Followers

Thursday, May 31, 2012

FOOD REVIEW : MEE REBUS RAMLI IPOH

On the way balik dari Teluk Intan, sempat singgah di Bandar Ipoh.Tujuan asal aku ialah nak cari Nasi Ganja Ipoh yang sering di sebut sebut oleh rakan taulan..alang alang dah dekat..sekali bila pergi cari tutup pulak kedai tu..alternatif kedua ialah mencari Restoran Mee Rebus Ramli yang terkenal di Bandar Ipoh..tak dapat rotan akar pun berguna jua.


Pusing punya pusing akhirnya terjumpa lah restoran ni..


Masa ni Hujan renyai renyai..berpayung bagai lah nak datang sini..Orang boleh tahan ramai jugak..This restaurant bukan sekadar ada Mee Rebus tapi ada jugak beberapa menu lain seperti nasi lemak, moi sup, laksa dan nasi ayam.tujuan asal ialah Mee Rebus so order mee rebus sahaja lah.


aku sebenarnya penggemar mee mee berkuah macam ni..so bila makan dan rasa kuahnya terbukti kesedapan di situ..Rasa mee rebus lah..aku nak describe lebih lebih pun tak reti.tapi yang penting sangat kena dengan selera anak tekak aku.tekak korang aku tak sure lah pulak camana tastenya kan.


Mee Rebus Ramli Ipoh di jual pada harga RM4.00 semangkuk


Pekena Teh O panas di kala hujan memang syiokkk


Terbukti kesedapannya.Licin!!


Suasana di dapur yang sempat dirakamkan masa nak bayar.i think harganya quite berpatutan dengan kuantiti yang diberi..Banyak cawangan sebenarnya Mee Rebus Ramli Ipoh..ni alamat cawangan yang aku pergi:

Restoran Mee Rebus Ramli
No. 767 , Taman Tasik Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
 
Selamat mencuba!!

3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

Ya Allah Ya Allah sedap nyer!!!terliuuurrrrrrr..........

Leez M. Saaid said...

my feveret food tiap kali gi ipoh.

azanov said...

nasi ganja ipoh xsesedap mana pun kalau banding dengan nasi kandar penang.. Ipoh tak bnyk sgt choice..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails