Followers

Sunday, April 22, 2012

TRIP KOTA KINABALU APRIL 2012 PART 5 : AND THE JOURNEY TO KINABALU PARK BEGIN!!

Selamat sampai di Kinabalu Park dan akan bermalam di Rock Hostel.Cuaca adalah sangat sejuk ya malam malam macam ni..ni baru di Kaki Gunung.esok masa panjat naik ke Laban Rata dan Puncak Gunung tak tahu lah macam mana pulak sejuknya kan..bertabah lah wahai ajim..jom aku nak share story pasal aktiviti hari ni lepas berjalan jalan di Pasar Pagi Gaya Street pagi tadik..


Our meeting point nya ialah di Borneo Backpackers Hostel..tempat ni belakang Gaya Street..dari gaya street jalan kaki jer dah sampai..Terima kasih bebanyak to bro Hamidy yang telah bersusah payah buat arrangement untuk kitorang.mulanya aku ingat dia join skali.rupanya dia tak join.so kami 12 orang ni pandai pandai sendiri je lah nanti..pengalaman Hiking pun kurang sebenarnya..main redah saja lah nanti..


Masa sampai di sini semua peserta dah ada..sempat lah berkenalan dengan semua orang..ada 12 orang kesemuanya, 8 perempuan dan hanya 4 lelaki.well,dunia akhir zaman.macam tu lah.kaum lelaki makin pupus.hehe..Tunggu punya tunggu punya tunggu dalam dekat pukul 1pm jugak baru dua buah van sampai untuk ambik kitorang menuju ke Kinabalu Park.


And now we are ready to move!!jommm!!


Dalam perjalanan kami sempat singgah di Jambatan Gantung Tamparuli dulu..Theres nothing special so much pun about this jambatan Gantung..it just a bridge yang tergantung.tu jer lah.hehe.aku pun tak reti nak eksplen lelebih.dah memang tu je lah pun pengertian jambatan Gantung ni.


Kami berjalan menyeberangi Jambatan Gantung ni menuju ke Pekan Tamparuli di sebalik jalan sana..agak jauh jugak.tapi ok lah boleh layan scenery yang ada..dulu tahun lepas aku ingat lagi masa buat water rafting di Sungai Kiulu..lau juga di Jambatan Tamparuli ni..tapi sebelum jambatan kena masuk ke Kanan untuk ke sungai Kiulu.


saya dan kakak saya di atas jambatan gantung tamparuli


sampai di Pekan Tamparuli dan kami meneruskan perjalanan..aku nak singgah kat satu toilet kat sini.skali boleh pulak Toilet Tutup..what to do terpaksa tahan sikit lah.dalam perjalanan mintak drebar van berhenti di stesen minyak untuk melunaskan hajat.phewwww legaaa..


ada dua van.satu van 6 orang.so luas lah kat dalam ni.


Perhentian seterusnya ialah di Pekan Nabalu..kalau cuaca elok dan tidak berawan sangat boleh nampak Puncak Gunung Kinabalu dari sini..tapi sayangnya cuaca adalah Hujan masa ni.so kabus tebal menyeliputi puncak Gunung Kinabalu..semoga masa mendaki esok Cuaca adalah baik baik saja..


Perut dah lapar masa ni sebenarnya..last makan masa sarapan pagi tadi tu lah..ada lah dua kedai makan yang aku perasan.tapi nak makan macam tak lalu..tengok anjing berkeliaran dan makanna yang ada pun sangat lah tak menyelerakan.beli jajan dan air jer lah bawak bekal makan dalam van.di Pekan Nabalu ni baru aku dan Kak Tie beli T-Shirt..tadi di Pasar Gaya tak mau beli kan..beli jer lah alang alang ada kesempatan ni..mana lah tahu nanti takut tak sempat nak beli.


Dari Pekan Nabalu terus kami ke Kinabalu park..sampai lebih kurang jam 4 petang..suasana adalah sejuk dan lembap..Hujan sepanjang jalan..first thing to do ialah checked in di Hostel dulu.kami akan bermalam di Rock Hostel.


ROCK HOSTEL OVERVIEW

Located at 1,585 metre above sea level, Kinabalu Park showcases a complete ecological system unrivalled anywhere else in the world.

Approximately 2 hours ride from Kota Kinabalu, the park covers an area of about 754 sq. km with altitude ranging from 600 metres up to the summit of Mount Kinabalu at 4,095.2 metres. Popular for its cool climate, the park promises to enchant visitors with its rich flora and fauna. It carried lowland, mountain and alpine vegetation on a scale that is not seen elsewhere between the Himalayas and the New Guinea.


Accommdation at Kinabalu Park ranges from the basic hostel set-up, to private chalets ideal for families and those seeking comfort.


Overall aku suka this Dormitory.sangat bersih..kami dapat satu bilik untuk empat Orang..sampai sini first thing aku buat ialah Caj Telefon dulu.tu yang paling penting.untuk terus berhubung dengan yang tersayang..Cuaca pun sejuk masa ni.maklum lah Hujan..


Tandas dan Bilik air yang disediakan pun adalah bersih..


FACILITES & SERVICES
  • Mountain Garden (9.00am, 12.00pm & 3.00pm) - subject to fee
  • Slide Show Presentation (2.00pm Daily & 7.30pm on Weekend & Public Holidays) - subject to fee
  • Guided Walk (11.00am Daily) - subject to fee
  • Firewood is provided for lodges with fireplace (first stack is provided without charge)
  • Item for Rental: DVD / VCD Player
  • Exhibition Centre
  • Souvenir Shop
  • Multi Purpose Hall
  • Nature Trails & Visitor's Certificate to World Heritage Site - subject to fee


Selesai urusan Checked in dan solat semuanya, kitorang terus keluar sebab diorang ajak jalan jalan.kena tambah RM10 seorang tapi ok lah since dapat lah keluar jalan jalan sekitar kawasan ni dari duduk di Hostel tak buat apa..Drebar bawak kami ke Poring Hot Spring..Tempat mata air panas.


Poring is known for its hot springs and the popular recreation and tourist complex is known as Poring Hot Springs. The springs are known for their therapeutic properties and the waters with their sulphuric minerals are reputed to ease aching muscles. The baths are favoured by returned climbers of Mount Kinabalu.


Ini lah rupa semua peserta untuk mendaki Gunung Kinabalu pada kali ini.diketuai oleh kak Habibah Sulaiman..yang lain lain tu aku tak berapa nak ingat nama..semua ok dan spporting..boleh lah dibawak bersembang.walaupun baru first time berjumpa..:)nice to meet all of you guys!


Di kawasan Poring Hot spring ni banyak aktiviti sebenarnya boleh dibuat..dulu masa aku datang kitorang datang awal pagi dan sempat jenjalan di atas canopy walkaway..macam ala ala jungle Trekking lah..naik jambatan gantung dan sebagainya..berjalan kaki 30 minit pun boleh sampai ke Kipungit waterfall..ada air terjun di sini.tapi oleh kerana kesuntukan masa kitorang just jalan jalan depan ni jelah.ambik nama sampai jer.hehe


Tadah air dan cicah cicah kaki dalam air panas


Dalam satu jam saja kami spend masa kat sini..


Perjalanan di teruskan untuk ke destinasi seterusnya


Selamat datang ke Desa Cattle Dairy Farm!!this is Destinasi kami yang seterusnya..sayang nya cuaca dah nak gelap..so tak dapat lah nak menikmati keindahan dan kehijauan padang rumput di sini..sini merupakan kawasan penternakan lembu dan Kilang susu lembu pun ada di sini.maaf lah ayat aku tunggang terbalik daaa.Dari Kinabalu Park memakan masa 30 minit untuk sampai.


Lembu macam kat New Zealand tu.In fact kalau siang dan cuaca terang kawasan ni memang sebijik  macam ket Oversea sana..aku baru first time sampai tapi nak buat macam mana dah lewat dan kabus adalah tebal..ini je lah yang kami dapat tengok.dapat ambik gambar ngan lembu pun jadi lah..


gambar 12 peserta di kala kegelapan malam..


Hari sudah gelap.we were heading back to the Kinabalu park and ready to get some food at Balsam Buffet Restaurant..seriously adalah sangat lapar pada waktu dan ketika ini.


Nice environment dan ambient!


Ni lah hasil rembatan kalau dah lapar sangat.habis semua benda aku campur skali dalam satu pinggan..lauk ke nasik ke satay ke bihun ke campur semua..janji kenyang..sekali hadap terus lesap semuanya..Makanann nya biasa lah.standard buffet.sedap lah.


Bismillah..


Tak cukup plate atas tambah ngan ni pulak.spaghetti, sayap ayam dan satay lagik


Alhamdulillah kekenyangan semuanya..di Restoran ni ada disediakan satu kedai kecil in case kalau korang nak beli apa apa keperluan sebelum mendaki macam cap ke..kasut mendaki ker..atau ubat ubat sapu dan pil pening kepala..harga aku tak perasan lah pulak tapi mahal sikit dari pasaran..kalau dah terdesak kena lah beli jugak kan..dari Balsam Buffet Restaurant kitorang jalan kaki pulang ke Rock Hostel untuk berehat dan bersedia bagi memulakan pendakian pada hari esok..Selamat malam semua!

*To be continued.stay tuned with AXIMUD!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails