Followers

Sunday, May 6, 2012

IN MEMORY OF ALLAHYARHAM HAJI ASHAARY BIN CHIK

Sumpah.

Saya bagaikan tidak percaya. Apa yang terjadi berlaku dengan pantas dan hanya dengan sekelip mata sahaja. Bagaikan halilintar membelah bumi ketika mendengar berita ini,namun saya harus redha.saya terima berita pemergian Ayah saya mengadap illahi buat selama-lamanya sewaktu berada di Korea pada hari pertama tiba di sana (3 Mei 2012)

Pagi itu saya tiba di Incheon Airport pada jam 6am, sempat melawat istana Gyeongbuk, dataran Gwanghwamun dan juga sungai yang jernih di bandar Seoul, Korea iaitu sungai Cheonggyecheon. Di Tourist information center saya mendapat berita kurang menyenangkan di Facebook apabila adik memberi private mesej memberitahu bahawa ayah sudah tidak sedarkan diri..Hati sudah mula menggelisah dan apabila pulang semula ke Namsan Guest House di area Myeong Dong, semua itu telah tersurat..Kak Tie dapat dihubungi dan menggeletar seluruh badan apabila kak tie memberitahu saya ayah sudah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.

Innalillahiwainnailaihirojiun..

Terpana.
Tergamam.
Bungkam.

Namun tiada apa-apa yang dapat saya lakukan pada ketika itu..Air mata mengalir membasahi pipi..dan saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ayah dan terus berkemas barang untuk menuju ke Lapangan Terbang Incheon..Terima kasih pada pihak pengurusan Namsan Guest House yang telah membantu memberikan telefon peribadinya untuk saya membuat panggilan ke Malaysia bagi mengetahui hal sebenar..dan terima kasih jua kerana mengaturkan tiket penerbangan balik dengan air-asia X..Wang ringit bukan soalnya sekarang..berapa harga tiket pun pasti akan saya beli..kerana fikiran ketika ini hanya ingin berada di kampung halaman secepat mungkin..Terima kasih pada travel partner yang lain seramai 7 orang yang menghantar saya menunggu bas 6015 ke Incheon Airport.maaf kerana mengganggu plan korang semua. Semoga selamat pulang nanti.oh, tak lupa juga kepada semua rakan rakan yang lain yang bertungkus lumus untuk menghubungi saya (Encik sepul, Nikli Nodin, Faiz, Nita, Che Burn, Che Qis,Bozzo, Diyana, arina, dan beberapa nama yang lain lagi.).Pertolongan kalian dalam membantu saya di detik terakhir bersama ayah ini sangat saya hargai.

Saya menanti penerbangan paling cepat dari Incheon Airport ke LCCT Kuala Lumpur pada jam 12am.buntu.helpless.hanya mampu berdoa agar Allah tempatkan roh ayah saya dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh..Semoga Allah memudahkan perjalanan saya balik, dan paling menyedihkan memang saya tak akan sempat untuk menatap wajah ayah saya buat kali terakhir kerana akan dikebumikan malam ini juga..Hanya memori dan doa menjadi ingatan.Al-Fatihah.sepanjang penerbangan saya tak lupa sedekahkan bacaan yassin dan baaan ayat suci alquran yang lain..Moga moga senuanya dipermudahkan buat arwah ayah.

Sehari sebelum pemergian Ayah, saya sempat meluangkan masa untuk bersarapan pagi bersama sama dengan ayah..Ayah makan banyak pagi itu.Nasi Kerabu yang di beli di Kampung Bharu habis di makannya seorang..Kemudian usai makan pagi, saya, mak dan ami ke Nilai untuk ambil Faiz yang telah tamat asasi sainsnya di USIM..kembali dari Nilai, sekali lagi kami sempat makan tengahari bersama-sama dengan ayah.sungguh aku tak sangka itu lah kali terakhir aku akan sempat untuk makan sama-sama dengan ayah..Sebelum kak Tie hantar aku ke LCCT pada jam 8pm, aku bersalam dengan ayah..segalanya adalah seperti biasa.tiada tanda tanda yang pelik berlaku..Dan itu lah kali terakhir aku cium tangan ayah, dan itu juga merupakan kali terakhir aku lihat wajah ayah..

Segala apa yang terjadi adalah ketentuan dari Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”

(Surah Jum’ah ayat 8 )

Saya Redha atas apa yang terjadi..Mati itu pasti..dan tiada siapa pun yang dapat melarikan diri daripadanya.Sejak dari azali lagi sebenarnya sudah tertulis bila ajal kita..semua itu kemas berada dalam perancangan Allah..Sebagai Hamba yang begitu Dhaif dan lemah, siapalah kita untuk mempertikaikan pekerjaan Allah?apa yang Allah buat semuanya bersebab dan penuh hikmah.maka saya percaya ketentuan dari Allah jua lah yang terbaik. kita wajib percaya pada qada' dan Qadar..Ujian dari Allah wujud kerana Dia ingin menguji sejauh mana kita akan berbalik kepada-Nya dan bersabar atas musibah yang menimpa.

Jika ingin di gali semula, banyak hikmah yang terbentang depan mata.siapa yang tidak sedih bila Ayah yang selama ini menjadi tunggak kepada keluarga kami pergi buat selama-lamanya..perasaan sedih itu pasti akan ada.tapi saya percaya, itu yang terbaik buat ayah dan juga buat kami semua.dan syukur Alhamdulillah ayah meninggal dalam keadaan yang sangat tenang, tanpa ada sebarang kesakitan terpancar..dan perjalanan ayah meninggal sehingga di kebumikan amat lah lancar sekali dan penuh penghormatan..dalam hati saya terdetik bahawa perjalanan ayah meninggal sehingga dia di kebumikan itu lah menggambarkan siapa arwah ayah yang sebenarnya.Seorang yang warak dan kuat berpegang pada agama, tegas dan garang dalam membentuk keluarga, penyayang dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa, baik dengan semua orang, khusyuk dalam setiap pekerjaan yang dibuat dan pelbaai lagi kualiti menarik yang ada pada arwah ayah.Memang idola saya dari dulu kini dan selamanya.

Kenangan bersama arwah ayah pasti akan sentiasa kekal bersemadi di hati kami semua..Jujur saya katakan sampai saat ini, saya terasa seperti ayah masih ada dengan kami semua..seolah olah dia tidak pernah meninggalkan kami semua.Semadilah ayah dengan tenang di sana..Segala jasa bakti ayah akan kami kenang selama lamanya.

Sesungguhnya ayah adalah insan terbaik buat kami, Segala pengorbanan dan jasa ayah pd kami, hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya.kami bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah untuk menjaga dan memberi layanan ketika ayah masih ada.Kami semua berbangga dan bersyukur sangat sangat kerana di pilih Allah Taala tuk menjadi anak kepada seorng pemimpin dan ketua yang sangat di segani dlm keluarga…Terlalu besar pengorbananmu kepada kami…

Terima kasih ayah kerana jadikan kami sperti mana kami sekarang, Terima kasih ayah kerana mengenalkan kami dengan kalam Allah Taala, Terima kasih ayah kerana mendidik kami dengan Agama Islam, Terima kasih ayah kerana mnunjukkan kami jalan kehidupan yg betul, Terima kasih ayah kerana tak pernah jemu dalam membesarkan kami adik beradik walaupun adakalanya kami banyak menyusahkan ayah.

Pemergianmu amat menyentuh hati dan jiwa kami semua kerana terlalu banyak nostalgia yang sentiasa tersemat di dalam hati dan sanubari kami…Ayah akan sentiasa kami kenang di dalam doa kami semua.Terima kasih juga buat mak yang tak pernah merasai erti penat lelah sepanjang menjaga ayah.Terima kasih buat semua adik-beradik, saudara-mara, rakan taulan dan saudara-saudara islam yang telah terlibat secara langsung atau tidak di dalam penyempurnaan perjalanan arwah ayah ini. Insya Allah, kami akan sentiasa sedekahkan ayat2 suci Al-quran buat ayah, kerna itu sajalah yang mampu kami hulurkan. 

Semoga Allah sentiasa merahmati dn memberkati ayah di sana. Ya Allah ! ampunkanlah dosa kami pada ayah, dan ampunkanlah segala dosa dosa ayah serta ringankn bebanan ayah di sana. 

Amin.

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud


*in memory Allahyarham Ashaary bin Chik (23 Disember 1948 - 3 Mei 2012)

28 comments:

♥cikmOt♥ said...

al fatihah...dari Allah kita datang...kepada Allah kita kembali...

saya dah jadi anak yatim tanpa ayah hampir 6 tahun...

paling sedih kahwin hari tu berwalikan abang sepupu...sobs...

moga roh ayah tenang di sana...amin

bard. said...

Sayu hati bila baca.. Al-fatihah.

syarqiah75 said...

Takziah....moga bersabar banyak2 ..Alfatihah buat arwah.Moga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.Amin.

alialalala said...

takziah. alfaatihah. semoga rohnya tenang di sana.

Wira Nordin said...

Innalillah....
Takziah untuk saudara sekeluarga

niL said...

Takziah...Semoga roh arwah dicucuri rahmat..

sepul said...

Hang memang tabah. Sungguh kuat sekali semangat hang. Bukan calang2 dugaan hang terima. Tapi semua tu hang dapat lalui. Al- fatihah untuk Pak Ashaary. untung Pak Ashaary dikurniakan anak macam hangpa semua adik beradik. Semoga roh beliau tenang di sana. Inshallah. Al- fatihah sekali lagik.

sudipVSsenduk said...

Salam takziah.

Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al-fatehah...

munirah azmi said...

takziah abang azim.. Allah lagi sayang arwah.. semoga tabah..

Intan ~ Nur Azlina said...

Salam takziah buat azim sekeluarga.
Al-fatihah buat arwah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Insyallah, amin.

neytazs.nad said...

salam, en azim..
takziah diucapkan..moga tabah dalam hari-hari yang mendatang..

!eNa PnG said...

takziah axim.. sy pon baru tau ja ayah axim dah arwah melalui kawan..


Al-Fatihah...

Mie said...

Salam takziah buat Azim sekeluarga. Moga diberi ketabahan dlm menempuh hari2 mendatang.

Benedict Bernard said...

sorry to hear that azim. be strong. Do take good care of yourself. .

zila said...

Salam..

Takziah saya ucapkan. Mudah-mudahan Allahyarham Haji Ashaary di tempatkan dia kalangan orang-orang beriman. Bila baca entry ni, lagi menyedarkan saya pasal pengorbanan ayah saya..saya nak balas jasa makayah saya semampu-mampunya!!!

Sabar ye atas pemergian ayah tersayang.

hannahsarah said...

Assalam.

Salam takziah atas kepulangan ayahanda tersayang. Moga arwah ditempatkan bersama kalangan yg beriman.

che'Burn@che'Qis said...

MATI adalah perkara yang pasti berlaku kepada semua yang hidup.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap yang bernyawa akan pasti merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Ali Imran, ayat 185).

Moga roh Ayahanda dicucuri rahmat, diampunkan dosa, dilapangkan kuburnya & ditempatkan dikalangan orang beriman.

Amin, Ya Rabbil Alamin.

Your father will be very proud to have a son like you, ready to step into his shoes and make your mark in the world like he did in his lifetime.

Be strong and hang in there, Axim. The grey skies will clear soon.

Take care,
Che'Burn & Che'Qis

PUTUBAMBU said...

salam takziah axim!

semoga roh arwah bapa axim ditempatkan di kalangan hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh... aminn!

al-fatihah

Miss Nazla said...

Dah baca entry ni untuk kali ke 3. masih sebak. Sesungguhnya awak anak yang tabah. Tak semua orang akan setabah awak untuk menempuh dugaan sebegini. Untung arwah ayah dapat anak soleh macam awak. Untung mak awak lahirkan awak dan adik beradik lain.

Berdoalah untuk arwah ayah agar tenang disana. Takziah Azim

june said...

takziah

Malina Mat Wazip said...

Salam,

Takziah atas pemergian ayah tersayang..

An said...

Salam takziah azim..moga tabah menghadapi ketentuan Allah..Al-Fatihah utk arwah.

Emy Tak Kecik said...

Takziah axim...sedih baca entry ni

al fatihah....

chazully said...

Azim..setiap yang berlaku itu atas Ketentuannya...K.Chah turut bersedih atas apa yang menimpa Azim sekeluarga hanya Al Fatihah yang dapat di sedekahkan Semoga Allahyarham pak Cik Ashaary Bin Chik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman....

aNoY said...

innalillah....takziah dan al-fatihah

nikli said...

Salam Takziah..
AlFatihah dan doa sentiasa bersama Arwah Ayah..

Mrs.Taufik said...

Innalillah.. Salam takziah dari saya. Moga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin.

Cik Z@i Pen@nG said...

Al-Fatihah...
moga arwah ditempatkan dikalangan golongan yang beriman...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails