Followers

Friday, May 25, 2012

IT'S 2AM IN THE MORNING @ NASI KANDAR PAK JAMAL, BUTTERWORTH

Malam tadi.

jam 2 .30am.Kelaparan.

Teringat Nasi Kandar Pak Jamal dekat Telekom di Butterworth.Lama rasanya tak menyinggah di situ. bangkit dari katil, sarung seluar jean, ambik kunci kereta dan terus laju meluncur ke Butterworth.Padahal esok kerja ni..demi perut ku turutkan jua..


Kalau belah pulau terkenal dengan nasi kandar beraturnya, kat nasi kandar pak jamal bawah pokok pun boleh tahan jugak orang beratur ya.walaupun jam dah dekat pukul 3 pagi..Duk penang macam ni lah.best sebab makanan akan sentiasa ada 24 jam since banyak kedai nasi kandar kat sini.


Dan ini lah hasilnya makanan yang berjaya dihabiskanAmbik daging hitam, udang ,bendi dan cili hijau.Kuah campur. rasa nasi kandarlah.aku dah mula menyukai nasi kandar setelah 5 tahun berada di Penang. dulu aku tak berapa gemar sangat.sekarang siap boleh teringat ingat lagi kalau sebulan tak pekena.


Kalau korang nak datang sini sila lah cari Telekom (TM) butterworth.Kedai bawah pokok ni betul betul sebelah bangunan TM..tak susah nak cari..korang datang time malam pukul 10 pm ke atas then cari lah port ramai orang beratur.betul lah tu..Selamat mencari dan selamat makan nasi kandar pak jamal yang sempoi!!
Balik rumah dekat jam 4am.then baru tidur.

*Hasilnya hari ni kerja kepala weng..sebab tak cukup tidur.padan muka aku.

4 comments:

Cik Z@i Pen@nG said...

Yeeayyy...dh leh jd org Penang dh...

Simbolik btoi la pinggan tin tu :p

sepul said...

haritu masa aku ada kerja kat kepala batas yang masa NH dgn MD pi rumah hang aku ada pi makan kat sini. MD yang bawak. kami pi awai dalam pukui 8 so makan kat restoran dia. MD kata ni kedai yang sama. cuma kalau pukui 10 ke atas depa start berniaga kat bawah pokok. ni MD la yang habaq.

eMMe said...

Salam Kenal, singgah sini terjumpe gambar shark fin soup nak share kat blog saya, sila la lawat blog saya yea...

lily lotus said...

wahh, kalau dah sampai 3am pun org dok q lagi...sure sedap menggila ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails