Followers

Wednesday, February 15, 2012

BBQ DINNER + DOA SELAMAT @ VILLA AZIM ASHAARY

Plan last minutes always work.

Well, at least it works for me..Aku decide untuk buat satu majlis makan malam BBQ di rumah aku sempena pertukaran beberapa rakan kerja..Haji Shukree dan Tajul akan berpindah ke KL, so aku just rasa macam nak buat satu majlis doa selamat + BBQ sekali untuk diorang..Alhamdulillah the plan goes well dengan support dari semua kawan kawan yang sporting.Majlis ni aku buat jemputan dalam 20 orang, cuma kenalan terdekat sahaja..nak panggil semua jiran dan semua rakan opis tak berdaya lah..Budget ciput..untuk first trial ni baik buat kecil kecilan dulu.


Persiapan dah buat sejak pagi.

Pergi ke Market Seberang Jaya ngan shahirwan.beli barang dan siap siap perap ayam,udang waktu tengahari sebelum majlis bermula.Majlis akan bermula lepas isyak so we got a lot of time to get prepared for this event.Ramuan perapan ayam aku buat sendiri berpandukan resepi dari internet dan resepi kawan and modified sikit sikit..Ketumbar,Serbuk jintan putih,jintan manis,serbuk kunyit,serai,bawang putih bawang besar, mayyonaise,sos tiram dan sos cili kisar sekali dalam blender then siap lah bahan marinate..rasanya sedap juga.(based on pendapat kawan kawan)


Kawan-kawan yang dah start membakar since pukul 8pm..jemputan akan tiba lepas isyak..Aku pulak lepas maghrib sibuk duk kat dapaur buat Nasi Goreng cina dan buat persiapan tempat.Shahirwan duk buat air..Syajaie, Fikri dan Asmunir hidupkan api dan in-charge bahagian bakar ayam..kalau ada kerjasama Insya Allah semua benda berjalan lancar..


Lepas solat Isyak kat balai islam semua geng surau yang aku jemput sampai..aku minta Pak Lah (Imam di balai islam) untuk buat tahlil dan doa selamat sekali..mendoakan kesejahteraan semua insan insan terdekat dalam hidup kita yang telah pergi, di samping mendoakan kesejahteraan semua..Kira ni macam doa selamat penaik rumah lah..sebab dah lama aku plan nak buat sedikit majlis since pindah to this house (on September 2011)..baru hari ni Allah makbulkan hajat aku..Alhamdulillah syukur..Hidup tanpa keberkatan dari Allah akan terasa kosong.sebab tu setiap hari jangan lepaskan pergantungan kita kepada Allah.Insya Allah selamat dunia akhirat.


Makanan yang disediakan malam ini


Abang Nazri, jiran sponsor Murtabak dan Karipap..sedap sangat Murtabak tu..beli kat pasar malam permatang pauh.lain kali mesti mau cari..Karipap tu pun sedap..Nasi Goreng Cina seafood aku goreng sendiri.nasib lah kalau tak sedap..asalkan boleh telan cukup lah.Tengok makanan macam 40 orang boleh makan..Timbul kegusaran dalam hati takut makanan tak habis..


Udang bakar..sosej bakar..


Dah selesai bacaan tahlil dan doa selamat, majlis makan makan pun bermula..ada lagi tetamu belum sampai tapi takpe lah.start makan dulu lah bagi yang dah ada..tak perlu nak formal sangat sebab memang majlis ni suka suka..sekadar untuk mengeratkan ukhuwah sesama rakan kerja..Moga diberkati Allah.


Aku pun join makan sekali lah.seronok makan ramai ramai..



Bukan saja kawan kawan dijemput, ngan anak anak diorang sekali ada..bagus lah macam tu..baru lagi meriah majlis dengan kehadiran anak anak kecil.


selamat menjamu selera


Makan makan sembang sembang..apa ustaz shafie duk gebang tuh..


Keadaan makin rancak pada jam 10pm..jiran jiran semua datang..Tapi ramai juga jemputan yang tak dapat hadir sebab biasa lah, hujung minggu ramai yang nak balik kampung dan ada urusan urusan tertentu..bila tengok tetamu yang datang macam ni pun dah cukup lega..tak lah berlebih lebih makanan yang disediakan.


duk usik anak abang nazri.malu dia nak bergambar..


Antara anak rakan kerja yang hadir


Pak lah nak minta izin dulu..dah nak dekat jam 11pm..sempat lah beri bekalan ayam bakar dan udang bakar pada dia untuk dibawa balik..Terima kasih banyak banyak pak lah sebab conduct majlis doa selamat tadi..


Balance ayam masih ada kat luar..ni batch terakhir


with Syajaie, Tokey BBQ malam ni..


Bila semua perut dah kenyang semua duk tersandar tengok TV di ruang tamu..susah rumah aku nak penuh dengan orang macam ni.memang boleh buat lagi lah lepas ni..orang kata tetamu datang membawa rejeki..kalau hari biasa sorang sorang jer lah duk layan tv di ruang tamu yang luas..


semua duk khusyuk layan bola.Manchested United VS Liverpool.kesudahannya Liverpool kalah di tangan Man United dengan 2-1 punya result.Ramai peminat Man United malam ni..semua bersorak bila Man United menang.aku dua dua team ni aku tak minat.Tunggu game Chelsea Lawan Everton kejap lagi.


Anak haji shukree test power ambik gambar


Bila semua tetamu dah balik baru Boss aku sampai..dia tak dapat nak hadir sebab anak dia ada training bowling di sunshine..kira sempat juga lah beri bekal bungkus kat dia..nasi goreng dan ayam bakar ada balance sikit lagi.ada rezeki dia..Kepada semua tetamu yang datang aku ucapkan terima kasih dan semoga lain kali jangan serik nak singgah rumah aku lagi lepas ni..Thanks juga pada semua kawan kawan lain yang memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis BBQ kita pada malam ni.Insya Allah kalau berkesempatan kita akan buat lagi lain kali.Kepada tajul dan Haji Shukree, selamat bertugas di tempat baru dan selamat maju jaya.

Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

*Majlis on 11 February 2012

5 comments:

sepul said...

hai azimashaary. sedapnyyaaa. bila ntah nak singgah rumah awak.

Leez M. Saaid said...

bila plak nak ajak kawan2 KL berBBQ di Villa Azim Ashaary???

yanizz said...

Luas nyer rumah, deko simple ja saya suke saya suke

NamaSayaDiana said...

Cantiknya rumah. Bujang kan? Pandai hias umah ;)

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails