Followers

Sunday, November 6, 2011

SAMBUTAN AIDILADHA 2011 DI KAMPUNG HALAMAN

Sambutan Aidiladha di Kampung sederhana,tapi ok lah.meriah dengan cara tersendiri..Lately tetiba aku rasa Penang ngan Kemaman macam jauh jer..memang lah jauh but before this aku tak rasa jauh pun..apa apa pun meh aku nak story sikit pasal sambutan aidiladha di kampung halaman.


Pagi Raya pi solat sunat Aidiladha di masjid jamek Kemasek..


My brothers and i..aku sorang jer sakan pakai baju melayu.diorang pakai jubah.aku terlupa nak bawak balik jubah dari Penang.


Jarak masjid dari Rumah tak jauh pun.kalau jalan kaki pun ok.tapi takder lah kitorang jalan kaki.kemudahan ada..kang kalau jalan kaki tak sempat pulak nak solat sunat.Aidiladha aku suka sebab tak perlu nak [re[are macam macam seperti raya Aidilfitri.so chances untuk ke masjid awal adalah tinggi.tak mengantuk pulak tu masa dengar khutbah sebab cukup tidor.kalau raya aidilfitri lepas mengibas satay terus pi solat sunat.memang biasanya alamat tidor lah waktu khutbah..(alamak pecah rahsiaa..hahaaa)


Balik dari solat sunat aidiladha baru kitorang makan.sunat tak makan dulu sebelum solat sunat..berbeza dengan aidilfiitri yang mana kita kena makan dulu..menu pagi ni macam biasalah ada ketupat ada lemang ada nasi lemak..makan beramai ramai itu indah..


Nasi Lemak,ketupat,lemang dan satay


Berjalan raya ke rumah tok wan sebelah rumah.raya aidiladha jalan rumah sedara mara sahaja..sedar tak sedar sembang sembang rumah tok wan sampai pukul 12 pm lebih..kebetulan mok wok dan pok pin pun ada sekali,so memang bersembang pasal majlis kenduri kahwin ain 11 November ni..Ain sepupu aku,akan kahwin dengan Russian Guy,teman sam asama belajar..jumpa jugak lah dengan that Russian Guy,Yunus Tagarev.khamis ni balik kampung lagi lah nampak gayanya.


Lepas Solat Zohor kitorang pakat pakat ke pusat penyembelihan di Kampung Mak Chili Kemaman..ada seekor kerbau akan ditumbangkan..semua ahli keluarga yang buat korban + aqiqah..abang jalee ambik dua bahagian aqiqah,abang shuk ambik satu bahagaian,ayah ada ambik satu bahagian Korban dan yang selebihnya tu mak sedara dan pak sedara.


Tukang sembelih dah sampai..so kena baca niat dulu sebelum nak sembelih.


Terkorbannya Seekor Lembu


Yang jadi mudahnya sebab diorang uruskan semua..lepas sembelih diorang siat kulit dari kerbau dan terus lapah sekali..dua orang buat tak sampai setengah jam..memang dah kerja diorang..tajam pulak tu pisau yang depa guna..memang seronok tengok tapi kalau aku buat sendiri alamat setengah hari pun belum tentu siap.hahaa..kena ada skill jugak nak elek perut dari terburai..


Penonoton memerhatikan dari belakang


sementara tunggu kerbau siap dilapah sakat Nurul Nadiah..seronok sakat budak kecik ni.heheee


Berbagi kepada Tujuh Bahagian..satu bahagian kat area kemaman = RM345..a bit murah lah compare area Penang dan Kuala Lumpur.yang penting niat nak korban tu kena ikhlas..


Alang alang dah ada kat sini semua tulang tulang yanag ada aku tolong kerat.senang sebab parang yang ada sangat mantap..kat rumah takder lah parang dan equipment yang sesuai nak kerat tulang..sudahnya nanti bakal beku berbulan bulan lamanya dalam peti..so kalau dah siap kerat nanti ambik,basuh dan terus masak sahaja..


Ada perbezaanya daging lembu dan Kerbau..daging kerbau teksturnya lebih kasar..dari segi sedap aku tak tahu lah nak beza..aku bukannya pencinta daging..kalau daging kecik kecik aku makan.yang potong besar macam di kenduri kahwin tu aku tak minat..Gulai Kawah is not my faveret..tapi ahli keluarga aku yang lain suka makan daging..yang dalam plastik kecik kecik macam kat atas tu siap siap nak beri kat orang.


Lepas solat maghrib berjemaah malam ni akan jadi sibuk sebab esok akan diadakan kenduri aqiqah anak sedara baru..main main dengan Nurul Qiadah,anak abang jaleee yang sulung.Qiadah ni sangat lah baik..tak menangis apa pun bila kacau dia..ikut jer apa orang suruh..heheee..


Muhammad Abdul Qayyum..anak kedua abang jalee..First time aku tengok lepas dia lahir..dah 2 bulan..tapi gemuk yang amat..6 KG..suka sangat abang kalee dan kak La sebab dapat anak lelaki..maknanya anak diorang dah sepasang dah la..alhamdulillah sihat walafiat.makin bertambahlah ahli keluarga kami..syukur padamu ya Allah.


Lepas Isyak keluarga menerima kunjungan dari pacik sedara dan makcik sedara terdekat..Dato'Ahmad Shabery Cheek pun ada..diorang datang ziarah ayah.dapat juga kad jemputan kenduri kahwin ain nanti bertempat di Awana Kijal.mesti meriah majlis tu..Congratulations in Advance Ain!


Bergambar bersama Menteri Belia dan Sukan..


Lepas semua tetamu dah balik kitorang berkampung di dapur lah untuk persiapan Majlsi Kenduri Aqiqah yang akan diadakan esok hari (7 November 2011).ada masa aku update pasal majlis kenduri tu nanti.Insya Allah.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
 
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” 
 
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

2 comments:

Mie said...

Salam Eidul Adha Azim,

Bestnya keluarga Azim. Nampak sangat kemesraannya...

Warna Warni said...

wahh meriah gitu...sate sntiasa ada...hmm tggi jgak menteri belia n sukan ni ke hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails