Followers

Saturday, April 21, 2012

TRIP KOTA KINABALU APRIL 2012 PART 2 : MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM 2012) @ KOMPLEKS SUKAN LIKAS

Kebetulan hari ni 21 April 2012

MSAM 2012 baru sahaja berlansung semalam, 20 April sehinggalah 28 April bertempat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas..Abang bear dan abang shah ajak kami bertiga ntuk attend this MSAM.memang kitorang tak ada plan lain pun so ikut je lah sekali ngan diorang join this event.


Pelaburan untuk 1 Malaysia kata mereka


Sebelum nak masuk kena daftar dulu..ada beberapa kaunter pendaftaran yang dibuka..nak daftar pun guna kad penegnaan..diorang akan scan kad pengenalan kemudian akkan diberi nombor siri dan sebuah buku.siap ada kuiz lagi dalam tu..Buku tu pulak kena dapatkan cop cop di setiap Booth dalam kawasan pameran.Gigih la kan kami nak pi cop satu satu sat lagi..


sama tapi tak serupa


yer saya tahu kalian sedia membantu kami!!


Ni lah buku yang nak kena cop..masa masuk dalam ni dah kena approach dah dengan seorang akak yang kerja dengan ASB..suruh bukak akaun pelaburan buku kaler Kuning..melabur guna KWSP..macam mana ntah aku tak sure..ingat mula mula nak buat jugak.then tetiba berubah fikiran..cukup lah satu jer akaun ASB yang aku ada..


Abang Shah dan abang bear terjumpa member dia yang menang treasure hunt Perodua


Kami berada di Booth Bank Negara.ada koleksi Duit duit lama yang berevolusi sampai lah duit zaman sekarang..ada satu buku semua Not duit kertas ada dan nombor siri sama dijual pada harga RM300..nilai wang kertas dalam 190 lebih macam tu..aku berminat tengok satu duit kertas kaler Kuning, belum dikeluarkan lagi buat masa sekarang.Not RM20.


Abang Shah pulak duk seronok main tangkap kertas dalam ruang berangin..dalam kertas ada lah hadiah yang di tawarkan..khas untuk pemegang kad kredit Maybank Sahaja..banyak juga yang abang shah dapat grab.cayalah!!


menukar hadiah yang dimenangi


Berehat sebentar bersama kit kat


Dah penat ronda separuh daripada Booth yang ada, kami berhenti di tempat makan pula..beli Pizza Hut dan Roti Garlic..kiranya ni macam carbo load lah ni sebelum kami naik Gunung Kinabalu esok.hehe.kalau bab bab Pizza mintak maaf lah.memang aku tak makan.Cheese is everywhere maaa!!


Meneruskan perjalanan ke Booth CCM..kat sini boleh pulak aku beli Suplemen multi vitamin dan juga Kalsium.maklum lah aku kurang sikit nak makan makanan diary,susu especially yang aku tak suka..Risau jugak dengan pertambahan usia Tulang makin mereput..so beli lah satu botol suplemen kalsium.try dulu tengok camana..


Haiwan yang dijumpa di pintu masuk Sime Darby punya Booth


ehhhh macam real siot gajah tu!!!


Ingat ya kawan kawan sekelian..SIME DARBY pun ada buat Jus Buah dan produk produk makanan lain seperti minyak masak alif dan barang makanan lain cap Alif..kalau ikut memang meluas pun skop Sime Darby kan..automotif pun dia ada..Nak tahu lagi lanjut kena interview Orang yang kerja ngan Sime Darby lah.anyone???


Abang Bear dengan kereta impiannya


Sakan makan Bubur Gabdum Alif depan Booth Sime Darby.abang Shah borong banyak jugak produk makanan Aliff..buat stok di rumah katanya..jus jambu batu nya campur nanas dan oren aku suka..so lah sedap!!


ehhhh kompeni sendiri pun ada okeh!!!terharu!!


Di hujung dewan sebelum pintu keluar, iaitu kawasan penghabisan pameran ada satu bilik komputer khas..bilik ni ialah untuk key in kan soalan Kuiz yang berjaya di jawab kat sini..soalan soalan Kuiz nya senang.kena alert dengan Booth booth yang pergi tadi semua jawapan ada kat situ..saja lah kami key in kan jawapan jugak mana tahu bertuah dapat hadiah utama..hadiah Utama Hilux kalau tak silap aku.hehee


bergantung harapan pada jawapan Abang Shah je lah..tapi ada satu soalan yang lain lain untuk semua orang..diorang nak jadikan tu sebagai pemutus seri lah kot.tambah pulaak kena buat slogan.haiyaaa.aku main hantam saja lah sogannya.janji kena siapkan slogan bawah 30 saat.


Dah habis round satu Kompleks Sukan Likas, kami pi redeem cenderamata dari MSAM 2012 kepada semua pengunjung..sayang jer payung dah habis..kami dapat lah satu paperbag isi ngan apa benda ntah.Boleh la kan dari tak ada benda lansung dapat..Gambar di atas merupakan contoh kegigihan yang berlaku demi nak dapatkan hadiah misteri.hehe


Terima kasih dan jumpa lagi!!kata robot sebelah aku tu


Masuk tadi cerah lagi..keluar keluar suasana dah gelap..siap Hujan pulak tuh..memang mengundang kelaparan lah..This is da very first time lah maknanya aku join MSAM macam ni..kat KL ada ekk?entah.aku tak alert.ni pun harap kebetulan saja..so dari Kompleks Sukan Likas ni Abang Shah akan bawak kitorang makan malam di Soon Li restaurant..Sotong bakar kat sini is da best!aku pernah rasa skali dulu masa datang ramai ramai on 2009..so kali ni boleh la Kak Tie dan Hadi pulak merasa..Jom kita pi dinner!!

*to be continued..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails