Followers

Wednesday, August 4, 2010

TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 2 - LUNCH @ CILI PADI RESTAURANT

Jom jom kita sambung dari entri sebelum ni..

8 JULAI 2010

Dari THE GRAND PALACE BANGKOK,kami bergegas mencari tempat makan sebab masa ni perut sangat lapar..Penat dan dahaga toksah cerita sebab jam dah tunjuk pukul 5 petang tapi Lunch tak ambik.Mau tak lapar..hanya air mineral jer membantu sepanjang tour dalam Grand Palace..

1

Dari The Grand Palace kami berlima naik Teksi..ntah macam mana sistem teksi kat sini aku pun tak tahu sebab bleh plak kasi kami naik 5 orang satu teksi..berhimpit lah 4 orang kat belakang..tak kisah lah janji sampai tempat makan..nasib baik tak jauh sangat..Harga tambang teksi dalam rm30 hengget..ok lah kan bahagi 5 baru dalam 6 ringgit sorang.

2

Restoran ni sebenarnya kami dah jengah masa first day sampai Bangkok..tapi sebab tak taw dah nak cari makanan Halal kat mana so kami datang jugak lah ke sini lagi..makanan nya pun not bad.Boleh laaa walaupun memang sebijik makanan Malaysia..macam tak best la pulak ada di Bangkok tapi still makan Makanan sendiri.Ingat nak cari makanan Tempatan..takper..Janji Halal..

4

First meal yang kami try-LAKSA PENANG..hebat tak makan Laksa Penang di Bangkok??hahaha..taste nya pun ok..sebijik lah macam kat Malaysia ni..tapi sedap..Yana Order ni dulu as appertizer..so kami kongsi makan ramai ramai..berpusing satu mangkuk ni atas table sebab semua orang tengah kelaparan dan ni first meal yang kami dapat.

3

Ni namanya NASI GORENG HADYAI..Nasik goreng ni pun sedap(atau sebab masa ni kami lapar bangat??)..nasiknya macam Goreng ngan Lada dan Kicap..ada Seafood kat dalam..Aida order yang ni tapi Nikli duk envy tak sudah sebab dia suka nasik Goreng ni..hahaha..tak dapek lah bro since dia makan nasik putih.

6

Yana punya second meal-NASI LEMAK AYAM..pun biasa biasa jer yang ni..rasanya macam nasik lemak lah.nothing spevcial about it.yang jadik specialnya sebab Yana makan Nasik lemak ni setelah menghabiskan Laksa..hebat dia kali ni.walaupun kurus melidi tapi makan tetap dua meal.:)

5

Aku,Ziana dan Nikli makan Nasik Putih berlauk..duk Order TOMYAM SEAFOOD..tak sedap lah Tomyam ni..Ceroi dan cair..rasa biasa jer..aku impikan Tomyam yang gah sebab Bangkok kan terkenal dengan kelazatan Tomyam..tapi maybe sebab ni kedai pun namanya Malaysian authentic Restaurant..so cara masakan pun Malaysia marii lah.

7

Tapi DAGING MASAK MERAH ni sedap..dua kali datang sini dua kali order daging ni.aku suka sebab daging nya slice nipis nipis dan lembut..pekena ngan nasik putih panas memang layan..Ziana n Nikli pun suka Daging ni.

8

Lauk lain yang di order ialah KANGKUNG GORENG BELACAN dan jugak lauk wajib,TELUR DADAR BAWANG..so kami pun duk makan lah sambil berborak borak ringan..sebab masing masing dah tak berapa nak larat..overall makanan kat sini takder lah superb sangat tapi ok lah.capai standard yang kita nak..

9

Sambil kitorang makan tadi Owner kedai ada datang duk bersembang..kitorang pun tanyalah macam macam..mamat tuh orang Malaysia,bukak kedai kat Bangkok ni dah berapa tahun aku tak ingat..Join Venture ngan Makcik dia..Alhamdulillah bangga aku tengok anak melayu kita boleh berjaya sampai ke luar negara macam ni..:)

10

160/9 (27) ITF Building
G.FloorSilom Narathiwat Soi 1
Bangkok 10500

Restaurant:+6626342839, Mobile:+66892048664
11am to 11pm Daily Accepts Friday Close

Atas ni alamat restoran in case korang nak datang ke Bangkok lain kali..datang lah kedai ni untuk makanan Halal..directionnya senang jer.pekerjanya pun friendly dan boleh bercakap bahasa melayu.so takder language barrier di situ.

11

Gambar last ni kami bergambar dengan Owner Restaurant,Fahmi Sabri namanya..Orang Kuat this Restaurant..katanya ada bukak cawangan di Damansara pulak..apa apa pun selamat maju jaya.yang penting kami dah kenyang terus balik ke Hotel Take a Nap dan masing masing berehat sebelum meulakan aktiviti di malam hari pula..

to be continued..

*sedar tak sedar lagi seminggu nak masuk RAMADHAN..rabu depan jer..sudahkan anda bersedia menyambut Ramadhan al-Mubarak?? Bulan puasa nanti jangan marah kat aku kalau entry-entry di Blog ni bisa menggugat iman di saat perut tengah kosong..:p

14 comments:

Eyriqazz said...

wah,bestnya..jealous2..teringin nak pergi bangkok tapi blom ada rezeki lagi

rasp said...

mcm pernah nampak restoran ni kat kl laaa ...
kat damansara ek ...
tapi tu laaa sib baik dah tau hala tuju bila dah lapaq ...
kalo dak meraba gak laaa kat sana ...

Cik Wanie said...

makan makan makan,
itulah beberapa entri yg terpancar di blog ini,
adakalanya membuatklan diriku terliur,
wakakakaka.....

insya-ALLAH,
saya sudah bersedia utk menyambut ramadhan,
mudah2an,
amin...

Ziana said...

daging merah dia sedap..!!

1 more thing..
presentation dia x failed lgsung..
mmg menariks...!!
x kedekut 'hiasan'..
Likes..!!
:)

mcm mane nk tgk blog nih bln pose nnt..?
dok publish gambaq mkn ja..
cobaan :)

x saba nk Ramadhan :)

sepul said...

wah hensemnya muka owner restaurant itu

@xiM said...

EYRIQAZZ,

pi la Bangkok naik Train..alah,tak best sangat pun kat sana.standard KL jer..:)

@xiM said...

RASP,

hari first kitorang dah try makan kat sini..Kt Ampag kalau tak silap ada kedai nama sama logo sama tapi bila tanya owner ni dia kata tu bukan branch diorang..

@xiM said...

CIK WANIE,

entri makan makan seronok untuk dibuat berulang kali..:)

Insya Allah..saya pun sudah bersedia..ameen.

@xiM said...

ZIANA,

macam tahun lepas jugak lah..
Blog ni tetap akan meriah dengan gambar makanan walaupun Ramadhan menjelma..:)

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

tang mana yang hensem tu ekk??cuba mai habaq sikit..

Leez said...

uols tak pi makan kat Mak Yah restoran ke? Org Msia kalau pi bangkok memang singgah makan di sini...tomyam tersedap di dunia!!!!

Beruang Madu said...

Ok tak tahu nak komen apa, semua Azim dah komen tapi kangkung goreng belacan ialah menu wajib ABg Bear... tu febret tu... nanti abang ke sana abang jumpa itu Fahmi yek...

Cik Wanie said...

rasa2,
bulan puasa nanti ,
kita ada masa x utk berbuka puasa bersama-sama,
beramai-ramai???
mesti best kan:)

Anonymous said...

jkgdsakhdg penis enlargement pills, TChPCOG, [url=http://www.male-sexual.com/]Penis Enlargement[/url] falsfhlashlf

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails