Followers

Monday, April 18, 2011

FOOD REVIEW : NASI KANDAR BERATUR RESIPI ORIGINAL PENANG

Pagi isnin yang berbahagia.

Aku bangkit awai pagi ni.sebab ada tetamu datang ke rumah..ada member dari KL outstation ke Penang ada urusan di Bertam maka dengan murah hatinya saya membenarkan dia berteduh di teratak buruk saya semalam dua..menolong orang itu gembira..Dia sampai around pukul 7 malam semalam,time tu Aku baru balik swimming kat seberang jaya..sorry bro ko terpaksa tunggu setengah jam.sapa suh datang lambat.haha..Time malam dia mengiau ajak pi makan kat Nasi Kandar Beratur kat Jalan Masjid Kapitan Keling.
a

The funny thing - this is the very first time aku makan kat sini!!percaya atau tidak dah dekat 5 tahun aku stay di penang asyik dengar jer orang cakap about this Restaurant tapi tak pernah tergerak hati nak menyinggah makan.tak taw pasaipa.maybe sebab aku bukan peminat Nasi Kandar sangat.tapi semua tu dah berubah sejak malam tadi..Nasi Kandar ni buat aku termimpi-mimpi beb..meh kita sambung review.for some reason,malam tadi sikit punya payah nak cari Restoran ni..duk kol orang sana sini minta petunjuk jalan tapi boleh sesat sampai ke mana mana..padahal jalan nak ke sini senang jer.aku rasa maybe sebab kami berdua tengah penat..aku penat swimming,member aku ni penat drive dari Pagi sampai Ke Penang.tu yang dua dua blur..last last duk pusing merata terjumpa lah masjid kapitan keling belah kanan.nampak dah orang duk beratuq..phewww akhirnya jumpa.. 
a

So this is it- enciksepul.blogspot.com.dia ada urusan di area Bertam sampai hari selasa ni.kenalan Blogger,Facebooker dan juga Twitter..dah tak single,ada anak sorang dan dah tak available yer tuan tuan dan puan puan sekelian.apa kehelnya aku duk review pasal dia pulak kan.aku nak review pasal Nasi Kandaq beratuq ni..Ok jom sambung balik.dah lost track pulak.
a

Sesuai dengan namanya NASI KANDAR BERATUR so korang leh tengok sendiri lah betapa ramai orang yang duk beratur.semua sanggup beratur so maknanya memang nasi kandar ni legend lah..bau kari yang duk ada di udara masa ni sungguh tempting..This Restaurant betul betul sebelah masjid Kapitan Keling..so kalau korang jumpa masjid memang akan ternampak terus signboard this restaurant.terang dan jelas.Sejak tahun 1943 lagi tuh.bapak aku pun belum lahir lagi.
a

Budaya makan rakyat Malaysia yang harmoni.makan di kala embun jantan mula nak muncul.but who cares?here in Penang everything is about Food...Food here and There..kalau datang Penang banyakkkk gilaaa tempat makan yang menarik..mana lah aku tak suka kerja kat penang ni kan.
a

Time kami beratur tadi tak ramai sangat orang.tetiba bila pusing ke belakang aisehhhh dah lagi panjang lah..wow muka aku agak membengkak di situ.Cukup makan sungguh.aritu time kecik sikit ramai duk komplen kata tak elok cengkung.now ramai pulak duk komplen kata dah tembam.apa apa je lah.janji aku sehat dan sejahtera..happy to live my life like this..:)
a
''And like all the nasi kandar stalls in Penang, it serves almost all the dishes that can be found in other similar outlets.The specialities here are fish curry and chicken rose, which both have a rich and distinctive aftertaste.Its mutton kurma is also very popular. Made with a blend of spices that has been the family’s recipe for 65 years, the mutton gravy has a “kick” to it.The beef rendang is another must-have.'' - sedutan dari sini
a

Akhirnya giliran kami sampai..aku mintak kari ayam ngan Telur sotong serta Bendi.makanan yang ada kat sini lebih kurang lah macam Outlet nasi kandar yang lain,tapi bau karinya rasa menusuk hidung lain macam..tak boleh jadi kena try makan dulu lah baru taw rasanya macam mana..pakcik yang duk buh nasik ni pun dah macam lipas kudung dah.laju pantas tangkas dan tuntas menyenduk lauk dan kuah.saspek lah kat lu pakcik!
a

pehhhh so tempting..menitik ayaq liuq aku wehh!!
a

nasi kandar beratur - lauk kari ayam,Bendi dan telur Sotong.
a

Yer beliau tergamam di situ setelah lama beratur dekat setengah jam akhirnya kami mendapat nasik yang di idam idamkan.dah sesat setengah jam beratur pulak setengah jam kira berbaloi lah dapat jugak makan kat sini..
a

Tempat duduk pun macam terhad ingat nak lepak kat Luar tapi seat semuanya penuh so kami selesa berada di dalam sajalah.order Tea O suam sebagai Penyeri Hidangan..moh la kita makan..Bismillah..sesungguhnya Rezeki ni semuanya Dari Allah.. Syukur
a

Fisrt suapan aku makan.terus aku jatuh cinta..memang sedap lain macam wehh kuah karinya..aku tak taw lah korang akan rasa macam mana.tapi tekak aku kata sangat sedap.lepas ni aku tak pandang dah rasanya Nasi Kandar Pelita,Kayu dan yang seumpamanya..mesti mau pekena nasi kandar kat sini jugak.baru ada umpphh..aku tak taw nak eksplen sedap macam mana.memang korang kena mai datang rasa sendiri.Nasi Kandar pak jamal bawah Pokok kat Butterworth pun dah jatuh ranking nampak gayanya.heheee..sorry pak jamal.
a

Jin pun nak makan jugak.so tulang ni spare untuk diorang lah,actually kalau tulang ni boleh makan nescaya Licin dan kosong lah pinggan ini..serius puas hati rasa makan kat sini..jangan cakap soal kalori yek.ni soal sedap ker tak sedap.kalau pikir pasal kalori,Kolesterol dan lemak semua benda kita tak boleh makan sat lagi..aku percaya hidup ni kena balance..makan kuat work out pun kena kuat jugak..play hard and work hard lah konsepnya.gitu. 
a

Time nak balik pun Line masih panjang..hebat betul penangan Nasi Kandar Beartur ni.mesti dah kaya tahap dewa Tokey Kedai Nasi Kandar Beartur ni..since 1943 mesti legasi turun temurun yang sungguh hebat.sekarang baru aku paham kenapa orang sanggup beratur setengah jam ataupun sejam demi nak makan nasi Kandar ni.memang sedap rupanya.
a

Lupa lak nak bagi tahu harga dua orang makan macam ni bersamaan RM20 sekali ngan air.bagi aku affordable lah..Nasi Kandar kat lain lain pun lebih kurang gini gak harganya.Restoran ni terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling,betul betul sebelah masjid tu jer.ni aku kasi alamat:
a
Nasi Kandar Beratur98
Jalan Masjid Kapitan Keling,
10200 Penang, Malaysia.
(next to Kapitan Keling Mosque)
Opening Hours: 10.00pm-9.00am
GPS: 5.416815, 100.337582
a
Aku macam dah overrated pulak kan nasi kandar ni.tapi based on my experience this is the best nasi Kandar i've ever had.tekak masing masing tak sama.so kalau korang makan dan rasanya biasa sahaja maybe sebab nasi kandar is not on your type of food ker atau korang ada lah reason tersendiri kan.Cumanya Life is too short to be ordinary.Cuba lah sesuatu yang baru dan that's how we gonna enjoy our live more..
a
*Sekian dulu review NASI KANDAR BERATUR saya buat kali ini.Jumpa lagi di review yang akan datang.Isnin ni banyak kerja nak kena siapkan.Until later yaa!!babai..(malam kang ada yang pi lagi sekali tempat ni kang..heheheee..)

26 comments:

13may said...

siang pun ada bukak...tapi tak sedap...yang malam punya lagi sedap...

dan lagi satu, kalau nak makan nasi beratuq...baik lapik perut makan apa2 dulu...kang tensen dan bengang sebab tak tahan lapaq...hehhe hehhe

kami said...

mkn nasi kandar beratur sampai lupa semua kan.. hehe!! (cam dah kena pukau kot)

Sahida binti Abdul Wahid @ riss said...

wah..terus rasa lapaq! dh lama tk makan kt sini..
rasanya nasi beratuq ni bukak malam jer kan?

@xiM said...

13 MAY,

Siang bukak sampai pukul 9 pagi jer kan?

betul cakap hang.kena lapik perut dulu.kitorang makan karipap ngan keropok lekor dulu sebelum sampai..dan hasilnya kami menunggu dengan senyuman.hehehee

@xiM said...

KAMI,

saya pun rasa macam tu..depa ada buh kas kas kot sampai terus lupa seketika..

balik rumah baru ingat balik.heheee..

@xiM said...

SAHIDA,

nasi kandar ni beroperasi dari jam 10 malam hingga 9 pagi.pastu tutup diorang pakat pakat tidoq pulak..

rasp said...

yg betui2 sedap sila beratuq jam 10 malam tau...
sblum tu geng lain niaga...
tapak sama....
akak kalo balik penang...
WAJIB beratuqqqqqqqq....
kalo tak terliuqqqqqqq :)

sepul said...

Ok malam ni kita repeat. Takyah duk cakap byk.

@xiM said...

RASP,

setujuk!nak repeat lagi lah malam ni..memang terliur sangat sangat di kala tengahari yang kelaparan ni..

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

lets!!!mai kita repeat malam ni..dan rasai lah kehebatan nasi kandar ni berganda ganda.

ok aku merapu dah ni.lapaq..

Buzu Ediany said...

Wahhh rasa pueh kan even beratuq setengah jam..dlu time Lily n Nurman mai rasa beratuq dekat sejam kot...mmg kaw2 sedap...walaupun ayam goreng dia tampak biasa...skali masuk...auuummm...lazat...

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

salam..

sedap sangat kah..? mmg dengar cam best..
sambil baca nie sambil lap ayaq liur....

emmm droooolingggggggg lah

che'Burn@che'Qis said...

perghh ni yg aku nk mai penang lagi nih!!!nasi kandar ohhh nasi kandar...

Mia Auburn said...

mmg best beratur nih, time beratur tu x perasan pun ramai org sekali toleh da panjang linenyer

xplorer said...

aku dok penang 20 tahun pun tak pernah sampai , asyik dok pekena pelita , subaidah , kayu ngan line clear aje

fendifid said...

Stress tengok photo photo tu semua...biler la nak ada rezeki ke Penang lagi. jjcm. hu hu.

@xiM said...

BUZU,

betul..nampak biasa jer tapi bila masuk ke dalam mulut..ngaummm..terasa sedapnya!

@xiM said...

MIMIE,

nak taw sedap ker tak kena mai makan sendiri..:)

@xiM said...

CHE BURN QIS,

kalau mai penang lagi kita pi makan sama sama ok!!

@xiM said...

MIA,

betul.duk beratur sakan bila pusing belakang mak aihhh lagi panjang rupanya.hahah

@xiM said...

XPLORER,

yang line clear aku tak pekena lagi.nanti nak pi makan lah then nak buat review..:)

@xiM said...

FENDIFID,

insya Allah nanti mai lah kalau ada kelapangan..

Ejin said...

Will put this place as a must-visit for my next Penang trip :-)

nurul huda said...

masa bc entry ni tgh posa, aiyoo.. sabo jer ler..

Melor M A said...

Hmm...slalu balik Penang cume pekene nadi kandar kayu or syubaida je....ni mesti kene coba....

Melor M A said...

Hmm..ni mesti nk kene try biler balik Penang ni...tahun ni je dah 3 kali balik tapi slalu pegi kt kayu or syubaidah je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails