Followers

Tuesday, March 27, 2012

#GENGKAKILARI TERJAH PENANG PART 2

Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dialah hamba beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka insyaallah dia akan semakin dekat dengan kepada ampunan Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69) 

 ******************************************************************

Ok nak sambung cerita part 2 pulak.


Sambungan dari entri sebelum ni.Dari Jeti jerejak Resort and Spa kitorang patah balik ke Seberang Perai untuk meneruskan niat bermain Bowling.nak main Bowling di Plaza Sunshine tak sanggup nak tunggu lama sampai pukul 6pm sebab ada satu kompeni duk buat tournament.So pilihan seterusnya ialah di Megamall Prai.aku lupa kat Bukit Jambul pun ada satu..takpaa lah.tak teringat time tu.

1) MEGAMALL PRAI MEGALANE BOWLING


Orang putih kata 'Pictures tell a thousand words'.so malas la nak explain lebih lebih.Korang layan kan lah gambar gambar ni..Kitorang main dua set game..susah betul nak cari bola yang sesuai..kalau nak lubang besar bola mesti berat..terpaksa lah kan.nak bola sedap kena tempah lah.aku bukan terer sangat main.semua ikut atas nasib jer..yang perform aku tengok Bach..mesti dia biasa main..


konon konon expert lah.eksen jer lebih ni


Tengok result.second game giler teruk score aku.semua takde strike atau spare. tapi konsisten lah tu kiranya kot (ayat nak sedapkan hati) . yang paling terer Bach dapat 161 point.Congratulations!!


Lama siot aku tak main bowling ngan member member macam ni..last sekali aku main Bowling ngan Colleague last week..yang penting bukan point, tapi masa bersama sama kawan kawan ni yang tak ada galang gantinya..Thanks all!

2) SINGGAH REHAT DI VILLA AZIM ASHAARY


From Megamall Prai kami balik ke umah dulu..rest rest..aku dah agak penat jugak..siap tertidor kejap..masa ni depa duk layan AXIATA Cup Hafiz Hashim duk awan ngan Ponsana..sapa menang ntah sebab aku dah hanyut dulu..penat sehhh ke hulu dan ke hilir.hehe


Aku terjaga lepas maghrib..dah dekat jam 8 malam..solat maghrib dan mandi bersiap siap untuk ke Batu Feringghi..Kitorang keluar rumah lepas isyak..

3) HARD ROCK SHOP/HARD ROCK HOTEL BATU FERINGGHI


Zarul yang duk nak cari barang di Hard Rock Shop..aku duk tengok juga ada beberapa design baru T-Shirt hard Rock tapi tak terasa nak beli lagi.nanti lah kalau ada kelapangan dan mood nak shopping muncul baru aku mak beli..bukan jauh pun Batu Feringghi ni.Boleh nak datang bila bila masa jer..Insya Allah.Then kami just jenjalan di sekitar hotel.tengok ada live band.just ronda-ronda saja..

4) NIGHT MARKET BATU FERINGGHI


Persinggahan seterusnya, Night Market di sepanjang jalan susur Pantai Batu Feringghi ni.makin meriah pulak aku tengok sebab ada kedai kedai baru kat bahagian belakang..aku seronok kalau dapat jenjalan kat Night market macam ni..kalau mana mana tempat aku pi mesti kalau boleh nak singgh..kalau ada barang murah dan unik mesti beli punya..tapi di Batu Feringghi ni harga barang adalah mahal.standard pelancong punya harga.kalau nak beli fridge magnet boleh lah.Diorang pun tak beli apa apa jugak..


Perut terasa lapar dah masa ni..last skali makan Briyani dan Naan dengan Ayam Tandoori di Restoran Kapitan..Now dah lapaq balik.Nampak ada jual jagung tepi jalan..Terus la aku, bach dan Faiz gi beli..Zarul entah ke mana dah masa ni..Man pulak duk pi Gunting rambut..jauh tu orang Shah Alam mai gunting rambut di Batu Feringghi.hehe..


Sedap rupanya jagung bakar ni.siap boleh buh mayonnaise ngan susu..aku minta buh butter dan garam jer.Jagung tu dah manis tu yang buat sedap.actually, jagung pun antara faveret aku jugak.Alhamdulillah dah boleh alas perut sementara pi makan sat lagik.

5) MEDAN SELERA PADANG KOTA LAMA


Dari Batu Feringghi aku bawak dorang ke Medan Selera Padang Kota Lama..jam dah dekat pukul 1am masa ni..mai penang tak makan pasembur kira tak jadi lah..tapi sebab dah lewat malam tak berapa rasa nak makan sangat.makan kongsi kongsi macam ni pun dah cukup..


Pasembur Padang Kota


Bach order Char Kueytiow..tak berapa sedap katanya


Nasi Goreng Ikan Masin telur mata Faiz Order.sedap jugak!


Kebetulan sangat masa makan di Medan selera Padang Kota ni Kak Leez and da Gang pun berada di sini..Kak Leez datang sini sebab dia ada pi wedding member dia di Kedah.alang alang dah sampai Kedah tu singgah mai Penang skali..Kak Leeaz baru balik dari Umrah last 2 weeks..Alhamdulillah Allah beri keizinan untuk dia ke sana..Dengar kata ada berita gembira.hehe.saya tumpang gembira untuk kamu kak..Semoga semuanya di permudahkan oleh Allah..Nice to meet you Kak Leez!ada masa nanti kita sembang panjang lagi ya..Insya Allah.


*Fuhhhhh.memang full activities kitorang hari ni..Hope korang happy ya.Selesai makan, terus balik ke Villa Azim Ashaary dan tidor..sebab pagi-pagi nanti nak kena bangun dan bersedia untuk MALAKOFF RUN 17 KM..nanti aku buat race report pasal larian tu..till later!

3 comments:

Leez M. Saaid said...

nice to meet u too ajim. Banyak benda nak citer....tetapi masa begitu mencemburui kita ahaksss.

Bila2 turun KL jom kita ngomong2 lagi.

aShaBuLz said...

ya Allah...kuatnya jalan. haha ni dah boleh kata warming up sblm run esok. haha

The.Geng.Meja.Bulat said...

Azim...Bowling Centre bukan kat BJ ja ada...Sunshine ada (baru renovate and lane baru, best!)...Penang Bowl sebelah E&O ada satu... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails