Followers

Wednesday, November 19, 2014

HARI RABU YANG BASAH

Malam tadi tidur di rumah Mak.
 
Abang Shuk baru balik ke Papua New Guinea semula untuk kerja. sebelum bercuti another 1 month nanti. Abang Jalee dan family nya pula bercuti ke Pantai Morib. Seronok lah Kak La , Qiadah, Qayyum dan Qaeeiy dapat jenjalan.. jadi di rumah mak cuma ada Kak Ija menemani. So aku balik lah sana tidor teman diorang. Takut juga kalau apa apa berlaku. Selepas subuh terus siap siap balik ke Paka. Macam biasa lah, kerja..
 

Sekarang dah masuk musim tengkujuh. Biasa lah hujung tahun. Bulan November dan Disember ni memang musim hujan. Rasa malas sangat nak keluar dari rumah. Nak berhibernasi jer rasanya. tapi kena keluar bekerja demi sdesuap nasi kan. Harapannya tahun ini tak ada lah musibah banjir di Kemaman macam tahun lepas. Minta Allah jauhkan. Masih teringat lagi jadi sukarelawan untuk mangsa banjir tahun lepas. sekejap sangat masa berlalu.
 
Di opis sangat sibuk. macam biasa lah meeting here and there. meeting saja da sampai tengahari. tak sempat lagi nak buat kerja sendiri. Bila dah jadi senior officer ni tanggungjawab pun makin besar. so banyak perkara perlu diselesaikan. pandai-pandai lah susun keutamaan agar dateline dapat dicapai dengan jayanya..


Time lunch tadi sempat balik ke rumah.
 
Lapar. Nak makan. Tengok dalam peti ada Salmon. Baked salmon tu dalam Oven. then ambil salad yang ada, tomato kecil, celery. potong. dressing dengan italian sauce. Masam. ambil samon yang dah di bakar tadi buat chunk. jadi kepingan gaul sekali dengan salad. Lunch is served! Sekarang dalam proses mengawal pemakanan. So takder lah nak makan nasik time tengahari. kena lah makan macam ni jer. Sedap dan mudah. Alhamdulillah rezeki!!
 
Jadi petang ini jom kita main Ping Pong!!
 
Biasa main tennis tapi musim hujan kena tukar sukan indoor. janji kena kekalkan gaya hidup aktif dan sihat ya.
 
Alright. ada masa kita cerita lagi.
 
bai.

1 comment:

Najib Ariyan said...

Azim... I want to ask u something about blog... nanti dah free sms yer...

by the way apa maksud perenggan pertama tu? apa kah yg mungkin akan berlaku?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails