Followers

Sunday, February 15, 2009

Meet Uncle William

Ehhh macam kenal saja kan ngan gambar air kat bawah ni..


Ya betul tuh..ni air kedondong asam boi campur Longan..kat kedai Uncle William..Dahaga Siot..Perjalanan 4 jam tanpa makan dan minum..ni da sampai KL baru nak makan..Lapor..Tak taw nak makan kat mana kitorang terus menuju ke William..lama dah tak lepak kat sini lagipun.

Thanks Kak Non sebab sudi Fetch aku kat PuduRaya..kalau tak mati kutu aku nak naik teksi tengah malam buta nih..konpem double charge..Sampai dalam lebih kurang pukul 12.30 tengahmalam..Naik bas dari Penang pukul 8 malam tadi.(after sampai Penang dari Lankawi pukul 6 petang tadi terus naik bas ke KL pulak pada pukul 8 malam..ponek ponek..)

awat macam sembap semacam jaa muka aku..muka baru bangun tidur campur ngan lapor sebenarnya nih..makan tengah malam pun tengah malam la..kang tak lena pulak tidur..(tido ker?).Kitorang menantikan ketibaan dua lagi rakan yang lain..iaitu..

Ni lah dua orang yang sudi menjoinkan diri lagi untuk kesekian kalinya..dah turun KL kalau tak jumpa depa ni tak sah la kan..tak lengkap plak weekend aku nanti..seperti biasa Lily akan datang ngan Encik Assistant nya..seperti Selebriti yang di serang paparazzi la pulop main tutup muka cenggitu..hehe

Alang-alang dah jumpa ni lah peluang nak kasi coklat coklat yang di beli dari Langkawi..tak di lupakan Jeruk buah Pala Penang Mai..sementara nak tunggu order sampai kitorang duk baham coklat lah dulu..sodap..cair di mulut tidak di tangan..

Pose-pose ayu dari Miss LensaLily..dah tak lama lagi kan..hmmm..sabarlah menanti okeh..:)
Lain macam pulak muka EA aku tengok..haha..macam pakai temulawak jer nih..

Bila dah jumpa ni macam macam lah yang di bincangkan..projek itu lah projek ini lah..dari Projek A.B,C,D sampai X,Y.Z kitorang duk bincang..wahhhh nak berjalan tak sesudah kan..janji enjoy okeh..kalau hati tak hepi camana nak enjoy kan..lu pikir lah sendirik..

Starter untuk makan tengah malam ni-Tak sah la kalau takder ayam pandan nih..sedap dari dulu kini dan selamanya..tak cukup satu pinggan kitorang duk order satu pinggan lagik..

Hidangan utama-Seafood Marinara
Boleh tahan jugak lah spaghetti Seafood Marinara nih..yang penting isi harta benda kat dalam tuh banyak..happening giler ngan Udang sotong siput Buluh Kupang segala..Sedap wa cakap lu..Tak caya cuba la try sendirik nanti..

aku dengar ada orang baru balik dari majlis besday anak sedara..kenyang kata nya sebab dah makan..tapi laju jek aku tengok duk menambah nambah nih..haha..Takper takper..kalau tak nanti membazir pulak..

Alhamdulillah kenyang Sudey..tapi seafood marinara ni still takleh celen ngan Seafood Arabiata..yang tu lagi pehhhhhhh..

Ni tauhu goreng..Menu baru kat William..Kitorang kena jadik food Tester la pulak..Complimentary dari Uncle William..baru invent katanya menu ni..ntah dapat idea dari mana dia ada cakap tapi aku tak ingat..dari rancangan Iron Chef kot(kalau tak silap aku laaa..)
Rasanya sedap jer..ada filling lagi kat dalam..filling apa aku pun tak pasti..tapi sebab dah kenyang tak larat nak habiskan sumer..anyway,thanks Uncle Willy,nice try..lepas ni kalau datang lagi boleh la order tauhu goreng ni.
Ni model cokolat ker apa nih..boleh plak duk pakai baju sama kaler pink..macam pakat jer kan..(masa ni da dekat pukul 4.30 pagi..tengok la kat belakang tuh sumer kerusi dah susun..tinggal meja kitorang jer..)

Kalau yang ni jadi model Ubat Gigi kira lepas tak??haha


Dekat pukul 5 pagi baru kitorang gerak balik..tu pun sebab tokey kedai da sibuk nak pi pasar pagi cari barang..tak cukup ngan kat meja duk sambung plak sembang kat tempat parking kereta..ish ish ish..kalau kami dah berjumpa..

Dah dah aku nak balik rehat pulak ni..letih maa..dari semalam tak tidor mau badan tak flat nanti..anyway,nice to meet all of you again n again..nanti ketemu lagik yaa dalam projek projek pop yang akan datang..Miz all of you Guys!(kalau ada 2 lagi yang di sana dan di sinun baru cukup korum kita kan..mesti lagi meriah..:))


Sampai dah kosong kawasan tempat William ni meniaga baru kitorang gerak..dashyat tak dashyat kan..haha..Thanks skali lagi kat Ziana sebab tolong hantar ke Rumah Kak tie..masa dia hantar da pukul 6.30 pagi..wakaka..

Ingatkan nak tidur kejap tapi masalahnya pukul 9 jap lagi nak kena siap siap pi majlis Pertunangan kawan baik aku kat Kuala Lipis pulak..pikir punya pikir last last aku tak tidur lansung..Tidur kang mau nya tak jaga nanti..Dalam pukul 8 gerak dari Rumah Kak Tie menuju ke destinasi seterusnya pulak-Kuala Lipis,tempat kelahiran penyanyi No.1 Negara kita(perlu ke mention mender ni??haha)

Kuala Lipis-here i Come.

19 comments:

farhanaabubakar said...

kecur air liur tgk jeruk buah pala 2..
da lama xmkn huuuu

btw..thx abg axim..
lawat blog n drop comment kat situ =)

~ gyena~ said...

uit x penat ke x tido?
ada mkn multivitamin apa ni? kuat mcm badang. badang pn x kuat cam axim tau

p/s: ada pesanan, 28feb2009 ni ada gathering bersama blogger penang di gurney. sila tunggu futher info dr eliya n riben..pape pun make sure dtg bawa anis sama..nk kenal2...i'm excited sgt2 ni!!

fusarium solani said...

Salam,
Azim,
Lama aku tak tinggal komen di blog kau. Aku jadi pembaca senyap. Sebabnya? Sibuk sangat. Blog orang lain pun serupa. Minta maaf banyak, tapi aku tetap ingat pada kau. Rajinnya kau berjalan, tak penatkah?

Sekarang aku rajin kayuh basikal
kerana tahap kesihatan aku menurun kebelakangan ini. Maka agak menyusutlah aktiviti aku berblog.

Kalau kau turun KL@Shah Alam, info aku kat blog. Ada kesempatan boleh jumpa:)

Take care Azim.

Wahidah said...

wah air kedondong plus asam boi plus longan...mcm mn la rsnya kan..mcm besh jer.............

Lily.Lulu said...

pa ..
thanks for the chocolate dan buah pala from penang

chocolate tuh tak kunyah2 lagi .. sayang pulak nak makan

hehehehe ...
:D

u take care and have fun at langkawi again !!

mummysyafie said...

akak nyer coklat mana xim?? ngeh..ngeh..lariss

★☆inchek [s.h.a.n.d.y.e] ★☆ said...

dh lama tak singgah uncle william punya stall...

klu pg sure minta spaghetti bolognese with extra cheese. pekena dgn ribena longan.

yummy!

Ad Rifza said...

macam menarekss jer wiliam ni..arini Ad dah baca 2 blog org pegi sini...hmmm nanti leh ajak someone gi sana nanti bila ke kay ell..hehe

kuchairies said...

sangat suka aktiviti seperti ini.. gathering, makan.. gathering, makan.. btw, uncle william nih kat mana?

budleee said...

hey yum!

tahu goreng with filling

mcm sushi kat sushi groove sikit

masni qisrine said...

hahahaha...tak pasal2 kedai uncle william jadik glemer pulak
plg kelakar..sbb xdak menu????
tp oder la apa yg nk, mesti dia buleh buat
shedap pulak tu...huhuhu...

u rawks la uncle^_^

Heartless Devilish said...

aku sker sgt tgk gambo makanan...
sedapnyeee la....
pastu ada cekelat plak tuh..
aduh la.... perot pun krot krek krot krek

wénkt said...

awat cam kenal lak erk?

Beruang Madu said...

Lahhh... ada datang KL rupanya... napelah abang tak diberitahu... dah di pinggirkan ker... hehehe tahulah dah tak aktif berblog...

tapi takper... semua orang ada reason sendiri... keep in touch

MsRahah said...

uncle william ni mesti syg kat korg kan hahahaha

happy working dude!

Faisal Admar said...

Whoa! Direct dari Penang-Langkawi-Penang-KL

Rajin! :D

Tny said...

Alaaa.. korang ni.. buat saya teringin sesungguh nk ke william.. tapi jauh nunnn!!!

=p

[yAN!e][pUTraJAya] said...

coklat penuh meja..
ha ha ha

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥
*********************************

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails