Followers

Saturday, December 31, 2011

GOODBYE 2011, HELLO 2012 !!

Hari terakhir dalam tahun 2011.

Sabtu yang cerah.pagi pagi aku dah bergerak dari Penang ke Kuala Lumpur.Untuk sambut tahun baru di KL? Bukan.aku ke KL sebab permulaan Tahun baru akan aku buka dengan larian NEWTON CHALLENGE 1 January 2012 di Bandar Kinrara Puchong..so memang aku memerlukan rehat lah malam ni..tak ada lah nak tengok bunga api apa semua tu.Rasa macam dah tak penting.


Kebetulan pula ayah berada di Hospital Kuala Lumpur juga hari ni untuk rawatan susulan.actually semalam diorang sampai,Abang Shuk yang bawa dari Kemaman..alat untuk cuci darah ayah (untuk orang yang ada masalah jantung) cuma ada di HKL..so thats da reason why ayah kena buat hemodialisis di KL juga..bagus lah,ramai sikit nurse yang ada boleh monitor close in case anything happened.Tadi aku pun dah ambik racekit di Bandar Kinrara (Thanks to Azuan for the ride!).and aku ada purchase jam yang boleh kira heart rate dan calories burned, sekali dengan racekit tu.


ni gambar terakhir aku di penghujung 2011..dalam LRT bersama Kak Tie on the way nak balik rumah dia dari HKL...Abang Shuk dah balik ke Temerloh sekejap ada hal..Esok pagi aku pula ada event so memerlukan rehat at least 5 jam kena tidur sebelum event.start berlari nanti pukul 5.30am.dalam pukul 4 dah kena pergi dah dari Ampang..Kak Tie join jugak this race tapi terpaksa cancel sebab esok dia akan balik ke Kemaman uruskan persekolahan anak di Kerteh.Next time ya kak Tie.banyak lagi event menanti.dont worry be happy.


Aku menghabiskan sisa 2011 di Hospital Kuala Lumpur bersama ayah,mak dan beberapa ahli keluarga yang lain.Senja 2011 berlabuh sepi,menanti terang sinar pagi 2012 terangi alam keesokan hari..Terima kasih 2011 atas segala kenangan dan kisah yang tercipta.Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna buat kita semua.Insya Allah.Kalau ada masa nanti aku akan buat satu entry imbasan 2011 khas untuk pembaca AXIMUD.

Insya Allah.

*Selamat menyambut Tahun baru 2012 kepada semua.moga azam 2011 tercapai dan kalau tak tercapai kita carry forward lagi in this new year eve..Life is a journey,not a destination.Semoga 2011 yang berlalu mematangkan kita dari semua aspek kehidupan.

1 comment:

whitelighter said...

May 2012 be your best year yet.. and semoga ayah cepat sembuh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails