Followers

Tuesday, September 25, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN TASIK INDAH SHAH ALAM

Hari ini sudah mula kembali bekerja.

Hujung minggu yang baru saja berlalu berakhir dengan tragedi kemalangan. Siapa yang sangka, hanya Allah yang mengetahui..Apa yang berlaku mudah-mudahan memberi pengajaran kepada semua..sudah tertulis takdirnya begitu..Moga-moga Allah akan terus melindungi kami sekeluarga dari bala bencana..


Petang semalam setelah abang Shuk selesai dengan urusannya, Kami bergerak ke Shah Alam. kenapa ya kena pergi shah alam? susah jugak aku nak terangkan sebenarnya. Tujuannya sebab wife abang shuk ada di Shah Alam, dan hari ni diorang akan pulang ke Temerloh. Kereta Abang Shuk dah masuk workshop di Mentakab..so nanti aku akan balik ke Penang, Abang Shuk dan wifenya serta mak akan pulang ke Temerloh.Abaikan jer kalau korang tak paham sebab ni just for my record.hehe..My point here is we going to Shah Alam.


Kami menuju ke Restoran Tasik Indah Shah Alam


Restoran Tasik Indah
Address: Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5510-8388


Plannya memang nak makan-makan dulu di sini sebelum berpisah..Kitorang sampai dekat pukul 5pm, which is ngam-ngam dengan waktu operasi this restaurant.Buka pada jam 5pm..Ni kali kedua aku menjejakkan kaki di Restoran ni..First time dulu masa zaman belajar di Uitm Shah Alam..6 years ago..This Restaurant under Aman Syukur Sdn. Bhd..so jangan korang risau sebab ni Restoran milik orang melayu. Bukan restoran Seafood China punya.


Kami berempat sahaja yang ada kali ini..Kak Tie, aku, Abang Shuk dan mak..Mak sekarang macam ni lah. Alhamdulillah sihat sejahtera..Duk follow up appointment dia dengan doktor di Kuantan Medical Center..Bila anak anak ada di sisi nampak sihat dan bertenaga lah mak..sebab tu nak kena selalu balik jenguk mak di kampung..setelah arwah ayah dah tiada ni..


China Tea dan Kacang sementara menunggu makanan siap di masak


Topik perbincangan basically pasal hal ehwal keluarga..bincang pasal tragedi kemalangan semalam dan juga bincang pasal hal masa arwah ayah ada..seakan baru semalam ayah pergi meninggalkan kami..sekarang dah nak masuk bulan Oktober..5 bulan berlalu sekelip mata sahaja..Alhamdulillah Allah berikan kekuatan pada kami sekeluarga untuk mengharungi dugaan yang muncul dengan sabar dan tabah.


pemandangan taman tasik shah alam


waktu dah dekat jam 6pm..


Meal pembuka selera : SHARK FIN SOUP WITH CRAB MEAT..sedap soup ni..memang sesuai sangat jadi appertizer..


Makan shark fin soup dengan cili jeruk.yummeh!


semangkuk kecil nasi putih


Broccoli with mushroom and scallop


Ikan Jenahak stim limau yang mantap!!


Ketam Telur Masin. yang ni sedap..boleh celen Pak Ya!


Sotong Goreng tepung cicah sos hijau


Main Meal of the day : Lobster Masak Pedas..


Mari menjamu selera..Bismillah..


Lobster yang tewas


Kenyang sangat makan macam ni 4 orang..Macam terlebih order pun ya. tapi memang puas hati lah meratah ketam telur masin dan Lobster tu..Jenahak Stim Limau tu pun memang sedap..masa dah habis makan Tokey kedai bagi complementary Aiskrim Cokelat yang sedap!!thanks!!


Another episod makan makan with my family


Jom kita balik..Thanks abang Shuk for the treat..maklum lah baru gaji kan.hehe..apa apa pun moga abang di murahkan rezeki..lepas ni giliran saya pulak belanja makan ya..Pilih la mana restoran yang best best nanti kita bawak mak lagi.


Dari Restoran Tasik Indah kami menuju ke Crystal Height


Berjumpa dulu dengan Mak Mertua dan Kak Feeza..Adam Syahmi pun ada skali..singgah solat sebentar..sebelum aku memulakan perjalanan pulang ke Penang..Terima kasih kalian sudi jemput datang rumah..lama tak jumpa ngan Adam..makin galak dan lincah.


Adam bagi kiss goodbye kat Pok Jim


Dari Crystal Height ni kami berpisah..Mereka akan pulang ke Temerloh malam ni juga dan aku akan pulang ke Penang..Alhamdulillah hujung minggu ni dapat berjumpa mak lagi dan adik beradik yang lain..semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga..Ada masa aku story kisah melawat Taman rekreasi dan Zoo Kemaman. Janagn men men Kemaman pun ada Zoo ok..hehe

Sekian.

Wabillahitaufikwalhidayah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails