Followers

Tuesday, September 27, 2011

FAMILY IN PENANG : PASAR CHOWRASTA & PADANG KOTA LAMA

Sambungan entri sebelum ini..

Daripada rumah Kak lela kitorang straight away balik ke Penang..kali ni diorang nak berjalan jalan dalam area Pulau Pinang pulak..Shuk nak ke Pasar Chowrasta nak cari jeruk untuk dibawa Pulang..ada orang Kirim katanya..Traffik agak baik.tak jem pun atas bridge so perjalanan adalah lancar.Alhamdulillah.Tapi sebelum sampai Chowrasta singgah di Perangin Mall dulu sebab nak cari Pampers dan Susu Adam syahmi.

10 SEPTEMBER 2011

Sampai Chowrasta selepas asar..sempat singgah solat asar di Masjid kapitan Keling dulu..area Chowrasta ni area Chinese sebenarnya..Hope dapat jumpa Orang Islam yang meniaga Jeruk..

Adam Syahmi yang dah tertidur sebab kepenatan..

Nak masuk dalam Chowrasta semua peniaga Cina sahaja..aku pun terlupa pasal ni.so cari lah kedai jeruk yang boleh dipercayai ..kat luar tepi Chowrasta Market ni ada Nasir jeruk..nampak macam boleh dipercayai so singgah lah untuk beli jeruk di sini..

jeruk naser

Kami terjumpa kedai sebelah nasir tu,ada mamak jual..Islam Semestinya.so beli kat sini jer lah..aku terlupa lansung pasal Jeruk Pak Ali di Medan Suri sg.Nibong.Kat situ status kehalalan Jeruknya adalah di yakini dan air jeruknya pun bukan ada kesan batuk batuk..siap boleh buat jus lagik.lain kali kalau ada orang datang Penang nak beli Jeruk aku akan bawak pi beli di sg.Nibong jeruk Pak Ali.

Yang best bila beli Jeruk boleh Test makan skali..Jeruk kat sini pun sama jer,ada kesan batuk batuk jugak..Air jeruk tu dari Kilang mana ntah..kalau nak halusi satu satu banyak mender lah tak boleh nak makan dalam kedaan dunia hari ini..Shuk beli Jeruk dan buah pala serta minyak buah pala..nak bagi kat orang bila balik kampung nanti..

Di jalan Chowrasta ni ada orang jual Buah Berangan dan juga Cendol..sedap nampak Cendol tu so beli dulu sebab kejap lagi nak berkelah di Padang Kota pulak.Ayah tunggu dalam kereta dah lama tu..tak bawak pulak kerusi Rida ayah kalau tak boleh bawak ayah jalan jalan sekali..

Bergambar with Adam Syahmi tepi peniaga Cendol Chowrasta Road.

Dari Chowrasta Road kami bergerak pula ke Padang Kota Lama..Ayah teringin nak makan pasembur dan Char Kueytiow..tak jauh dah dari Chowrasta ni nak ke Padng Kota.aku semakin terer sekarang bab bab jalan di Penang..Insya Allah tak sesat dah..kalau dulu merangkak jugak nak cari jalan..tapi searang Insya Allah kalau kawan kawan datang bertandang aku boleh jadi penunjuk jalan.

Hujung minggu nak cari Parking memang lah susah so Shuk dropkan aku dulu di Medan Renong tempat makan di Padang Kota ni sementara dia pi cari port untuk kitorang makan kejap lagi..aku ke Pasembur Ghani untuk beli Pasembur lah..Ghani ni tak pedas sangat tu yang aku suka beli di sini..tapi kena mintak siap siap RM10..supaya tak kena cekik darah nanti..ambik sendiri kalu mau cecah sampai RM30 satu pinggan..ishh ishhh ishhh..

aku beli juga sotong kangkung dan Kerang Bakar serta Char Kuey Tiow..beli sikit sikit jer sebab kami berlima makan nak banyak mana sangat..kang membazir pulak..

suasana di Tepi Padang Kota..susur Padang Kota

Jauh jugak shuk Parking..depan Padang yang luas tu..jauh jugak nak menapak..

Pasembur,Rojak Buah,Kerang Bakar dan Char Kuey Tiow

Alhamdulillah Kenyang..Syukur dengan Rejeki dari Allah..

Rojak Buah beli tadi tu dekat Lori Rojak menjerit ni.

Selesai makan bawak Adam Syahmi berjalan jalan dalam Padang Kota lama ni..Hari dah beransur maghrib..kami segera pulang ke seberang dan sempat lah aku bersolat maghrib di Balai Islam kawasan Perumahan..malam tu tak makan apa dah..quite kenyang..Time malam Shuk pasang Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2..Mak pun suka cerita tu..Kisah macam mana pemuda dari Cairo dalam usahanya untuk mencari Jodoh..tengok cerita tu buat aku berfikir banyak mender..Insya Allah,dengan Izin dari Nya Jodoh aku sudah ada di luar sana..Cuma tak tahu lagi siapa gerangan orangnya..Ketentuan Tuhan,walau seluruh isi alam menentang pasti akan berlaku Jua.Have Faith.Insya Allah.

*To be continued..

4 comments:

far_east said...

baru jer balik dari jalan2 di penang..ada ker jeruk islam..adoii aritu tgk semua peniaga china jer...was was jugak nak bli.

Nieda said...

Salam azim, sejak balik umrah dah berubah.

Alhamdullillah.

Siti Noor Farhana Hanie said...

Assalamualaikum Encik Azim.
Saya Siti Noor Farhana Hanie(Hanie) anak kepada Puan Siti dari Nasir Jeruk dan juga kini menjaga kedai yang encik sekeluaga pergi hari tu.
Maaf, tapi saya perlu buat sedikit pembetulan pada blog post awak.

"Tapi bila masuk peniaga nya juga Orang China..adakah mereka menggunakan lambang Allah Muhammad dan nama nasir tu untuk menarik pembeli Islam mai?Wallahualam.Tengok macam tu memang lah mak tak approved.kena beli kat kedai lain..Ingat,Makanan Menempa hati..Pesan Mak."

Ya Allah, terkejut kami masa kenalan kami baca dan beritahu tentang blog Encik Azim. Nasir tu nama bapak saya dan orang cina yang awak sangkakan tu mungkin ibu saya kerana ibu saya ada campuran siam kedah. Kami melayu dan semestinya islam. Kami dari pihak Nasir Jeruk berasa kecil hati kerana encik sekeluarga tidak bertanyakan dahulu hal tersebut dan sangat berharap agar encik perbetulkan statement tersebut kembali kerana secara tidak langsung akan membuat orang lain yang membaca salah sangka. Jangan risau, semua yang kami jual di Nasir Jeruk adalah halal. Produk kami semuanya halal. Kami berharap pada waktu lain atau tidak kira dimana jua, agar encik bertanyakan dahulu sebelum membuat apa apa sangkaan atau kenyataan jika tidak pasti.
Saya minta maaf jika ada apa apa yang saya salah cakap, tapi cuma kami perlu terangkan hal sebenar. Kami harap encik sekeluarga faham.
Kami berniaga untuk jangka masa panjang, kami tahu apa yang patut dan tidak patut lakukan.
Pada waktu lain, kalau datang penang lagi, kami harap encik sekeluarga datang kembali, rasa, dan nilai kembali.

Ini number saya Hanie; 011-14419041
dan ibu saya, Puan Siti Norhana; 019-4789632

Jika ada apa apa pertanyaan, boleh telefon. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails