Followers

Saturday, February 11, 2012

DARI DAPUR AXIMUD : LUNCH + KUCH KUCH HOTA HAI

Pagi sabtu yang cerah.

This week ikut jadual kerja aku dalam list standby.station pulak shutdown..so aku tak ke Kuala Lumpur hujung minggu ni..Biasa jarang sangat lah berlaku apa apa kat Plant tu.but in case anything happened at least aku ada di sini..Lagipun ada a few things nak buat..so hari ni plannya malam karang ada buat BBQ Dinner,jemput kawan kawan rapat..Buat doa selamat sikit kalau ikut plan asal..Hopefuly rancangan berjalan lancar.


Pagi tadi ke Market seberang jaya ngan Shah irwan beli ayam, Udang, Sotong dan beberapa barangan untuk persiapan malam ni..balik rumah dah pukul 12pm terus siap siap basuh ayam dan udang untuk diperap..sambil sambil tu sempat lah aku buat lauk untuk makan tengahari kami hari ni..Just buat lauk simple jer, Sotong + Udang masak Tiram dan Ayam panggang serta telur dadar.


Nampak macam tak sedap kan Udang + Sotong masak tiram ni.Tapi sedap okeh.tak percaya??Percayalah..kawan kawanku kata sedappp.Dont judge a book by its cover.


Ayam Panggang ni sebenarnya ambik ayam yang tengah perap dalam peti...nak try rasa rempah perapan..kira nya test dulu lah ni..sambil buat lauk.Bakar atas pan.sedap jugak bahan perapan ayam ni..rasa rempahnya macam best.nanti aku share resepi perapan ayam yang aku modified sendiri selain ambik dari resepi dalam internet dan bantuan seorang kawan..:)..To be honest dah lama tak memasak sebenarnya..Bila buat comeback ni rasa bersemangat jer..


Aiseh.

TV3 ada siarkan cerita Kuch Kuch Hota Hai pulak..Member aku ada sorang duk layan sangat cerita ni(tanak ngaku aku pun layan.hehe)..aku pun layan gak cerita Hindustan ni dulu..Kiranya mula mula aku tetiba terminat cerita hindustan sebab this film..Kira legend lah Movie ni..Evergreen.sampai bila bila pun tengok mesti best.Aku suka jalan ceritanya..tapi jangan tengok Kuliyyah cinta ya.sibuk sangat razak Mohaideen tu nak tiru Filem Kuch kuch hota hai macam dah takdak idea sangat.alahhhh pengarah tu memang reti copy jer idea orang.*tetiba emo ngan pengarah filem apa kes..


Sinopsis Cerita ni aku tak reti nak share lebih lebih.sebab korang semua mesti lagi tahu..cerita pasal Anjali dan Rahul.Anjali tomboy zaman kolej pastu jatuh cinta ngan Rahul.tapi Rahul kawen ngan Tina..Anjali patah hati.Bila Tina Mati mereka dipertemukan semula masa summer camp..Anjali(anak rahul dan Tina) cuba menyatukan balik Rahul dan Anjali walaupun masa tu Anjali dah bertunang dengan Aman Mehra.Last sekali Anjali kawen gak ngan Rahul Lakonan Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukherji dan Salman Khan..Soundtrack cerita ni semua best best..Tapi janganlah sampai melalaikan korang ya..

*Ok nak bersiap siap untuk program malam ni.Menu : Nasi Goreng Cina, Ayam + Udang BBQ, Murtabak , Karipap, Sosej Panggang dan Air Sunquick perasa Mangga.

2 comments:

Mrs.Taufik said...

memang best kuch kuch hota hai.!! tak tinggal turut sama layan sampai meleleh air mata tengok...hehehe
errmm.. ayam&sotong masak tiram tuh cam errmm banyaknya minyak!! hehehehe tp sedapp kot noh..
gurau jeee :D

bozzobattousai said...

nape last sekali anjali kawin ngan TAJUL? sapa TAJUL tu ye.... :)Tak perasan lak ada pelakon nama TAJUL dalam cite ni... ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails