Followers

Friday, August 6, 2010

STULANG LAUT,DANGA BAY & SINGGAH SELALU JB

Salam Hari Jumaat,penghulu segala hari..

Hari ni ada Perjumpaan bulanan kat stesen.Ok lah sebab ada makan free.Minggu depan dah start puasa so makan lah dulu apa yang ada..Mood hari ni?ok ok lah..still bersyukur sebab masih dapat bernafas di Bumi Tuhan.Apa yang berlaku sentiasa berhikmah dan bersebab.

28 JULAI 2010

Kali ni nak selit pulak kisah minggu lepas.Dah macam Rojak kan entri aku ni sekejap ke Bangkok sekejap ke Johor balik.haha..Mana boleh selit aku selit.Ni kisah di malam hari,waktu jalan jalan dengan my colleagues di beberapa tempat sekitar Johor Bharu.

1

Kenapa aku tergelak besar macam ni pun aku dah tak ingat.Yang pasti dapat outstation sekali sekala macam ni memang dapat release tension ngan kerja di opis.Waktu ni kami duk lepak makan otak otak kat Luar Rose cottage sementara tunggu seorang lagi member datang nak berjalan sekali.

2

Persinggahan pertama ke STULANG LAUT,Singgah makan di Restoran Sayam..sebelah Kawasan Restoran ni ada The Zon Hotel,tempat barangan bebas Cukai.Happening gak lah kawasan bawah tu.Kalau stay kat situ mesti best tapi jauh la pulak dengan tempat kerja di Pasir Gudang.

3

Plan asal kami nak ke Senibong,makan nasi lemak kat sana..Tapi cari cari tak jumpa..Elok juga tak jumpa sebab menurut member aku yang kerja kat Johor makanan kat situ super Mahal sebab Orang Singapore yang rajin duk menyinggah makan kat situ.tu yang harga jadi dabel tripel.

4

Kami berempat order dua air ni jer..Dua air Teh tiga layer ngan Dua air Tembikai Laici

5

Yang aku perasan kat JB ni kalau pi mana mana Restoran pun mesti akan di sua satu bakul yang ada Otak Otak Kempas ni..dah nak tunggu makanan sampai lama jugak so bedal lah dulu 10 batang Otak otak ni.Habis pulak tu..haha.makan ringan ringan.

6

Kat Restoran ni kami nak makan lauk jer.nak ratah ketam Cili.so order lah 4 ekor Ketam Nipah ni.Hidup lagi depa tangkap pi Goreng.Memang Fresh.

7

Ini ialah KETAM MASAK CILI yang sungguh marveles..ada setengah kedai kalau buat Ketam Cili macam ni mesti tak berapa kick tapi yang ni menepati selera anak tekak aku..Kuah boleh ratah lah hirup..sedap..!

8

Terliur siott tengok isi ketam yang meleleh leleh tu..

9

Lauk sampingan yang di order- KERABU MANGGA..kerabu mangga ni aku suka sebab ada Bilis kat Dalam untuk menambahkan elemen kerapuhan..sedap ratah gak kerabu mangga ni.

10

Last but not least,UDANG MASAK MENTEGA..yang ni kira ok lah.jadi lah diorang buat..aku teringat masa makan kat Alai Melaka beberapa bulan lalu order Udang butter diorang pi Goreng Udang ngan Marjerin Murah.aku pun boleh meniaga kalau macam tu..ish ish ish..Udang butter Prawn di Restoran ni Ok cuma terlebih manis sikit pada kerak keraknya tu.

11

Sila gunakan pengacip yang di sediakan untuk memecahkan cengkerang Ketam..kalau gigi korang kuat takpe lah.Guna gigi jer.aku tak pandai guna pengacip ni.main kekoh ngan gigi sahaja.sudahnya bibir pecah pecah.hahaa

12

Seekor Ketam yang Tumpas di tangan aku..

13

Kononnya kami makan lite lite jer kat sini.tak makan nasik nak ratah lauk sebab nak singgah kat kedai lain plak nanti..tapi macam ni kira lite lite ker??heheheee..Perhentian seterusnya,Kami menuju ke DANGA BAY.

14

Di area Danga Bay kalau ada yang tak notis bahagian belakang tepi laut ada lagi kedai kedai nak lepak minum siap ada Liveband..kalau nak suasana Romantik mai la lepak kat Belakang ni.saja lah kitorang datang jalan jalan..ambik angin malam.

14a

Welcome to DANGA BEACH

15

Live band ada tapi penonton Kurang..Malam weekdays what do u expect kan

16

ni restoran or cruise aku pun tak pasti.cantik berlampu

17

18

19

Kami tak melepak pun kat sini.just ronda ronda ambik gambar lebih kurang then terus blah..Menuju ke persinggahan yang last-RESTORAN SINGGAH SELALU

20

Datang ke Restoran ni teringat banyak kenangan..Biasa kalau aku datang JB kat sini mesti wajib singgah untuk minum or makan kerang bakar..Kafe 24 jam ni seronok melepak walaupun harganya a bit mahal sikit.But it's ok..

21

Nak order air minum,aku order lah Kopi o Gelas Besar.Biasa kalau mana mana kedai aku pi Gelas besarnya setakat yang dalam gambar atas ni belah kanan.kat sini ambik ko.Macam jag!!terkujat seketika.haha.tapi takper lah sebab memang nak lepak lama so diorang semua pulun order gelas besar jugak..

22

KERANG BAKAR yang pasti diorder kalau datang sini.Kerang ni lain dari yang lain sikit sebab rempahnya berselerakan kat luar..a bit oily tapi different.Biasa kalau kerang bakar kan just bakar kosong ngan serai dan bawang tapi ni siap macam rempah Ikan Bakar.Perah asam limau then siap untuk di makan.slurrpp...

23

Yang ni faveret aku di Singgah selalu-NASI GORENG SEAFOOD..korang tengok sendiri lah gambar macam mana.tak kedekut lansung ngan seafood kat dalam..dan rasanya sedap sebab buh ajinomoto banyak kot.hahaha..tapi aku tetap suka tambah plak makan ngan Cili Potong..Pehhhhhh..meleleh ayaq liuq gua masa taip ni..

24

Gila merembes!pecah liur dah ni..gulp..

25

Ada orang teringin makan KENTANG GORENG so order la satu plate..Kitorang order semua serba satu jer..makan kongsi kongsi bagi mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan di waktu malam..(alasan sangat)..Tapi makan kongsi macam ni baru best.Pusing pusing pinggan atas meja.

26

Apa lagi dah sambil makan sembang lah hal ehwal semasa..pasal kerja ada gak lah selit tapi tak banyak.banyak bincang hal merepek..haha..duk kat Singgah selalu ni seronok duk tengok gelagat orang.macam macam pesen ada..masa ni jam dah pukul 12 am lebih. macam esok tak kerja plak kan.

27

Selagi air tak habis korang jangan balik..

28

Dekat pukul 1 pagi kami beransur..Esok kerja lagi maa..tapi sanggup berlewat lewat sebab ntah bila nak sampai sama sama macam ni..Dan begitulah habisnya satu malam yang di spend kan di JB minggu lepas.i really had a great nite.

Sekian.

*malam ni aku akan pulang ke kampung halaman..Balik sebelum Puasa bermula.Nak suruh mak buat Murtabak segera banyak banyak..hehehe..

Thursday, August 5, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 2 - NIGHTLIFE (PATPONG NIGHT BAZAAR & SUKHUMVIT AREA)

This is the last entry untuk hari Ke-2 kami di Bangkok..akan menyusul lagi entry akan datang pada hari ke-3,ke-4 dan ke-5 pula..it's not easy to create satu entry..and you know that.Hati kena tabah dan Cekal baru satu entry yang bermutu dan berinformatif akan terhasil..so lets take a look nightlife in Bangkok.Zasssss..

8 JULAI 2010

Hari kedua ni memang penuh dengan aktiviti ke sana-dan ke mari..Bila petang lepas da siap makan kat Restoran Cili Padi masing masing dah tak larat dan balik ke Bilik Hotel berehat mandi solat dan sebagainya..sempat lah diorang semua tidor..aku cuba nak lelap tapi tak dapat walaupun badan memang penat..sementara tak dapat tidur duk berinternet je lah kerjanya di Lobi bawah hotel.

1

Masuk dekat Pukul 8 malam aku dah tak senang duduk..Rasa macam tak best pulak kalau datang tempat orang ni sekadar nak tidur kan..so aku pergi lah kejutkan diorang dan ajak keluar..Ziana ngan Yana dah surrender,masing masing dah pening kepala so Aida jer still ok and available untuk di ajak keluar..Nikli pun macam tak larat nak keluar pada mulanya tapi tengok aku ngan Aida dah siap siap nak keluar terus dia siap siap time tu juga dan hasilnya-Malam ni kitorang bertiga jer keluar.Ziana ngan Yana duk kat Bilik berehat.

2

Keluar dari Hotel rasa macam nak minum something..terjumpa lah Starbuck yang tak berapa jauh dari kawasan Hotel..so kami singgah sebentar di sini.nak beli Kopi nak segarkan mata dan badan.

3

Muka memang masing masing dah keletihan.tapi bagi aku alang alang letih biar sampai dapat jalan semua tempat..ok tak lah sampai semua tempat tapi at least dapat lah jejak kaki kat mana mana tempat yang sempat..tetiba aku terkonfius dengan ayat aku ni..hahaaa

4

Mocha Frappucino satu dengan Whipped Cream dan satu lagi takder Whipped cream.aku tak suka whipped Cream tu..Rasa kopi kat sini sangat lah tak sedap sebab takder rasa..yang aku rasa hanyalah manis Gula yang ada..Maybe Starbucks sini tak reti buat kot.Wallahualam.

5

awat muka terkejut?sebab kopi tak sedap kot.

6

Perjalanan di teruskan.tepi jalan ni kami terjumpa ada satu booth jual kad yang kreatif..Bila bukak kad ada corak yang berbagi bagai jenis..Aida tertarik nak beli untuk anak buah dia..dia beli Dua kalau tak silap..satu dalam 5 ringgit.

7

pilihlah mana satu corak yang anda suka..

8

Cash dalam Baht dah tak berapa nak cukup so jumpa money changer ni kena lah menyinggah kejap tukar duit..Ziana pun ada kirim nak tukar duit jugak..Rate kat sini ok lah..takder rendah sangat.aku tukar lagi RM200 untuk meneruskan perjalanan pada esok hari..

9

Kawasan Patpong Night Bazaar

10

Kat Patpong night Bazaar ni aku ada rembat satu short pant.duk berkenan dari malam tadi tapi malam ni baru singgah beli.Patpong night bazaar ni kena hati hati sikit yer sebab ramai orang yang akan duk tarik anda untuk ajak tengok show thai girl lah,ping pong show lah,apa apa lagi show lah dalam pub dan bar..senang citer toksah duk layan kalau tak mau terpedaya.

11

Night market ni standard Petaling street lah.sama jer.

12

T-shirt t-shirt yang menarik designnya banyak ada kat sini

13

Sampai kedai Jam ni kami terpesona sebab design jam yang moden dan elegan..memang kitorang semua terus berminat nak beli..tapi ntah rasa macam agak mahal so tak beli jugak..still beri masa untuk berfikir.kalau nak beli boleh jer datang balik nanti sebab kawasan ni bukan jauh sangat dengan kawasan hotel yang kami stay.

14

cantik tak?aku suka design design ni.Moden style

15

Dari pembacaan kami,kat Sukhumvit pun happening nightlife nya..kat situ pun ada jugak Restoran restoran Arab yang halal..so kami decide untuk ke area Sukhumvit..Naik sky train di SILOM STATION.Perhatikan gambar di atas..Aida tidak berubah kedudukan ambik gambar.heheee..

16

Menjadi jakun seketika sebab tengok diorang nyer tiket pakai cip hitam ni

17

@ SI LOM TRAIN STATION

18

Dekat jer dari Si Lom ke SUKHUMVIT..dalam 5 minit jer sampai.Tiket train pun harga rm2..tapi bila turun dekat Sukhumvit ni macam dah lost tak taw nak pi mana..nak ke kiri ke kanan ker depan ke belakang ker..so just follow the guts..Cari tempat yang nampak ada lampu lampu banyak.hehehee

19

Dan akhirnya di tempat ini kami jumpai satu kehidupan malam yang berwarna warni..agak happening tapi we feel more calm dari area Patpong tadik..kat sini takder orang nak approach lebih lebih suh tengok show ntah hapa hapa..so macam ni baru seronok takder lah rasa pressure..kami sekadar jalan jalan je pun.dont get us wrong.kami budak baik.hehe

20

Terjumpa lah makanan eksotik ni..ada Cengkerik,ada Lipas ada Katak ada Ulat dan Belalang,kira semua makanan yang kita tak pernah makan lah..Nak ambik gambar diorang tulis kena bayar dua ringgit.Tapi brader yang jaga gerai ni baik la pulak.bila nak bayar dia kata tak payah lah..save dua ringgit di situ.so amacam??ada berani nak makan??euwwwwwwwww..

21

ini lifestyle diorang.apa nak di kato.tengok ajer lah.

22

Lepas da jalan jalan,jam menunjukkan dekat pukul 12 malam.kami tak taw train schedule..Mujur sempat ambik last train ke area Si lom semula..so gambar kat atas ni merupakan train schedule ya.sila ambil perhatian.start dari 6 pagi sampai 12 malam jer. dont play play.kalau tak kena ambik teksi.tapi takper,kat sini TEKSI TAK CAJ LEPAS MIDNITE.so harga still sama.

23

Dari Si Lom station kami pun menapak lah balik ke Hotel Take A Nap ni..masuk ke Lobi nampak lah Ziana dan Yana duk tengah melayari internet..hehe..tu lah,ajak jalan tadi tak mau kan dah kena tinggal..so masuk lobi hotel kami duk sambung menyembang lagi dan bincang serba sedikit pasal nak ke PATTAYA pada keesokan harinya..Stay tune for more with Aximud,membawakan kepada anda Journey to Pattaya pula dari Bangkok.

to be continued..

*i wish when i'm happy people around me will feel happy for me too..But sometime,thing's are not happened the way we want it to be..Reality Sucks.

**just got to know my auntie pun ada buat Blog..Visit her @ http://malainichik-kakma.blogspot.com/

Wednesday, August 4, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 2 - LUNCH @ CILI PADI RESTAURANT

Jom jom kita sambung dari entri sebelum ni..

8 JULAI 2010

Dari THE GRAND PALACE BANGKOK,kami bergegas mencari tempat makan sebab masa ni perut sangat lapar..Penat dan dahaga toksah cerita sebab jam dah tunjuk pukul 5 petang tapi Lunch tak ambik.Mau tak lapar..hanya air mineral jer membantu sepanjang tour dalam Grand Palace..

1

Dari The Grand Palace kami berlima naik Teksi..ntah macam mana sistem teksi kat sini aku pun tak tahu sebab bleh plak kasi kami naik 5 orang satu teksi..berhimpit lah 4 orang kat belakang..tak kisah lah janji sampai tempat makan..nasib baik tak jauh sangat..Harga tambang teksi dalam rm30 hengget..ok lah kan bahagi 5 baru dalam 6 ringgit sorang.

2

Restoran ni sebenarnya kami dah jengah masa first day sampai Bangkok..tapi sebab tak taw dah nak cari makanan Halal kat mana so kami datang jugak lah ke sini lagi..makanan nya pun not bad.Boleh laaa walaupun memang sebijik makanan Malaysia..macam tak best la pulak ada di Bangkok tapi still makan Makanan sendiri.Ingat nak cari makanan Tempatan..takper..Janji Halal..

4

First meal yang kami try-LAKSA PENANG..hebat tak makan Laksa Penang di Bangkok??hahaha..taste nya pun ok..sebijik lah macam kat Malaysia ni..tapi sedap..Yana Order ni dulu as appertizer..so kami kongsi makan ramai ramai..berpusing satu mangkuk ni atas table sebab semua orang tengah kelaparan dan ni first meal yang kami dapat.

3

Ni namanya NASI GORENG HADYAI..Nasik goreng ni pun sedap(atau sebab masa ni kami lapar bangat??)..nasiknya macam Goreng ngan Lada dan Kicap..ada Seafood kat dalam..Aida order yang ni tapi Nikli duk envy tak sudah sebab dia suka nasik Goreng ni..hahaha..tak dapek lah bro since dia makan nasik putih.

6

Yana punya second meal-NASI LEMAK AYAM..pun biasa biasa jer yang ni..rasanya macam nasik lemak lah.nothing spevcial about it.yang jadik specialnya sebab Yana makan Nasik lemak ni setelah menghabiskan Laksa..hebat dia kali ni.walaupun kurus melidi tapi makan tetap dua meal.:)

5

Aku,Ziana dan Nikli makan Nasik Putih berlauk..duk Order TOMYAM SEAFOOD..tak sedap lah Tomyam ni..Ceroi dan cair..rasa biasa jer..aku impikan Tomyam yang gah sebab Bangkok kan terkenal dengan kelazatan Tomyam..tapi maybe sebab ni kedai pun namanya Malaysian authentic Restaurant..so cara masakan pun Malaysia marii lah.

7

Tapi DAGING MASAK MERAH ni sedap..dua kali datang sini dua kali order daging ni.aku suka sebab daging nya slice nipis nipis dan lembut..pekena ngan nasik putih panas memang layan..Ziana n Nikli pun suka Daging ni.

8

Lauk lain yang di order ialah KANGKUNG GORENG BELACAN dan jugak lauk wajib,TELUR DADAR BAWANG..so kami pun duk makan lah sambil berborak borak ringan..sebab masing masing dah tak berapa nak larat..overall makanan kat sini takder lah superb sangat tapi ok lah.capai standard yang kita nak..

9

Sambil kitorang makan tadi Owner kedai ada datang duk bersembang..kitorang pun tanyalah macam macam..mamat tuh orang Malaysia,bukak kedai kat Bangkok ni dah berapa tahun aku tak ingat..Join Venture ngan Makcik dia..Alhamdulillah bangga aku tengok anak melayu kita boleh berjaya sampai ke luar negara macam ni..:)

10

160/9 (27) ITF Building
G.FloorSilom Narathiwat Soi 1
Bangkok 10500

Restaurant:+6626342839, Mobile:+66892048664
11am to 11pm Daily Accepts Friday Close

Atas ni alamat restoran in case korang nak datang ke Bangkok lain kali..datang lah kedai ni untuk makanan Halal..directionnya senang jer.pekerjanya pun friendly dan boleh bercakap bahasa melayu.so takder language barrier di situ.

11

Gambar last ni kami bergambar dengan Owner Restaurant,Fahmi Sabri namanya..Orang Kuat this Restaurant..katanya ada bukak cawangan di Damansara pulak..apa apa pun selamat maju jaya.yang penting kami dah kenyang terus balik ke Hotel Take a Nap dan masing masing berehat sebelum meulakan aktiviti di malam hari pula..

to be continued..

*sedar tak sedar lagi seminggu nak masuk RAMADHAN..rabu depan jer..sudahkan anda bersedia menyambut Ramadhan al-Mubarak?? Bulan puasa nanti jangan marah kat aku kalau entry-entry di Blog ni bisa menggugat iman di saat perut tengah kosong..:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails