Followers

Tuesday, June 26, 2012

UBAT & AIR BATU

Masuk opis dua hari ni, semua orang duk tanya aku apasal jalan terensot ensot..macam orang cacat dah..aku just jawab sebab berlari..tapi bila dah ramai yang tanya aku jawab je lah lari 42 KM. terus diorang memberikan pandangan macam tak percaya.haha..tak kisah lah..percaya atau tidak i did it anyway..:)


Serabut sangat meja aku sekarang ni..macam macam lah..tak terurus..so time lunch tadi sempat lah aku kemas segala barang narang atas meja..baru mood nak buat kerja tu datang  balik..


Bila dah sakit sakit bdan dan sakit kaki akibat berlari hujung SCKLM ni baru lah aku tergerak hati nak beli semua ubatan ni..kalau tak sebelum ni just harap yang free jer lah dari goodie bag yang ada..penting semua ubat ni simpan buat stok kat rumah.senang kalau jadi apa apa sakit kepala ker sakit dada ke sakit kaki jer ada lah pereda kesakitan sementara..kalau bab sapu luaran ni aku ok lagi. yang payah kalau nak telan telan panadol. Tu memang makan masa lah sebelum aku betul betul makan. Cuma kalau antibiotik aku akan habiskan sebab doktor kata kalau tak abis next time kena tambah dos.


Ada member yang sama sama berlari sarankan rendam kaki dalam ais untuk kelegaan yang cepat..so aku try lah buat kali pertama..memang ngilu abis kaki aku letak dalam ais..tapi rasa sangat selesa after that..sebab ais ni boleh redakan bengkak..aku rasa kaki aku takde lah bengkak pun..cuma tapak kaki tu sakit kalau nak berjalan..maybe sebab hentakan lama sangat..apa apa pun memang selesa lah..Thanks arman for the tips!!ada tips menarik lagi nanti kongsi lah ya!

1 comment:

nurul huda said...

sy pernah guna perskindol, alhamdulillah..berkesan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails