Followers

Sunday, February 19, 2012

KOTA KINABALU WEEKEND GETAWAY PART 2 : INDONESIAN AUTHENTIC CUISINE DINNER @ D'KL RESTAURANT KG. LIKAS

Lepas dah beriadah dan menikmati keindahan air terjun bermuzik di Perdana Park Tanjung Aru, perut mula berkeroncong minta di isi..Tapi sebelum keluar makan malam balik rumah dulu untuk tukar baju.Lagipun wallet semua tak bawak skali.


Aku teringin nak makan ayam peyet ala ala indonesian style.so Abang Shah recommend untuk makan malam di Restoran D'KL..Lokasinya terletak di Kampung Likas, Jalan Patin..kalau nak suruh aku bawak memang tak ingat lah. So here we are at D'KL restaurant.


Restoran ni sebenarnya sebuah rumah banglo semi D kalau akku tak silap.so dalamanya di hias jawa stail untuk ruangan bersila.Very nice dekorasi jugak lah demi membangkitkan mood Indonesia di sini.Masa kami sampai tak ramai orang yang ada.ada satu meja tu macam student kot sebab duk buat study group jer aku tengok.


Abang Bear tak dapat join sekali sebab dia ada di Kuala Lumpur masa ni.


Air Carrot O suam menjadi pilihan saya


Nasi Putih.siap ada kerepek.bers wangi.nice!


Ayam Bakar Taliwang.very lah delicious!!


Tomyam Putih Seafood.Rasa kuahnya masam dan light.sedap!!


Ayam pop bersama Ulam Ubi Kayau.Menu wajib aku kalau makan di Indonesian Restaurant


Tak ada Tempe Goreng tak cukup Indonesia lah rasanya


Terung masak balado.pun nice jugak


Ni macam lari tema sikit.Udang Butter kering.just so so.


Gado Gado kesukaan Abang Shah.tak sempat nak rasa.sebab dah kenyang sangat


Alhamdulillah licin kami makan.ada a few lauk tak abis.tapi dah kenyang sangat lerrr..


semua senyum sebab dah kenyang..


Overall aku rasa puas hati dengan makanan kat sini.Memang sedap dan berbaloi.Harganya mmemang berpatutan dan portionnya jugak banyak..kami dah terlebih order lauk tapi makan je lah.nak buat macam mana..D'KL maksudnya Di Kampung Likas..bukan Di Kuala Lumpur ya..jangan salah faham..Cuma satu jer aku tak berkenan waiter dan waitressnya ambik order macam nak tak nak jer.not friendly enough.But for me dengan rasa makanan yang sedap macam ni soal waiteer/waitress nya tu boleh di abaikan sama sekali..Selamat mencuba ya pada sesiapa yang teringin nak makan lepas tengok review di blog aku ni.kat bawah aku sertakan lokasi dan waktu operasi nya:(*Click this link for D'KL Restaurant Map.)

Location: 
No.1 Lorong Likas, Jalan Pasir,
Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-430075 (advice you to make reservation)

Operating Time:
Monday – Friday: 7am – 10pm (close on Friday prayer’s time)
Saturday: 7am – 11pm
Sunday: 10am – 11pm
28th of every month: 6pm-10pm

Selamat Menjamu Selera!

2 comments:

Abg Bear said...

Rasanya kan Azim... bukan waiter kat sini jer yang macam tu... kat seluruh KK pun lebih kurang jer kecuali kalau restoran barat...

terung berlado?? hamboiiii tak pernah terai lagi tuh

sepul said...

saya rasa sangat berpuas hati dengan review yang telah dilakukan pada kali ini. saya amat teruja dan berasa seolah-olah saya pun turut berada disana. oleh yang demikian teruskanlah usaha-usaha murni seperti ini demi melahirkan insan yang cemerlang sepanjang zaman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails