Followers

Monday, July 9, 2012

NTV7 FEEL GOOD RUN 7 KM @ SRI PENTAS TV3, BANDAR UTAMA DAMANSARA

Back in Penang again. Kerja.

Semalam bertolak dari  KL jam 6.30pm..sampai Penang dekat pukul 12am..berhenti tidur kat hentian rehat Gunung Semanggol. Aktiviti semalam?? menyertai NTV7 Feel Good Run di Sri Pentas TV3 Bandar Utama, Damansara..berlari 7 KM sahaja..ala ala Fun Run lah ni..yeap.It was fun anyway.


Starting point di Sri pentas TV3


Ramai orang membanjiri di starting line


me with Zarul #gengkakilari. Member lain ramai tak join. Ada yang join Motor Hunt


The run start at 7.30 am for 7 KM, and 7.45 am for 3 KM Category


The first 1 KM ok lagi. tetiba ada bukit pulak kat sini..Bukit Utama kalau aku tak silap.Boleh tahan jugak lah nak berlari atas bukit ni..so berhenti lah kejap ambik ambik gambar..nampak Zarul ngan Edi sekali ada kat sini..so we decide untuk berlari sama sama sampai ke Finishing line..


Zarul & Edi (#Gengkakilari)


Try to snap while running. and hasilnya : Blur!!


Ada 3 stesen air..singgah kat  stessen air ketiga sahaja..


Masa nak sampai ada pom pom girl!!


sampai lebih kurang 45 minit for 7KM..Ok lah.just maintain pace 6.15min/km


at the finishing line..Medal dan sijil ambik terus


yeah. it was fun fun fun!!i feel Good!!


siap ada Burger King sponsor Beger lagi


Jom makan Burger!!bakar 500 kalori. Tetiba masuk lebih dari 500kcal.so how???


Goodies Bag collection


Terjumpa encik zul dan family


Arman satu family datang!!syoknya bawak family join event macam ni!!


me with PACAT Adventure Team!!


Alhamdulillah cuaca agak baik pagi ni


Meet up with another #gengkakilari members!! nice to meet you aidid, hana roslani and sazana ayob!!lets training together someday ya! diorang duk kat Booth artis..Celebrity run 3 KM..tapi aku perasan yang ntv7 memang ramai artis cina..yang melayu tak ramai yang join. Vanida Imran dan rashidi ishak ada aku nampak.


#gengkakilari #ntv7fgr #funrun7km


zarul ajak mamat ni join #gengkakilari..Lets join us Blair Dally!!


Banyak superhero dikesan!!


Another medal for my collection..lawa jugak medal ni..kaler emas..next year boleh la join lagi..banyak sponsor aku tengok event ni.Maklumlah stesen tv yang organize..abis run tak stay lama sangat pun kat sini..terus ke Restoran Mosin Taman Tun lepak minum kejap ngan zarul, edi ngan Botak..ada umur kita jumpa lagi dalam event akan datang ya!

*Overall,weekendku yang padat dengan aktiviti telah berlalu..Minggu ni bizi kerja pulak..by the way, Tahniah to Faiz buer punya team Motor Hunt sebab dapat jadi Juara..terer ah team seligi!!bravo!

Friday, July 6, 2012

BERTEMU DAN BERPISAH KITA BIARLAH KERANA ALLAH S.W.T

Selesai solat jumaat..

Solat jumaat di Masjid Meraga Beris. Aku tanya abang jalee kenapa tak solat jjumaat di Masjid Kemasek. Dia kata sebab kat situ banyak kenangan ngan arwah ayah..Ayah merupakan pengerusi masjid Jamek Kemasek..hmmmm..aku tak kisah.. sembahyang di mana mana pun sama sahaja..Dari masjid meraga beris aku ajak abang jalee lawat ayah dulu..


Ayah di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Pekan Kemasek.. Terima kasih mak sebab decide untuk kebumikan ayah di sini..sangat dekat dengan rumah..Kalau balik kemasek boleh la lawat ayah sekali.Segalanya kelihatan baru semalam terjadi walaupun dah dua bulan berlalu pergi..Tanah kubur pun masih merah lagi..Tenang lah ayah di alam sana bersemadi.


Bacakan yassin dan tahlil untuk arwah ayah.Ayah,petang ini saya akan bergerak ke KL sebab malam ini ada majlis makan malam untuk MSOSH AWARD di Hotel Istana Jalan Raja Chulan..Kena berada di sana pada jam 8pm..Ayah jaga diri baik baik di sana..kami sekeluarga Alhamdulillah sejahtera. semuanya baik baik sahaja..Senang senang nanti saya datang lawat ayah lagi ya..i dont know how to say this, but deep inside me i always feel like he always watching us..


Usai urusan dengan ayah, aku dan abang jalee pulang ke rumah. Bahagianya makan tengahari sudah tersedia..


Terima kasih mak,kak Ija dan Kak La sebab sediakan makan tengahari..aku request nak makan Ayam masak lemak cili padi..Alhamdulillah hajat tercapai. cuma kurang pedas sikit sebab cili padi kurang..tapi kuah tu adalah sangat mantap!pekat dan berlemak..yummehh! sulam pulak dengan ulaman serta telur masin..Makan berjemaah itu indah!


Qayyum yang tengah tidur dengan enaknya


Dua beradik yang comel : Qayyum & Qiadah


And now tiba lah saat untuk berpisah i always hate this part. tapi nak buat macam mana. adat kehidupan. Kita akan dipertemukan dan kita akan berpisah juga suatu masa nanti..paling tidak pun akan berpisah dengan kematian..seperti yang telah berlaku dalam keluarga kami apabila ayah pergi..Terima kasih mak atas Minggu ini. Aku hargai segalanya..semua sarapan yang mak buat, makan malam yang mak sediakan, semua nasihat dan panduan berguna, serta kata kata semangat yang tak pernah putus untuk aku harungi kehidupan, aku hargai semua itu..Terima kasih mak. Aku akan sayang mak sampai mati.


Qiadah dan Qayyum ni lah penyeri rumah di kemasek ni..Qiadah makin petah bercakap..Qayyum pulak dah hampir pandai merangkak..tak lama lagi kalau dia terer berjalan lagi penat lah kak la nak hambat dua budak kecik ni..at least dua anak kecil ni bawa keceriaan dalam rumah..tak lah sunyi sangat.


Selamat tinggal semua..Nanti aku kembali lagi jika di izinkan Allah..


Dalam pukul 4pm baru bertolak ke Kuala Lumpur..terpaksa bergegas sebab ada Company dinner malam nanti di Hotel Istaan Jalan Raja Chulan..Hopefully i can manage to arrived on time..Selamat tinggal mak, Kak Ija, Abang Jalee, Kak La, Faiz, Qiadah dan Qayyum..!ada umur kita berjumpa lagi..nanti bulan Ramadhan boleh la berbuka puasa sama-sama..Insya Allah.

*Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi kita SAW adalah contoh teladan yang baik untuk dijadikan contoh kepada ciri-ciri keluarga bahagia. Firman Allah SWT :

Maksudnya: "Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).

REKREASI PAGI DI PANTAI KEMASEK VS BEHOON GORENG

Pagi Jumaat yang Indah.

As usual bila balik kampung selera makan jadi bertambah secara luar biasa. Masakan mak memang tak pernah menghampakan. so i need to balance this with some exercise. Plan pagi ni ialah berlari 5 KM lagi keliling kampung sampai lah ke Pantai Kemasek..sampai kat Pantai Kemasek baru rasa nak snap gambar. Audit dah berakhir semalam. Jumaat cuti di Terengganu. so jom kita layan gambar di Pantai Kemasek.

enjoice!


Pantai depan rumah aku. jalan kaki 5 minit jer sampai


Pantai Kemasek, Rest, relax and recreation


Aku rasa Pantai kemasek ni dah cantik dah diorang buat sebagai satu tempat rekreasi tapi aku tak paham kenapa macam tak ramai orang yang singgah. agaknya kalau bas berhenti kat sini baru tempat ni akan meriah kot..sayang jer tempat dah cantik tapi tak hidup..


Menghayati keindahan Pantai Ciptaan Tuhan


Ombak Kuat besar Jugak. Dilarang mandi manda yer takut lemas.


Ni bunga seri pagi ker??confuse jap..
 

Then lepas dah sejuk badan jalan kaki lah balik ke rumah..lintas jalan then sampai ke rumah..sampai Rumah quite snyap jer..Rupanya lepas subuh tadi semua bantai tidor balik..semalam tidur lewat lepas balik dari kuliyyah agama Che Ngoh di Kijal. Tu semua keletihan tu. Kak Ija pulak duk pulun basuh pinggan kemas dapur sampai jam 3 pagi..Mak lah jadi peneman setia. Aku tak larat nak tunggu dah tidur dalam jam 1 am macam tu..


Yang penting pagi ni mak buat Beehon Goreng. Alhamdulillah dapat sarapan pagi sama sama lagik..Hari ni dah jumaat dan aku akan ke Kuala Lumpur pula petang nanti..begitu pantas sangat masa berlalu..sedar tak sedar seminggu berlalu pergi macam tu jer. Memang tanda akhir zaman lah. Waktu manjadi sangat singkat..

*to be continued

Thursday, July 5, 2012

YASSIN VS MAJLIS ILMU : SAMA-SAMA KITA SALING INGAT MEMPERINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN

Malam ni malam Jumaat.

Tadi petang lepas ambik Kak Ija di Binjai terus balik rumah bukka Pose sama sam angan Mak dan ahli keluarga yang ada..Makan nasik ngan Ikan singgang + Budu Durian dan ulaman. Memang makan nasik bertambah la lauk macam ni.. Mak pun tak teriman jugak ambik jugak lah Budu depan mata..Then solat maghrib dan menunggu isyak..


Sementara menunggu isyak kitorang baca Yassin sama sama sedekahkan buat arwah ayah..Semoga arwah ayah akan sentiasa tenang di sana berkat doa mak dan doa anak anak..selesai bacaan yassin dan berzikir, solat isyak berjemaah dan bersiap untuk ke kuliyyah agama di Kijal. Che Ngoh ada mengajar malam ni.

 
Che Ngoh dan Cikgu Mie sebagai tenaga Pengajar di sini


Yaya pun ikut skali. Abang Jalee bawak satu family datang


Ramai yang datang belajar Kitab Hikam


Kitab hikam topik 87: hakikat perjalanan ekspress yang terpuji. Topik ini membincangkan perjalanan hidup manusia menuju ke akhirat..manusia yang hatinya terpaut rapat dgn dunia akn merasakan perjalanan menuju akhirat adalah sangat jauh sedangkan manusia yang hatinya dekat pada Allah akan merasakan dunia akhirat itu tersangatlah hampir dan semakin akan mendekatkan diri dengan Allah..kita di golongan yang mana??renungkan lah..semoga kita berada dalam golongan yang sentiasa cuba untuk mendekatkn diri dgn Allah


Selesai Kelas ada jamuan Ringan..ada ketupat Palas Cicah sambal, Karipap Goreng dan air kopi. Alhamdulillah rezeki. Aku berasa tenang. sungguh aku berasa tenang dan seronok bila berada di dalam majlis ilmu macam ni. sebab aku akan berdampingan dengan Golongan yang berkehendakkan ilmu dan cuba mendekatkan diri dengan Allah. Banyak Khilaf yang aku lakukan selama ini ya Allah. semoga Allah akan ampunkan dosa dosaku..Dan semoga Allah beri pertolongan untuk aku menjauhi perbuatan mungkar..Seseungguhnya aku amat lemah dan dhaif, dan sentiasa perlu harap pada pertolongan mu ya Allah..Kuatkan lah imanku..Ameen ya rabbal alamin..

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Az-zumar 39 :53)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails