Followers

Saturday, December 17, 2011

DINNER DI RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER

Hujung minggu kembali lagi.

Pagi tadi aku sempat servis kereta dulu sebelum ke KL.Absorber dah bocor kena ganti baru..servis keter macam ni pun RM500++ habis.aduhai..takder pihan kena lah buat juga.ok sambung balik topik asal.actually sekarang aku berada di KL sebab esok pagi ada event berlari MALAKOFF RUN 2011 di Bukit Kiara Equestrian Club.12 km kali ini.Bas aku dari Butterworth ke Kuala Lumpur pukul 3.30 pm tapi delayed sampai 4.30 pm ada accident atas highway so jalan tutup mengakibatkan bas lambat.takpe.aku sabar..sampai KL dekat pukul 10 malam.


Kak Tie dan Yana datang ambik aku di LRT Cempaka.Memang tak dinner lagi so agak kelaparan.sebut nak dinner kat mana terus aku teringat Restoran Pakya.entah lah.dah macam suka this Restaurant.so kami berempat gerak menuju ke Restoran Pakya..kenapa empat?oh lupa Bozzo pun ada sekali.


so apa kita nak makan ya??


Kak tie dan Bozzo.yana pun ada skali.


order Tea O panas..takder gula.Chinese style


Bozzo order Nasi Udang Kung Pow.maksud Kung Pow tu masak ngan Kicap dan Cili Kering..Bozzo kata boleh tahan rasanya tapi agakk masinnn!


Daging masak cili.pun masin!!kalau kurang masin mesti lagi lazat.


Nasi Goreng Yong Chow..pernah order sekali aritu masa makan ngan Kak Leez dan azuan..nasi goreng ni Chinese style dan ada macam daging cincang cincang kat dalamnya.ada 3 ekor udang jugak.Rasanya sedap.Order sepinggan jer makan kongsi kongsi.


As Usual Ketam Nipah masak telur masin ni pun mesti ada..masa aku post pasal Ketam nipah ni di Facebook timbul perbincangan hangat pasal adakah Ketam Nipah ni halal dimakan atau tidak.hasil dari pembacaan aku Ketam Nipah ni HALAL di makan.yang tak boleh ialah Ketam Batu sebab ia Hidup dua alam.Ketam nipah ni kalau duk atas darat lana lama akan mati.untuk keterangan lanjut boleh la rujuk pada link ni : http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=94217

 
Lepas ni kena puasa dari datang kedai Pak Ya 3 bulan..hehe.dah agak boring juga lah mengadap ketam telur masin ni.memang sedap tapi kalau datang lagi kita try menu lain pula lah macam Ketam Black Pepper atau Ketam masak pedas..Ketam Nipah ni memang best.Isi padat dan tebal nak nak tang sepitnya..memang seronok nak kupil isinya..Thanks korang bawak aku makan kat sini.Lepas makan tadi terus balik ke Rumah kak Tie dan siap siap untuk tidur lah pulak esok nak berlari 12 KM so memang memerlukan Rehat yang cukup..Sekian dulu jalan jalan cari makan kita kali ini.

Selamat malam semua.Assalamualaikum.

3 comments:

MawardiYunus said...

makanan chinese memang menyelerakan

Aila Fadhila said...

menu nmpk sedapppp sgt.. tp xde info kedai nya kat mana ek.. kat mana? kat mana? :)

Aila Fadhila said...

kat mana ni? hurmm xnak share ke? hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails