Followers

Monday, April 11, 2011

CERITA OUTSTATION KE TERENGGANU PART 1

Pagi-pagi lagi dah bangun pukul 6am.

Sebab kononnya first day course ni tak nak lah lambat.some more aku pun tak berapa sure Kuala Berang jauh mana dari Rumah adik da.so better keluar awal..Rupanya tak lah jauh mana pun..bertolak pukul 7 pagi dari Rumah adik da di Bukit Payung pukul 7.30 dah sampai pun di area Kuala Berang..terawal sangat lah pulak..

a

Alang-alang dah sampai awal aku singgah la dulu sarapan pagi di sebuah kedai makan..hajat di hati nak cari nasi dagang tapi makcik tu kata nasi dagang masih dalam pembikinan..so takder choice sangat.nak ambik nasi lemak macam selalu dah makan nasi lemak.so aku mintak nasi Minyak.
a

Kat Terengganu macam ni lah.Nak makan nasi minyak tak perlu nak tunggu kenduri kawen pun.Tiap tiap pagi pun ada..tapi nasib aku tak berapa baik lah..Nasi Minyak ni tak berapa mengancam.Habis sarapan terus sambung kursus..sampai lah jam 5 petang..Then aku ngan dua orang senior manager pi jenjalan kat Taman Tamadun islam Punya area.nak singgah solat asar di Masjid Kristal.
a

Punya lah lama masjid Kristal ni dah siap kan,The funny thing is ni ialah the first time aku menjejakkan kaki ke sini.walaupun aku orang terengganu tapi aku stay kat area kemaman..so susah la sket nak menjejak kan kaki ke area Terengganu.Alhamdulillah akhirnya sampai..:)
a

View masjid dari pandangan hadapan.
a

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
a

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
a

Kesimpulannya aku rasa masjid ni macam biasa jer.takdak apa yang istimewa pun.cantik memang lah cantik tapi tu jer kah..untuk tarikan pelancong kata mereka..dekat area ni ada satu taman tamadun Islam yang diorang buat arca masjid masjid dari negara lain..nak masuk tu kena bayar.so kami takder minat nak masuk pun.
a

Next pit stop-Kami menuju ke Seberang takir,ke Pantai Teluk Ketapang belakang Airport..nak makan Keropok Lekor ngan Makanan Laut Celup tepung..Ni gambar atas Jambatan yang menuju ke Pulau Duyung.
a

Sekali lagi,aku nama jer orang terengganu.Kedai tepi ni pun tak pernah sampai.hahaa..Senior Manager aku yang bagitau this place sebab dulu dia pernah datang.nama kedai ni ICT HAJI POK LONG..ict tu apa maksud tak taw.waktu perniagaan sanpai jam 7,30 pm sahaja.
a

Teruja tengok seleksi makanan yang ada..ada keropok lekor,ada Sotong Goreng tepung,Udang,Bihun dan macam macam lagi..memang sangat lah sedap..aku makan banyak gilerrrr
a

Mai mai jemput makan..Bismillah,...
a

kedai ni betul betul kat Belakang airport..senang jer nak cari
a

Hari dah merangkak malam,so kami pun beredar dan bergerak menuju ke Hotel.Tengahari tadi Dah booking Hotel Felda Residence Through Phone..
a



Rate satu malam : RM190
a

paper teganukita yang mahal tu.haha
a

Overall aku rasa Hotel ni Ok..Cuma dengan harga macam tu sepatutnya Hotel ni buat kemudahan yang setara dengan harga yang di tawarkan.maksud aku kalau ada Gym dan Swimming pool much better..
a

Time malam ingat taknak Dinner dah..Tapi adik da ngan Hasben dia pulak ajak makan malam..Tuan rumah nak belanja makan malam kot.hehee..so tunggu diorang kat Hotel diorang fetch aku..then bawak makan kat area Tanjung.
a

Rasa makanan kat sini average..sedih pun ada
a

Ikan barat Bakar sedap.tapi sangat kecewa dengan Ketam masak merah tu.Ketam tu lansung kami tak boleh nak makan sebab rasanya buruk..Ketam lama kot.hmmm takper lah.Takder rezeki..lain kali diorang nak bawak aku makan sup belud pulak.
a

Thanks adikku untuk makan malam kali ni.walaupun tak berapa sedap.haha..Rezeki semuanya dari Tuhan..Syifa' pun dah makin besar sekarang..Dari tempat makan diorang hantar aku balik Hotel..dan apa lagi.Tidor je lah.menanti hari esok muncul..
a
*To be continued..

4 comments:

Nieda said...

Pernah ke Kemboja? Akak cari cerita Kemboja @azim .Sekadar nak tahu sbb hubby dah terbang ke sana pagi tadi.

@xiM said...

NIEDA,

dah pergi bulan Disember tahun lepas tapi sampai sekarang cerita masih belum buat..huhu..sorry kak..

Soeryani Atmadja said...

ICT tu rasanya Ikan Celup Tepung. Kuala Terengganu sekarang dah maju tapi suasana dia dah tak best macam dulu2...

Arash Libra said...

lamanya tak pergi teluk ketapang! mmg sedap & murah! terbaikkk!! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails