Followers

Saturday, April 21, 2012

TRIP KOTA KINABALU APRIL 2012 PART 1 : THE ARRIVAL & LUNCH @ NASI PADANG IBU, JESSELTON POINT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di kesempatan yang ada aku nak share story pasal trip ke Kota Kinabalu weekend kali ini..(21 - 24 April 2012 ).This trip ialah trip untuk mendaki Gunung Kinabalu.Dah plan this trip since Disember 2011 dan Alhamdulillah ianya bakal menjadi kenyataan nanti..Pagi tadi aku sampai dari Penang naik bas ke Puduraya, Then Kak Tie ambik aku di Pudu sentral..Kami ke HKL dulu untuk sarapan pagi bersama sama mak dan ayah.(ayah dan mak masih di HKL.Tuhan saja yang tahu bila ayah akan dibenarkan keluar dari HKL.


Dari HKL pukul 7.45 am, aku dan Kak Tie drive sampai ke Putrajaya ambik Yana dan ayah dia..aku akan tinggalkan kereta dengan yana sementara berada di Kota Kinabalu..dari Putrajaya terus menuju ke LCCT, dan Alhamdulillah selamat sampai LCCT sebelum jam 9am..Thanks Yana!!Flight kami jam 9.30 am..dah siap check in dulu..tapi boleh lewat sket sebab tak ada checked in bag pun.Masuk je tempat berlepas orang dah beratur untuk ke Kota Kinabalu.yeap.another episode of 'on time' for me..:)


Kat tempat beratur baru terserempak dengan Fadhlul Hadi,,member kenal sebab cabaran i-Sihat kak leez last year..actualy dia lah yang jadi pencetus untuk aku naik Gunung Kinabalu ni.dia ajak aku and aku ajak Kak Tie.so here we are naik satu flight.Flight asal hadi pukul 1.30 pm tapi di reschedule awal..makanya naik lah kami satu flight..travel ada member ni best sket dari travel sorang sorang..


Dari Kuala Lumpur memakan masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Kota Kinabalu..duk dalam flight aku layan movie Wrong Turn 3..lepas layan movie tidor kejap..ok lah boleh layan movie so tak la bosan sangat..nak order makanan kenyang lagi makan nasi lemak kerang di HKL pagi tadi..minum air wajib - ice green tea Lipton.Seat aku ngan Kak Tie sebelah sebelah..ada a few seat kosong.tak lah penuh satu flight..



Akhirnya..kami sampai ke Kota Kinabalu dengan selamat..baru lagi aku datang KK bulan Februari yang lalu.and now i'm coming back..KK ni aku rasa akan dijadikan tempat untuk melawat secara tahunan lah..entah.memang aku suka datang KK.best..kali ni dah janji ngan Abang Bear untuk stay di rumah dia..Nasib baik abang bear available.dulu datang Bulan Februari dia takder..so tunggu lah abang bear ambik dan terus balik ke rumah dulu.


Abang Shah kerja pulak setengah hari..sampai rumah just lepak minum dan makan kkek sambil tengok TV sementara menanti abang shah balik..Abang Shah balik dalam jam 1.30pm then terus kami keluar untuk makan tengahari di NASI PADANG IBU , Jesselton Point..aku pernah makan nasi padang kat sini sekali last year..


Perut sudah lapar..jom kita makan.


Antara lauk pauk nasi padang..Pucuk Ubi tu aku suka..Order juga ayam Pop..Lauk wajib ialah sambal Hijau dan daging dendeng..Tempe tidak boleh di lupakan..abang bear tetiba telah menjadi Vegetarian sekarang.dia dalam proses menyahtoksik kan toksik dari badan..makan sayur je lah yek.hehee..


tudiaaa lauk pauk bersusun atas meja..meriah!!aku order air jus alpokat.jus avocado blended..minuman terkenal Indonesia..Makanan semua dah penuh atas meja apa lagi, terus makan lah..nikmat sangat dapat makan bila perut memang betul betul tengah kelaparan..sekarang aku takder dah pantang pantang ya.makan jer.janji workout pun kena sama naik..


Dalam sekelip mata. tetiba semua lauk pauk menjadi licin!!Dashyat!!


Happy face sebbab dah kenyang..Burp.lhamdulillah..

Overall rasa Nasi Padang di Restoran ni adalah sedap.Recommended ya kawan kawan sekelian..How to get here? Jesselton Point is located at the north end of the city.Kalau taw datang ke Jeeselton Point konpem leh jumpa restoran ni.


Ada Booth telepon kaler merah!


Cantik gambar ni..sapa ntah yang ambik..


Sempat singgah di sebuah kedai jual barang barang outdoor..aku nak cari Dry Bag dan Sarung tangan nipis..tengok ah jugak beberapa barangan lain..teringin nak beli beg kecik yang boleh isi air dalam beg keluar straw..so kalau nak minum sedut jer dari straw..sesuai lah kalau nak berlari Full Marathon nanti..Kalau ada rezeki nanti nak beli satu.Kak tie pun duk cari Headlamp..


Dari kawasan Jesselton Point ni kami terus balik ke Rumah..nak berehat dulu sementara keluar semula..ada event MSAM 2012 (Minggu Amanah Saham malaysia 2012) di kompleks Sukan Likas..so abang bear dan abang shah ajak kitorang join sekali..tapi balik ke rumah sekejap untuk solat dan berehat seketika..Thanks abang Bear fetch itorang kat Airport tadi dan kasi tumpang rumah!appreciate dat a lot!

*to be continued..

2 comments:

aShaBuLz said...

ni bukan makan. melantak. haha

::FAIZ:: said...

Assalamualaikum, seriously, saya suka sangat baca blog kamu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails