Followers

Thursday, June 9, 2011

FOOD REVIEW : AZIZ MEE UDANG PAK NGAH SUNGAI DUA

Be thankful.

Please be thankful atas segala nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita.Kadang kita manusia terlupa apabila diberi kesenangan dan sedikit kemewahan sudah merasakan bangga dan takbur dengan pencapaian diri sendiri,sedangkan semua itu adalah kurniaan dari Allah..Dia yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang..Pemberi nikmat untuk sekelian alam..Bersyukurlah.bersyukurlah andai kita diuji dengan kesulitan,kepayahan mahupun diuji dengan kesenangan.Bersyukurlah..


Malam tadi.

Balik dari kerja dah agak lewat..entah apa kes jambatan Pulau Pinang pun agak jammed..aku ada janji ngan Hakim dan isterinya untuk jumpa makan makan..my real intention sebab nak jumpa new babyborn diorang,Zaidul Khair..so jumpa diorang di Seberang Jaya dan singgah solat kat Masjid dulu sebelum datang ke Sungai Dua untuk makan Mee Udang.Kedai mee udang kat Sungai Dua ni agak glemer lah aku rasa.sebab orang penuh jer aku tengok.dah biasa jugak aku datang makan kat sini.


Dah datang kedai Mee Udang order lah mee udang.yang gambar atas ni Mee Udang biasa..ada 6 ekor Udang.tapi tu pun macam dah cukup banyak aku tengok.kami bertiga semuanya order Mee Udang.actually this kedai ada jer masakan panas lain..Ikut atas selera ampa lah.


Mee Udang ni aku order.Mee Udang special,ada 11 Ekor Udang kat dalam nya!!Jenuh nak kopek kulit lah jawabnya..kalau taw aku order yang biasa jer.tamak lah sangat sebab perut tengah lapar.Rasa mee Udang kat sini biasa biasa jer..kalau kuah diorang lagi pekat mesti lagi sedap..tapi dah ok dah ngan tekak aku..


Orang kata Mee Udang Kuala Sepetang pun glemer.sampai ke hari ni aku masih tak makan makan lagi mee Udang kat Kuala Sepetang tu.ramai member aku yang pergi kata biasa jer,cuma Udangnya fresh fresh dan banyakkkkkk..memang nak kena try jugak lah satu hari nanti.Insya Allah kalau ada kelapangan..Jemput makan mee Udang ya kawan kawan!!


This Restaurant ada Booth booth kecil jugak kat tepinya yang jual Satay dan Sotong kangkung.Order lah jugak satay ayam 20 cucuk dan satay daging 10 cucuk.sedap satay kat sini.aku suka..cuma kalau ada satay perut mesti lagi best.


This is Abdul Hakim,my former friend zaman Uitm dulu..Sekarang dah punya anak seorang..Tahniah my fren!!lepas ni tambah la lagi bilangan yang ada.aku taw ko masih kekok nak pegang baby.heheee..lama lama nanti terer lah tu..banyak mender jugak sembang semalam.banyak hal kerja lah,kata sama line..


Nama this kid - Zaidul Khair..maaf lah hakim kalau aku salah eja..kesian dia agak kepanasan duk dalam kedai.dah la kapal terbang duk lalu dua tiga kali..ankel ajim tak berani nak pegang sebab awak baru berusia 50 hari..tak reti nak dukung baby..nanti ankel ajim bagi hadiah yer..taks empat nak belikan apa apa sebab plan last minute.


This area memang sangat sibuk..dengan kereta yang duk lalu tak putus putus..kedai ni betul betul tepi jalan jer cuma parking agak payah..so pandai pandai lah korang carik yer kalau rasa nak datang menyinggah..masa kitorang keluar kedai ramai betul orang duk menunggu giliran nak duduk sebab seat tak cukup.aku rasa sebab ni kan waktu cuti sekolah tu yang ramai semacam jer.apa apa pun it was a good experience untuk makan mee udang di sini.Worth a try!Thanks Hakim and ur wife for the time..ada umur kita jumpa lagi.

*seronok tengok kawan-kawan semua dah melalui another phase pulak dalam kehidupan..:) saya doakan kalian semua berbahagia..

22 comments:

bdk2 said...

makkk aihhh bro, udang die bersusun! sedappp seyyy tgkk

Mie said...

Tak payahlah makan sate perut, sbb kolestrolnya tinggi amat...

CikRangers (CR) said...

hihhi..kedai pebret CR gak nih.. sate dia memang tebaek..!! but yong tau fu dia agak kureng dan mahal skit..huhhuhu...

@xiM said...

BDK2,

NAMPAK bersusun tapi malas nak kopek..hahaha

@xiM said...

MIE,

ok.tengkiu atas peringatan..

@xiM said...

CIK RANGERS,

jarang say amakan mee udang..tapi kedai ni boleh laa..sedap jugak..ida mee ketam

Abg Bear said...

Rasa dah pernah rasa tapi udang tersusun tu yang merobek robek perasaan semula... arhhhh entry yang kejammmmm...!!!

solomolo said...

kalo Mak Munah tahu ni, mesti dia ajak gi penang weekend ni...

M.A.N.G.G.I.S.B.O.Y said...

Axim,

Memang Mee Udang Kuala Sepetang tu sangat menyelerakan. Harus dicuba tapi harus diingat kena tahan dengan lalat yang berterbangan :)

Good LUck Axim

M.A.N.G.G.I.S.B.O.Y said...

@xim,

Memang Mee Udang Kuala Sepetang sangat lazat dan harus dicuba cuma @xim kena tahan dengan sang lalat yang berterbangan.

Udang yang dihidangkan sangat manis dan selalu minta udang 10 ekor ya :)

Selamat mencuba @xim :)

JHaZKiTaRo said...

sedapnye tgk gambar sate tuh..anyway, salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca my experiences travelling ke 46 buah negara.. :)

@xiM said...

ABANG BEAR,

abang dah pernah pergi lah.dulu kita pi skali minum air kelapa ngan makan satay tu..masa 3 tahun lepas bang bear datang penang..:)

@xiM said...

SOLO MOLO,

siapakh itu kak munah??ajak la dia pi penang...

@xiM said...

MANGGIS BOY,

worait!nanti hujung minggu ni jugak aku ke Kuala Sepetang!!:)ada petunjuk kedai mana yang best??

@xiM said...

JHAZKITARO,

salam..okeh nanti aku rajin aku singgahh.selalu jugak singgah blog ko cuma tak tinggalkan komen jer..:)

sepul said...

setiap kali aku pi penang selalu nak try makan macam-macam tapi...

@xiM said...

SEPUL,

tapi apa..saja nak buat aku tertunggu tunggu.mencikk!!

sepul said...

tapi.... hati kau telah dimiliki orang lain. :(

@xiM said...

SEPUL,

hatiku hatimu jua

eLLy said...

mee udang.. mee udang..mee udang.. mee udang..mee udang.. mee udang..mee udang.. mee udang..mee udang.. mee udang..

catz said...

axim,
udang tuh mata dia sipa jeling2 oke..hahhaha. aku pi makan kat mee udang ayu sg dua.
mee udang kuala sepetang bg aku biasa2 je cuma sgt banjir udangnyaa. sebab tuh femes kot. sedap lagi hok penang ni..
mee udang pak ngah aziz ni berapa harganya??

catz said...

axim,
udang tuh mata dia sipa jeling2 oke..hahhaha. aku pi makan kat mee udang ayu sg dua.
mee udang kuala sepetang bg aku biasa2 je cuma sgt banjir udangnyaa. sebab tuh femes kot. sedap lagi hok penang ni..
mee udang pak ngah aziz ni berapa harganya??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails