Followers

Friday, March 30, 2012

PROJEK BAITI JANNATI 2012 SJ.GELUGOR DI GUAR PETAI

Just a quick update..

Projek Baiti Jannati ni merupakan satu program kemasyarakatan TNB dalam membantu orang yang miskin memerlukan dari segi tempat tinggal.Bila sudah dikenalpasti warga yang susah TNB akan sumbangkan sejumlah wang untuk membantu membaikpulih Kediaman mereka..Untuk tahun ni Encik Nordin bin Dolah di Guar Petai merupakan orang yang bertuah untuk menerima sumbangan ini..Majlis perasmian dan penyerahan Rumah di adakan sepanjang pagi dan petang tadi..Semoga TNB akan sentiasa bertapak kukuh untuk terus mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.


Menolong orang itu gembira.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

*Seperti yang dijanjikan, Hujung bulan Mac 2012 akan dapat kereta baru.and yes.You are right.Terima ksih kerana tidak memungkiri janji..:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails