Followers

Tuesday, August 22, 2017

HOME COOKED DINNER ALWAYS THE BEST!

Kisah malam tadi.

Mood rajin pula nak memasak.. so i went to ioi Mall dan beli barang basah kat TESCO. Ada workshop di UNITEN so singgah sekejap ioi sebab dekat jer pun. Beli barang apa yang patut then balik rumah.



Beli barang macam ni harganya RM84. Nak kata mahal pun tak sure yang penting aku beli apa yang aku nak makan. Malam ni tekak rasa nak makan pasta carbonara. Beli je lah bahan bahan yang diperlukan. Buat pasta udang sedap juga. 

Keluar dari ioi mall menuju ke rumah.. Alhamdulillah jalan tak jammed dalam 20 minit dah sampai. Tunggu maghrib solat dulu then terus bersilat kat dapur.



Rebus pasta dulu. Aku pilih angel hair. Suka mee halus camtu. Sedappp. Then ambik minyak zaitun tumis bawang putih masukkan udang dan cendawan. Masukkan stok ayam dan perahan limau sikit. Then terus masukkan sos carbonara cendawan dalam tin jenama prego. Biarkan dalam 5 minit kemudian siap!! Hidangkan dan hias carbonara udang anda dengan daun ketumbar. Mudah bukan? Dan sedapppp..




Jom menjami selera! Makan bertambah-tambah kau sampai angel hair habis. Tapi aku makan juga dengan salad.. tak best makan macam ni takde sayur hijau. Pastu layan siykom dulukala FRIENDS season 9. Seronok tengok walau dah tengok lapanploh juta kali. Hehe.

Ok sekian dapur AXIMUD dah kembali berasap.

Wabilahitaufikwalhidayah.

Berjumpa lagi dalam resepi lain akan datang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails