Followers

Wednesday, November 23, 2011

FOOD REVIEW : RESTORAN NIM'S LITTLE ISLAND, KAJANG

Kisah malam tadi.

Sempat dinner dengan kak leez dan azuan.Plan last minit jugak.kak Leez memang kerja di area Bangi.Azuan kerja area Ampang.so lebih kurang lepas maghrib semalam kitorang jumpa untuk makan malam sama sama.Lama tak bersembang sembang dan bincang plan akan datang.tapi tak tahu nak makan kat mana,so aku serahkan pada Kak Leez untuk decide..Actually Bangi ni banyak sangat tempat makan yang macam menarik menarik sampai rambang mata nak pilih yang mana satu idaman kalbu..


Kitorang ke NIMS LITTLE ISLAND CAFE..semua tak pernah try lagi makan di restoran ni..Kak leez pilih tempat ni based on dia punya opismate recommendation.(Thanks aqilah raban!).Mulanya jalan nak masuk ke sini macam susah jugak,sebab lokasinya yang di celah celah kampung..serius aku tak reti nak bagi direction tapi kalau korang nak try ikut alamat kat bawah sekali tu.terletak di kampung sungai ramal kajang.tak pun nak senang lagi tanya jer orang.This restaurant walaupun di ceruk yang dalam ramai jer orang.so maknanya mesti sedap dan murah,or ada sesuatu yang menarik pasal this restaurant.Lets cekidaut.


teman untuk dinner malam tadi..Sedondon berbaju purple.sweet.Hensem dan cantik.sesuai sangat.hehe.


Tanpa membuang masa jom lah kita tengok apa yang kitorang order.this is SIAKAP TIGA RASA.kuahnya sedap!ikannya rangup.Boleh rate A.kena dengan tekak aku.


KERABU MANGGA ni pun ok lah.not bad.


UDANG GORENG TEPUNG.mulanya aku nak order sotong goreng tepung.tapi bila tanya cara diorang bust sotong goreng tu macam cekodok.yang ada tepung banyakk then kat dalam tepung ada lah sotong cinonet.terus tak jadi order.tak suka aku yang macam tu.


Dan aku rasa ni meal of the night.TOMYAM CAMPUR DALAM KELAPA.sedap kuahnya.rasa air kelapa dan tomyam yang blend sekali.recommended lah this lauk.aku pernah makan tomyam dalam kelapa di Restoran Tupai tupai tapi ni lagi sedap.


bercakap pasal air,masa tengok menu macam macam nama ada..ada soda gembira lah soda sedih lah soda ceria dan macam macam lagi lah.menarik juga bila baca dalam buku menu macam tu.pastu nampak ada nama cinoni.cinoni epal lah cinoni jambu..tanya waitress bertugas cinoni tu apa dia kata asamboi.oooooo nama lain ker baru kami taw.so kitorang sepakat order cinoni amra atau nama lainnya ialah kedondong asamboi.macam macam lah aih.hehe


siri bercakap dengan kucing yang habiskan kepala siakap tiga rasa sebentar tadik


Overall aku rasa This restaurant quite ok.Environmentnya yang syahdu dan dime ala ala romantik ni memang best..patut lah orang ramai jer..dan aku nampak kebanyakannya macam student jer yang datang.maklum lah lokasinya dekat dengan UKM dan jugak UNITEN..dari segi makanannya biasa jer lah.tak lah best giler giler sampai rasa nak datang lagi nanti.ok lah untuk sebuah kedai makan yang konsepnya dalam kampung.harganya pulak standard price.tak murah dan tak mahal.maybe ada a few menu yang murah.kena pandai pilih lah.wanna give a try?ni alamatnya:

NIMS LITTLE ISLAND CAFE
JALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL
43000,KAJANG SELANGOR

*Selamat mencuba.mula mula memang payah nak carik.ikut korang lah.kalau malas takyah datang.kalau rasa nak cuba datang.takder paksaan ok.duit korang kan yang bayar.

2 comments:

Anggerik Berduri said...

jgn pgi waktu azan maghrib sbb tukang masak n pekerja akan pgi smayang. heheheheh

waktu magrib pun nyamuk banyakkkkk.. huhuhuhuhu

Q said...

Yang best udon black pepper kalau tak salah dgn tempe goreng cicah kicap cili padi. Yum yum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails