Followers

Wednesday, November 30, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN PAK YA MUSLIM CHINESE FOODS CORNER, AMPANG

Ini ialah cerita waktu makan malam hari ahad yang baru saja berlalu.

Ketika aku berada di Kuala Lumpur.reason still tak balik Penang because hari isnin keesokkanya adalah Cuti sempena Maal Hijrah.so ambil kesempatan untuk relaks relaks je di malam ahad yang berbahagia.sebelum sampai ke Restoran ni kitorang datang dari KLCC saja jenjalan makan aiskrim.Then lepas maghrib teringat untuk mencuba makanan di Restoran ni atas saranan azuan.Dia pun tak pernah lagi try di cawangan ni.


Restoran yang aku maksudkan ialah Restoran Pak Ya Chinese Muslim Foods Corner.lokasinya terletak di sebelah Galaxy Ampang..actually dulu this restaurant di Kg.Pandan Dalam.now dah berpindah ke sini.kalau korang tahu galaxy ampang konpem jumpa This Restaurant.dekat dah dengan area dagang avenue.tak tahu jugak?nah alamat:

Venue: RESTORAN PAK YA CHINESE MUSLIM FOODS CORNER
Address: Galaxy Ampang, Taman Dagang, hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, near the well known TT place Restoren Bonda

GPS Coordinates: N3° 8' 53.50", E01° 45' 20.92"



Masa sampai orang agak ramai juga lah.Hujan renyai renyai masa ni.In term of Parking theres a lot of parking space yang ada so tak perlu risau.masuk ke dalam restoran boleh pilih sama ada korang nak duk kat dalam tempat ber aircond atau nak open air.kitorang pilih untuk duduk di luar,Open air sahaja.rasa lebih nyaman dengan suasana Hujan..dapat buku menu terus pening kepala pulak nak makan apa..belek punya belek maka kami order lah ap ayang patut.nanti tengok gambar kat bawah yek menu apa yang kami order.


Blogger pemes yang aku maksudkan di sini ialah Syarliz.blogspot.com.Kebtulan dia baru sampai petang tadi dari Temerloh attend kenduri kahwin.tadi masa kat KLCC just BBM dia tanya free tak malam ni nak ajak dinner.so dia on..maka bertemulah kami di sini..Kak Tie dan Yana first time jumpa kak Leez..berkawan biar beribu berkasih biar satu..


Dua orang kiri dan kanan aku ni memang orang Ampang.rumah depa dah dekat sangat dah dengan This Restaurant.sorang duk lorong cantique sorang duk kat Taman Cempaka.tapi dua dua tak pernah mai sini nak rasa.so malam ni meh kita sama sama rasa makanan di sini.dari review orang lain aku pernah baca makanan kat sini memang superb.kita tengok siapa yang kena.awat muka kak leez macam terbakar malam ni?main panas ke?


Air masing masing semua sepakat nak minum kedondong asamboi.Yana sorang jer order Epal Asamboi.Trend memasukkan asamboi dalam minuman sekarang adalah laris.kalau korang nak bukak kedai minuman sila jual air yang sebegini ok.konpem laku dan laris!!Tempoh waktu menunggu pun adalah agak lama ya..mujur lah ada match Malaysia Lawan Bahrain.ok jom tengok apa yang kitorang order:


Ini ialah SHARKFIN SOUP..sedap!!tapi aku lagi suka yang Restoran Mohd Chan Abdullah di Bangi.satu mangkuk kecik harga RM10..quite mahal.tapi memang patut lah mender ni mahal.isi ketam beb ada kat dalam..aku rate this one A.


Menu seterusnya ialah UDANG GORENG MENTEGA..udang ni memang superb lah!keraknya tu sangat lah sedap.ratah Udang ni saja pun takper takyah makan nasik..Cumanya kalau this udang boleh lagi besar mesti lagi mantap.aku rate A+ untuk this meal.Standard kedai Chinese mesti akan specialist buat butter prawn.sedap pulak tu.


Mari beralih pada menu yang seterusnya.ini ialah DAGING MASAK HALIA.this daging biasa biasa sahaja.cuma agak pelik daging tu lembut semacam..macam dah rebus dulu sampai lembut,tapi rasa daging dah hilang.ok ok je lah.tapi kalau datang lagi this restaurant memang tak order dah.


Nak komplen satu benda.

Kitorang order 5 lauk.tapi apa yang jadi ialah 2 lauk jer dulu diorang hantar iaitu udang butter ngan daging tu.so dah la kami semua lapar mana boleh tahan.makan lah dua lauk tu dulu.nasi dah separuh masih tertunggu tunggu mana balance lauk yang lain..tak ada continuity dalam penghantaran lauk.patutnya depa hantar lah sekaligus semua..turn off sangat.takpaa lah.harap depa dapat perbaiki di masa akan datang.


tak lama selepas tu (lepas dah bersorak Malaysia buat Gol 2 bijik lawan Bahrain) baru lah sekonyong konyong tiba this ketam.maybe nak buat ketam ni lambat tu yang diorang hantar lauk lain dulu.Menu ini bertajuk KETAM TELUR MASIN.aku pun tak pernah rasa menu macam ni,azuan pernah makan dia kata sedap.


adakah benar sedap bagai yang didakwa?korang rasa??


Bila rasa kuahnya saja pun dah cukup untuk meluputkan rasa tensen sebab tak ada continuity dalam penghantaran lauk..bila rasa kuahnya yang rich dengan rasa kuning telur masin terus terpejam mata kejap dan tak tahu aku nak eksplen macam mana dah..SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPP MELAMPAU BATAS !!!!Sepanjang aku berkecimpung makan ketam jujur aku katakan ni lah ketam paling sedap aku pernah makan...seriusss wehhhhhhhhhhhhh..SETAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP..ok aku agak exaggerate di situ tapi hakikatnya memang sangat lah mengancam..dah la rasa ketamnya fresh,kuahnya rich dan creamy,memang kalau ratah saja pun tak ada hal lah..and this is menu of the night..Standing Ovation for this KETAM TELUR MASIN.


Kalau tak sedap tak ada maknanya lah licin selicin licinnya ni.kami semua adalah berpendapat yang sama..makan 5 orang,ambik 3 ekor so sorang dapat sebelah..tu pun dah cukup.aku suka tang sepitnya yang besar tu.Isi banyak kat situ..dan even better takyah nak ketuk ketuk sebab diorang dah siap pecahkan..tinggal nak korek isi jer..Pengalaman makan ketam yang sungguh mengujakan!!fuhhhhhhhh..


Oleh kerana rasa ketam ni sangat mengatasi rasa lauk lauk lain,maka dua lauk yang sampai kemudiannya ibarat melukut di tepi gantang.sapa suruh korang hantar lambat.lagi pun TOMYAM CAMPUR dan BABY SAWI MASAK OYSTER ni just so so sahaja.maybe diorang tak pandai buat tomyam sangat.boleh boleh lah..


Waktu berniaga adalah seperti yang tertera dalam gambar.11 am - 11 pm daily,dan akan di close 1 hari setiap 2 minggu.Orang memang sentiasa ramai jer pulak tu.aku setuju lah.rasanya masakan panas diorang mesti boleh tahan jugak.sebab tengok ramai duk order kueytiow thng lah..kueytiow ladna lah..dan macam macam lagik.Untuk makan berhidang lauk pauk punya seleksi pun banyak.Worth a try lah!!


Nak cerita bab harga.jumlah yang kitorang makan ni harganya RM178.50..which mean sorang kena bayar dalam RM35..mula mula pikir macam mahal.tapi rasanya harga adalah tinggi pada Ketam Telur masin.tengok jenis ketam yang diorang pakai tu pun tahu tu ketam mahal..isi padat dan besar pulak tuh.oleh kerana sedap,so no regret pun.Cuma tak tanya pulak masa bayar 3 ekor ketam tu berapa RM..lepas ni boleh sangat nak singgah sekadar nak makan ketam telur masin tu saja..emmmmmm..sambil menaip ni pun aku duk teringat ingat lagi how creamy the gravy was.slurrppss..Thanks ya pada korang semua sudi luangkan masa untuk dinner sekali.Thanks kak leez,azuan dan Diyana!!ada umur kita jumpa lagi nanti.Insya Allah.

*after makan makan terus balik ke rumah kak tie.yang kelakarnya Malaysia boleh pulak kalah di tangan Bahrain 3-2 setelah mendahului 2-0 masa kitorang tengok di Restoran Pakya..dapat update di twitter kata Malaysia dah kalah.yer betul.bola itu bulat.apa apa pun boleh jadik.

10 comments:

AYuNG said...

klu p chinese restoran sebelum nih, xpenah try sharkfin soup tuh....but, after ur review utk restoran chan abdullah tuh, rasa nya...pasnih kena try jugak la...menyelerakan jer...:)

Mie said...

Terliur tengok program JJCM Azim ni...

JHaZKiTaRo said...

salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

Leez M. Saaid said...

slurrrppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp......teringat2 ketam telur masin yg sedap sehingga menjilat pinggan ni...hik hik.

muka ku dah terbakar ke? hehehe...bukan main panas dik. Ahkak main hujan jerrkkk....skrg kan musim hujan..

satu lagi...nak betul kan info.
ku dah pernah jumpa kak tie lah....masa gi hospital melawat ayahku di sepital dulu...masihkah kau ingat wahai adik????

kasihredha said...

aduhaiiii...sedapnya
nak kena terjah juga ni :)
ada leez juga ye

@xiM said...

AYUNG,

betul.sila try yang kar restoran mogd chan abdullah tu.memang berbaloi baloi.yang small portion RM13 tapi boleh makan 4 orang.selamat mencuba ya!!

@xiM said...

MIE,

yes..tercapai matlamatku untuk menitiskan air liur pembaca AXIMUD.hehee.keep coming back for more info tempat makan.:)

@xiM said...

JHAZKITARO,

insya Allah.akan ku singgahi nanti..

@xiM said...

KAK LEEZ,

haah la!terlupa pulak kak leez pernah datang spital dulu lawat ayah saya then jumpa kak tie..tu lah sapa suruh tak buat entri pasal kak leez mai tu kan dah lupa.huhu..

jom kak leez sabtu ni makan ketam lagik!!

@xiM said...

KASIH REDHA,

sangat sedap!!ketemu blogger pemes tu..segan pulak.ahakssss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails