteri, My bestman Faiz dan Izman, kawan kawan yang sudi datang ke majlis akad nikah dan majlis perkahwinan di Setia Pearl Island Group Ballroom ni, saudara mara, semua rakan kerja, our Official Photographer Masfarid, Our Videographer Rizal + Rifaie dan pada semua yang terlibat. Tanpa kalian tak mungkin majlis ini akan berlansung dengan sempurna.Semoga Allah membalas jasa baik korang semua! Insya Allah.

Doakan kebahagiaan kami suami isteri.

*Jauh di sudut hati teringin untuk arwah ayah ada bersama-sama kami semua meraikan hari berbahagia saya..apakan daya Allah lebih menyayanginya..Semoga arwah ayah tenang di alam sana..Al- Fatihah..

14 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

super duper cantik!!!

Ejin said...

Once again, congratulations on your recent nuptials. hiasan pelamin tu cantik sangat, and that photo with the penyu - wowww! nice ...

AzieFirdaus Kamarudin said...

nice wedding...i likeeeee...anyway..semoga kekal hingga ke syurga...aminnnnnn

sepul said...

Hai abang suami dan kakak isteri

Izzuddin Hairol said...

tahniah azim.. da lama ikut blog awak tapi br 1st time komen ;)

Izzuddin Hairol said...

Tahniah Azim.. Lama (bertahun kot!) dah baca blog ni tapi baru pertama kali komen ;)

Faisal Admar said...

Selamat Pengantin Baru Azim :)

fendifid said...

Congratulations...very nice.

jerry maguire, jr. said...

hope its not too late to wish u, again - all the very best for all the days to come - to u both.

i am glad for u! tahniah.

DrSam said...

Sangat cantik dan menawan Axim. Pasangan yang secocok.

zaraab said...

Congrats!Didn't know that you are getting married! Congrats again. May Allah bless both of u. :D

Z@i Z@mR33 said...

Tahniah...selamat pengantin baru...

sudipVSsenduk said...

Tahniah :) Selamat Pengantin Baru, didoakan bahagia hingga ke Jannah, Amin.

atty's said...

harap tak terlambat nak wish azim dan isteri selamat pengantin baru..
semoga kalian berdua bahagia hingga ke jannah ,Ameen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails